28 Mac, 2008

Berdekah berdekah berdekah berdekah

Aku sampai opis awal ari ni.. kul 7.36 pagi... tapi cam tak datang awal.. coz bila sampai je depan opis... La.. sumer dok tertebeng2 kat pintu... Yang ditugaskan amek kunci plak datang lewat arini..

Skali tu nak dijadikan cerita.. big boss pun sudah mariiii... Apakah pandangan big boss bila dia sampai pintu masih belum berbuka??

Big boss tak cakap banyak... Big boss cakap "saya tak ada kunci, kunci yang lama saya dah pulang, tapi since dah buat kunci baru ni, saya tak dapat duplicatenya... kenapa tak bagi saya satu?"

Pertanyaan itu bukan untuk aku... tapi adalah untuk Hamba Allah yang biasa pegang2 kunci ni... Sonyap je pompuan tu... Tu le ko... kerek sangat... eksyen good... ngan bos pun ko nak tunjuk kerek, tak nak bagi duplicate... ha... pasal tak jawab bila big boss tanya?? Hang cakap hang terer.. peggii dahh...

Aku ni nak kata jaki sangat ngan pompuan menopos (lom lagi kot..) tu takdelah sangat... tapi dia memang eksyen goooood... Segala segi dia rasa dia bagus... bila dia bagi pendapat tu... tidak boleh tidak orang mesti terima pendapat dia... Pn. Menopos... itu bukan bagi pendapat namanya itu suruh orang terima opinion ko... mangkuk hayun..

Disebabkan dia selalu eksyen good... aku ni memang sentiasa menantikan detik2 dia melakukan kesilapan... sebab?? ye.. sebabnya aku boleh gelakkan dia sesoka hati aku... tapi just dalam hati jelah... aku pun bukan jahat sangat... jahat sket je..

Last week aku dah dapat gelakkan dia... sebab dia kene marah ngan bos dia sebab dia buat kesilapan dalam invitation card... Hohohohohohoh gelak santalah pulok... This week aku dapat gelakkan dia lagi... hahahhahahahahh bestnya... Hem.. permulaan hari yang bagus dengan senyum dan gelak ketawa (secara solo).

Adehhh perut aku sebu... Opss ini bukan balasan sebab aku ketawakan pompuan menopos tu tau... perut aku sebu memang dari malam tadi, sebab aku makan kuih pulut serondeng petang semalam.. dan sejak itu perut ku keanginan.. pulut anginlaaa...

27 Mac, 2008

Sedey..sedey..sedey.. tak suka tau...

Aku dapat email... ekcelli aku dah pernah dapat email ni beberapa tahun yang lampau (bunyi cam dulu kala je...) dan tak sangka hari ini aku dapat balik email ni.. So aku decide nak tepek kat sini untuk bacaan korang sumer plak... biar korang plak rasa sedey... tak best laa kalau aku sedey sorang..
*******************
Kisah benar utk dijadikan renungan terutama bg lelaki. Setiap yg Allah swt kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah, amanah yg tak terhingga nilainya. Isteri dan anak utk disayang sampai bila2, bukan utk dibuang bila dah "tak berguna"..

Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah buah dada....dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah dada...kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bln 12 tahun lepas kawan saya kawin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun....
Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wifeno.1 dan yg paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bedroom..untuk kasi laluan kat wife no.2...kejam kejamsaya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yghalau wife no.1 keluar bilik, walaupun tindakan dia kawin tu..saya tak kisahsangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wifedia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.masa thaipusam tu, saya sempat lah cakap dgn dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah- we all sama2 beli rumah masa bujang. saya cakap sampai hati dia buat camtu kat wife no.1, kawan saya marah saya balik,hal rumahtangga dia, saya jgn campur..dah kena camtu....saya malas lah nak bertekak...saya ada gak suruh dia asingkan dua dua isteri...dia tak nak...dia katapayah dia nak berulang alik. lantaklah... ..biar tuhan je balas di atasperbuatan kejamnya ke atas wife no.1
Kawan saya tu sebaya gan saya umur 35 tahun, wife no.1 kawan saya tu umur39 tahun. Tua dari kawan saya tu. Masa kawan saya belajar dulu...memula diadengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagaioperator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan sayatu...lepas tu dah jodoh dia orang kawin..mungkin sebab perbezaan umur yg perempuan lebih tua, menyebabkan kawansaya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yg buat sayabengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah nisupaya jadi cam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.
Saya memula tak tahu gak yg kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggalsama ngan wife no. 1 masa thaipusam..tapi bila saya dengar kecoh dari rumahsebelah...saya jengoklah... saya nampak kawan saya tengah campak baju2wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu...kat bawah...saya tengok...anak2 dia yg 4 org tu dgn maid...menangis2pungut baju mak dia...kawan saya menjerit2 dari atas balconi..cakap. .."kau org cakap gan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jgn lawan cakap papa..."tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak2 dia bila dengar papa dia cakap camtu...anak anak no.1&2 perempuan, 3 & 4 lelaki.
Saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronokla h dia berendam & mandi sama2 gan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama2 pi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing2 dulu... maaf lama saya nak sambung cerita kawan saya nie.
Ini kerana saya sibukmenguruskan urusan pengebumian, dan kenduri aruah wife no.1 kawan sayatu.aruah baru je meninggal dunia pada hari sabtu 25/1/03...sedangkansuaminya - rakan baik saya tiada di malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 ke France. Rakan saya sudah berlepas pada malam 24/1/03 lagi.apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airportchangi, Maid aruah call mengatakan yg aruah mengalami sesak nafas...sayakelam kabut ke rumah sebelah..utk bawa aruah ke hospital...sebelum aruahpergi kehospital.. .dgn kepayahan aruah mencium dua anak kembarnya(no.3,4) yg berusia 3 tahun yg sedang tidur. aruah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yg berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin aruah dah tahu yg dia akan pergi.
Hanya saya dan maid aruah sahaja yg menghantar aruah ke hospital. wifesaya menunggu di rumah rakan saya. beberapa kali masa dalam perjalanan aruah berpesan kat saya supaya tolong tengok2 kan anaknya...Saya masa tu hanya menginggalkan pesanan sms kat rakan saya yg isterisakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abg aruah yg berada di Kluang supaya datang segera. Aruah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak& ayah aruah sudah tiada.
Masa kat hospital, aruah sempat berpesan dengan doktor, jgn lakukanrawatan yg teruk2 kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas saya menangis dua/3 hari ni.masa abg aruah sampai dari kluang ke hospital...aruah masih dalam bilikrawatan....abg aruah terlampau geram bila tahu, adik iparnya pergi melancong. Masa tu aruah dah koma dan tak lama lepas tu, aruah pergidengan tenang. dan abg aruah yg membuat keputusan agar jenazah aruah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya. Saya dengan abg aruah yg sibuk menguruskan urusan utk mengeluarkan jenazah.
Banyak perkara saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital utkpengeluaran jenazah dan juga urusan2 lain. Alhamdulilah utk urusan pengembumian jenazah,jawatankuas a masjid telahbanyak membantu saya. Semua urusan pengebumian seperti pembelianperalatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid.
Satu malam saya dan abg aruah tidak tidur. Dalam pukul 10 lebih 25/1/03 pagi barulah jenazah aruah dapat di bawa kerumahnya dan selepas zuhur jenazah aruah selamat di kebumikan. Suami aruah hanya menelefon semasa jenazah aruah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian, dalam kepala saya masa tu tak de fikir utk marahkan rakan saya tu, hanya yg terlintas utk selesaikan urusan pengebumian sahaja.
Masa jenazah dirumah anak2 aruah yg no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yg kembar tu..sibuk tanya kenapa mama tidur kena tutup..sedih sgtsaya. Saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi airmata saya meleleh juga. Saya kenal aruah masa saya form 4 di mrsm, masa tu saya saya dan rakansaya sama2 belajar di mrsm. masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan aruah yg selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA. Setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari aruah kak zai tidak kurang dari $100 USD.
Masa pengebumian saya antara yg menyambut jenazah dari dalam lubang kubur utk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa aruah sedang menenung saya, sedih masa tu. Masa urusan pengebumian tu, anak2 aruah yg kembar hanya memandang sahaja. Tetapi bila tanah di kambus, barulah yg kembar tu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya. Suami aruah akan kembali pada hari rabu 29/1/03. dan sehingga hari ni, setiap malam ke empat2 anak aruah tidur bersama sama saya...mereka rindukan aruah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan budak2 tu selalu je mengigau bila tidur panggil mama...mama. ..mama... dan saya terpaksa memujuk dgn mengatakan.. senyap2 sayang...papa ada...dan saya berharap agar allah..berikan hidayah kat rakan saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan ALFATIHAH lah kiriman kita semua yg masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai...

Wanita yg baik adalah wanita yg tak kan sanggup melihat wanita lain dihina macam ni..
(diambil dari sebuah laman web, penulis asal tidak dinyatakan.. bg mereka yg dah bace, fikir2kan isi tersirat dalam kisah ni..)
KESIMPULANNYA AKU SANGAT SEDEYYYYY UWAAAAAAAAAAAAAAA

Semoga keadaan ini akan berterusan..

Smalam aku cuti... sebab aku ada appointment kat HSA. App peyutlaaa...

Smalam gak aku tak pergi secara solo... AbangSayang amek cuti.. hehehhe berhemah plak kali ni dia ye...

Berdasarkan rekod kesihatan aku n baby berada dalam keadaan yang baik. Aku due on 6/6 ni... Dok kata aku 85% aku bleh bersalin normal kali ini. Dok juga cakap ada dua option.... satu aku induce bersalin 2 minggu awal dari tarikh yang diberi atau pun dok akan beri tempoh aku seminggu selepas 6/6. Tengok kalau ada komplikasi atau tidak... Semalam juga dok amek darah aku untuk melihat keadaan buah pinggang aku... tapi kalau ikut urin keputusannya NIL..

Semoga keadaan yang baik ini akan berterusan hendaknya.... Amin... Korang doakan aku sekali ye...

25 Mac, 2008

Beginilah ceritanya...

Danial tengah panas pun dia bleh jadik main mendealah ni... harus ko rentung lagi danial


Ceh.. aksi memanjat lah pulak.. gambar di snap oleh abangsayang dari luar..

Kristal naik vespa... ni jelah mende yang dia tak takut nak naik.. sumer mende dia takut..

Aisehhh gambo tak jadi... kepala sapa plak yang melintas ni...

Ini baru jadik... maskot KFC tu dah bosan ngan danial sebab danial asik ikut dia aje... dah tu jerit "yeh..yeh.. ayam mcdonald".. mau tak haru.. nasib ko tak kene patuk ngan ayam kfc. Kristal jangan tanyalah... ada ke dia jerit2 cakap ayam tu nak makan dia... huh.. tak berbaloi..

Beginilah ceritanya yang bertajuk AKU BENGANG NGAN PAK GUARD..
Pengijazahan Konvokesyen - 40 ada 4 sesi, so hari isnin last sesi pagi.

Bila aku sampai kat parking kul 7.40 aku tengok sumer parking full.. mau yang halal hatta yang haram.. sumer full gila... sebabnya guar bengong dah bagi lepas graduan dan ibu bapa parking kat tempat staff. **tto betul tau... Dah le hari senin hari bekerja... tambah lagi ngan kehadiran keta graduan dan ibu bapa.. abis aku nak letak keta aku celah lopak mana?

Hangin betul aku... 30 minit aku pusing2 cari manalah tau ada unta yang dah blah... tapi hampeh.. tarak pun... aku pusing kat PSZ.. pun full.. cinabeng tul... at last aku parking kat FAB. Korang tak tau betapa jauhnya FAB ngan pentadbiran... daki bukit beb... ngan peruta ku boyot2 ni... ELIN ko tau kan FAB tu kat ner... yee.. disitulah aku parking... haram zadeh betul.

Aku tengok guard bersepah2 tapi kelabu asap.. main sedap dia je berlonggok bertonyeh2 sesama sendiri.. konon cerita ko beli apa eh kat pesta? Oh.. aku tak beli pape... sebab belum gaji... huh... memang unsangkarable..
Aku pun sendiri tak berjalan sangat kat pesta.. sebab penat + panas + perut berat.. Cuma sempatlah aku pergi sekali je hari Ahad lepas abis sesi 3.. tu pun pegi kul 5.15 petang.. adoehhh paneh kemain...

24 Mac, 2008

My temperature is boiling....

nanti aku cita... geram ngan guard utm ni... grrrrhhh... aku nak bertugas kat dewan dulu

19 Mac, 2008

Selamat Menyambut Maulidur Rasul S.A.W



********************************************************************
PENGUMUMAN
Dengar, Dengar, Dengar,
Patik yang menjunjung perintah
menyeru kepada kawan2 sekelian
adalah dengan ini dimaklumkan bahawa
Universiti Teknologi Malaysia akan mengadakan
Pesta Konvokesyen sempena Konvokesyen Ke-40
pada 20 hingga 25hb Mac 2007
bertempat di Padang Kawad, UTM, Skudai.
Berbagai program dan acara telah disusun dan diatur. Arakian pada sesiapa yang menyasau tersesat hingga ke Skudai, Johor bolehlah menghabiskan duit2 gaji yang masih lagi berbaki.


Sekian, harap maklum.

18 Mac, 2008

Mudah bertambah mudah

Hari ini aku lambat sket masuk opis... kul 8.45 baru masuk. Bukan sebab aku ngelat/ngulau/tuang atau yang sewilayah ngannye ye.. Tapi sebab aku pergi daftar sekolah Danial untuk tahun 1, 2009.
Hem... tak susah pun.. just bagi surat beranak ori n tak ori, salinan elektrik n air, salinan ic parents, slip gaji n sediakan sampul surat 2 keping beralamat dan bersetem sendiri.
Usai mendaftar sambil drive ke opis aku menghayalkan diri aku.. Hem wife zaman ini tak sama cam wife zaman dulu kala.. apa tak nye...
Bil elektrik n air n astro====> isteri pergi bayo w/pun duit suami yang bagi, tapi moralnya tetap isteri yang beratur bagai... (tapi aku kekadang guna online je..)
Bayo cukai pintu n cukai tanah ====> isteri (duit isteri gak)
Hantar & ambil anak2 ====> isteri
Daftar skolah ====> isteri
Van tak ambil anak kat skolah ====> isteri
Anak sakit nak pi klinik ====> isteri
Ajar anak ngaji ====> isteri

Ajar anak kat rumah ====> isteri
Service kereta ====> isteri (dah tentu duit isteri gak)
Bayo duit rumah ====> aku gakle... duit aku gak
Bayo duit keta ====> isteri w/pun duit suami yang bagi, tapi dok melahu kat bank tu tetap isteri (menci tau.. asik tanya je.. dah pegi bayo ke?? ingat opis ni nenek aku punye eh... suka aku nak pegi bank bayo duit keta ko tu?)

Pegi maki hamun kat pej. lawyer ====> isteri
Tepon n sound cikgi pasal uniform skolah tak dapat ====> isteri
Pegi bayar maintainance rumah====> isteri
Masak kat rumah ====> isteri gak
Basuh baju ====> usahasama isteri n mesin
Sidai baju n lipat baju ====> suami... hehahahhehehehh..
Hem... ini adalah dari pengalaman aku sendiri... kowang2 kat luar sana aku tak tau le... Sebab apa eh perkara ini berlaku pada aku?? Sebabnya aku pandai drive... sebabnya aku bekerja... Nasib le ujung2 tu ada selit tenaga laki aku..
Aku tak kesah kalau kene buat mende2 tu.. tapi satu je yang ku mintak kat laki aku ni... jangan dok asik tepon n tanya ... "dokumen danial nak skolah dah siap?", "stem dah beli belum?", "bila nak pi daftar Danial?", " Dah daftar Danial ke?"... "bil dah bayo?", "duit keta dah bayo?".. bosan ok.
En. AbangSayang.. kalau anda tu dah tak available nak buat mende2 ni semua... tolong zip n tutup mulut... jangan dok kepoh2.. aku tau apa aku nak buat eh... dah le tak available nak buat, tapi maksa2 suh buat cepat... adakah saya ini isteri/ibu atau orang gaji/orang suruhan?? Tak suka tau orang paksa2... ada kudrat.. ada masa insyaAllah ye, everything settle.. Kang aku mintak upah kang.. haaa nak bayo??
Cita lain plak.. semalam Kristal tido agak lewat.. dekat kul 12 gitu. Sambil nak layan biji mata kristal dia suh buka tv cita kartun. Aku pun buka tv cita kartun alar... yang sepasang suami isteri tua ada bela anjing.. kira anjing dia tu penyelamatlah.. sebab ada aje malapetaka yang melanda laki bini tua tu... Mata aku ngantuk dah time tu... dah terpejam2.. tapi mulut kristal kalo tengok tv memang takleh senyap.. geram aku....
Kristal : mak napa cacing tu makan nenek?
Mak : cacing tu lapo...ZzzzZZzz
Kristal : Napa cacing tu lapo?
Mak : ZzzZzz.. sebab cacing tu belum makan..
Kristal : Napa cacing tu belum makan?
Mak : Sebab dia takde mende nak makan..ZzzZzzz..
Kristal : Habis napa lapo dia makan nenek?
Mak : Sebab cacing tu lapo..ZzzzzZzz...
Kristal : Napa cacing tu lapo?
Mak : Sebab cacing belum makan..Zzz..Zzzz...
Kristal : Napa cacing tu belum makan?
Mak : ZzzzZzzzzZZzzzZZZzz (Aku malas dah nak jawab)
Kristal : Mak napa mak tak layan Kristal?? Kristal takde kawan...
Mak : ZzzzzZZzzz (pura2 tak dengo.. ada rasa aku nak simbah je budak ni ngan air satu baldi..)
Kesudahannya aku dah tak sadar apa yang berlaku... tau2 AbangSayang tanya napa tido depan TV sorang2... kong asom sungguh....


Petang semalam aku goreng talapia yang AbangSayang dapat


Hadiah dari AbangSayang untuk Danial. Memula AbangSayang nak belikan PS, tapi aku tak bagi, sebab tak sesuai untuk umur Danial. Kalau yang ini nak handle mudah, tak complicated sangat.


Ni tengah seronok main... yang tungging nampak punggung tu Kristal...

17 Mac, 2008

Aktiviti di hujung minggu

Pada mereka yang wish besday untuk anak bujang 'nakal' aku tu.. tima kasih.. tapi sangatlah harunya... dalam keadaan keseronokan menyambut besday dia.. bleh semua lupa nak amek gambo... abisss dah sumer gasak aim kek besday je... memasing dah standyby nak rebut strawbery.. grape.. white coklat... kek sodap... black forest with blue berry.. memang sekelip mata habis kengkawan... sangatlah harunya... Takpe.. malam kang aku amek gambo hadiah yang dia dapat dari bapak kesayangan dia tu ye...
Okeh.... aritu aku ada cita pasal aktiviti jom pancing kan?.. wokeh aktiviti tersebut memanglah sangat seronok pada kaki2 pancing.. tapi masa yang diberi cuma 2 jam aje ok... 9 pagi hingga kul 11 pagi... pada kaki pancing memang sekejap.. tapi pada aku yang asik mengejar kristal tu.. sangat memenatkan okey... Memula aku ikut jugak dorang dok kat tepi tasik tu... Danial sendiri je dapat 4 ekor ikan talapia.. tapi aku suruh lepaskan balik sebab ikannya belum pandai sebut 'mak' lagi... Tapi bila dah panas si kristal dah tak moh dok tepi tasik.. jadi kita orang lepas kat rumah tropika je.... ke hujung ke pangkal dalam kawasan rumah tropika tu.. memula aku berdua2an je ngan kristal.. sat lagi adik aku pun join skali.. tu pun sebab ikan dah bawak lari umpan dan mata kail dia skali..

Oh ye.. hehheheheh AbangSayang dapat tempat ke 8 dalam pertandingan memancing.. dan Kesturi ada menyediakan sebanyak tiga cabutan bertuah... salah seorang yang bertuah tu adalah aku.. hehehehh.. okey role gambo jelah ye...

Ini masa baru sampai... memasing tengah set pancing... ada yang baca jampi.. ada yang asap kemenyan... konon bleh menang...

Aku pun join gak.. join tengok je dorang mancing dari jambatan, kristal tu pun jadi pemerhati je..

See.. ini Iqah anak my twins.. tengok pakai joran buluh je tau.. sekejap je dah dapat ikan talapia... goreng pun sodap tau... kalau dapat besar sket bleh masak lemak cili api... fuiiyoooo mak mentua lalu pun korang gerenti buat tak tau.. Kristal tengok cam orang jakun.

Hari dah panas, Kristal ajak aku dok kat rumah tropika je.. fuhhh selamat.. ekceli aku pun dah tak sanggup nak kejar dia kehulu kehilir... Kristal tengah buat terapi kaki.. ada anak ikan kecik dalam kolam tu...

Ni Haiqal, baju pink tu Ain adik aku.. yang baru biru tu.... eleh dah tau sapa kan.. dorang at last pun mancing dari rumah tropika je.. ateee dah panas kan...

Ini view menghala ke tasik dari rumah tropika.. nampak orang yang kecik2 tu.... tu sumer adalah peserta... salah seorang adalah AbangSayang..

Sudahlah ko Ain, mata kail ko dah ilang baru ko nak join aku melepak kat sini eh.. aku tolak ko kat kolam bawah tu kang... posing paling perasan... tak best langsung..


Yang baju merah tu adalah MatSpeaker merangkap tukang timbang dan pengadil. Yang aku kelako tu.. dia bleh terbalik ke belakang masuk kat air tu.. Yang baju hijo tu Danial, biasalah pak kepoh.. Yang baju coklat belah kanan tu AbangSayang... jadilah dapat tempat ke 8....

14 Mac, 2008

Rezeki di petang Jumaat

Baru sat ni aku dapat sebungkus pulut kuning oleh Mamat Tangkai Jering Bilik Ujung. Tujuan dia belanja pulut kuning ini ialah kerana dia dapat jawatan tetap.

Dan baru sat ni juga aku dapat cream puff besar dari Syamie.... tima kasih Syamie.. sangat sedap ok.

Sekejap je dah dekat ujung minggu... besok aku nak celebrate besday Danial yang keenam... hari Ahad plak ada program Jom Pancing KESTURI di Tasek Tropika....

Hem.. nanti gambonye aku load next week ye...

Slamat berhujung minggu... daaa...

Melayu kurang cerdik buat pilihan

Pilihanraya dah berlalu... tapi bahang kesannya mula dirasakan.. Artikel dibawah bukan pendapat aku, tapi aku cedok semula dari akhbar. Aku tak pasti korang ada perasan atau tidak artikel ni.. Aku bukan nak terbitkan sentimen perkauman, aku hanyalah penyokong MELAYU & ISLAM.. aku sangat takut ok dengan senario yang melanda baru-baru ini... takut dijajah semula... kusut memikirkan nasib generasi2 akan datang.
MELAYU KURANG CERDIK BUAT PILIHAN

(Petikan: Berita Harian, 13 Mac 2008, Ruangan Forum Pembaca)

Saya bersetuju dengan pandangan beberapa penulis rencana di akhbar ini berkaitan nasib masa depan orang Melayu dan Bumiputera berikutan beberapa negeri tumbang kepada parti pembangkang pilihanraya umum kali ini.

Selepas melihat keputusan pilihanraya, saya akui kematangan politik dikalangan sesetengah pengundi semasakin jelas. Tetapi, selepas menganalisis dengan lebih terperinci, timbul rasa sedih dan bimbang kerana negeri yang dulunya didominasi Melayu, terutama Perak dan Selangor kini berada dalam genggaman pembangkang.

Negeri yagn berada di bawah kuasa komponen BN, teurtama Pulau Pinang juga jatuh ke tangan DAP. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut jatuh ke tangan parti pembangkang DAP, PKR dan PAS. Mujurlah wilayah bukan negeri dan tidak ada Sultan.

Walaupun di Selangor PKR memperoleh lebih kerusi, iaitu 15 berbanding DAP 13 dan PAS lapan kerusi, DAP tetap parti dominant kerana PKR sendiri tidak dapat menubuhkan kerajaan dan terpaksa bergabung dengan parti lain.

Yang pasti, gabungan itu bukan dengan BN tetapi DAP dan Pas. Oleh itu, parti itu mempunyai kuasa dan suara besar dalam gabungan itu. Keadaan lebih buruk di Perak di mana DAP adalah parti terbesar dalam gabungan Kerajaan Perak .

Keadaan paling menyedihkan ialah di PUlau Pinang di mana jika kerajaan sebelum ini pun gagal menangani masalah orang Melayu yang miskin dan terpinggir daripada arus kepesatan pembangunan negeri Pulau Mutiara ini, apatah lagi kerajaan yang kurang mesra Melayu kini memerintah dengan majoriti besar.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru awal-awal lagi menyatakan dasar DEB akan dihapuskan yang bermaksud tiada lagi keistimewaan terhadap orang Melayu di negeri itu.

Mujurlah pucuk pimpinan negeri itu melantik dua Timbalan Keuta Menteri – seorang Mealyu dan seorang India dengan harapan dapat mewakili kaum masing-masing.

Keadaan di Kuala Lumpur juga agak mencemaskan apabila DAP menguasai lima kerusi Parlimen empat PKR, manakala satu Pas, BN pula menang di satu kerusi saja.

DAP sudah menyatakan mereka akan menyokong usaha jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur dipilih melalui pilihanraya setempat.

Saya amat faham mengapa kerajaan melantik Datuk Bandar di kalangan orang Melayu adalah untuk mengimbangi kekuatan semua kaum di Kuala Lumpur agar tidak dikuasai satu kaum saja.

Kaum Cina adalah penduduk majoriti Kuala Lumpur dan dengan jelas menyokong DAP berdasarkan pilihanraya umum 2008.

Oleh itu, kita sepatutnya sudah dapat mengangkakan mengapa DAP sangat tegas inign jawatan itu dipilih melalui pilihanraya setempat dan sudah tentu kita dapat meneka kaum mana yang akan dipilih nanti.

Pada pandangan saya, keadaan yang menyedihkan ini mungkin ada kaitan dengan sikap orang Melayu yang kurang cerdik berpolitik dan membuat pilihan.

Ia ditambah dengan kesudian orang Melayu, terutama PKR bekerjasama dengan DAP demi mencapai cita-cita masing-masing.

Harakah, lidah rasmi Pas pula banyak memberikan ruang kepada PKR dalam menyampaikan ideology mereka.

Kini saya mula tertanya-tanya, sekiranya Datuk Seri Anuar Ibrahim betul-betul ingin memperjuangkan keadilan, kenapa tidak menyertai Pas sebaliknya memilih untuk menubuhkan parti baru yang lebih memecahkan orang Melayu.

Jika alas an ingin mendapatkan sokongan pelbagai kaum, Pas kini dikatakan mempunyai kelab kaum bukan Islam mereka sendiri.

Semua keadaan ini sebenarnya hanya menguntungkan satu pihak, iaitu DAP di ketiga-tiga negeri itu.

Ternyata, pada Pilihanraya Umum 2008, DAP adalah parti dianggap paling ‘cerdik’ berpolitik dan menggunakan kesempatan yang ada dan orang Melayu terpedaya dengan ‘kecerdikan’ itu.

Jika DAP menggunakan slogan ‘Undi MCA sama seperti mengundi Umno/Melayu’ yang sangat berjaya mempengaruhi masyarakat Cina, sebenarnya yang lebih jelas ialah ‘Undi PKR sama seperti undi DAP’.

Kini parti yang didakwa tidak menerima Islam itu menguasai tiga negeri dan orang Melayu terus bersorak ‘kita berjaya menumbangkan BN’. Maka, terbuktilah pepatah Melayu yang terkenal, menang sorak kampong tergadai.

Kini nasi sudah menjadi bubur. Apa pun, orang Melayu harus berfikir secara rasional dan matang pada pilihanraya akan datang supaya pisang tidak akan berbuah dua kali. Fikirlah masa depan anak bangsa kira dan hanya BN yang sudah berpengalaman mampu memperjuangkan Melayu, kaum majority di negara ini.

MELAYU WARAS
Johor

12 Mac, 2008

Di malam tadi...

Ha.. amek ko dalam keadaan banyak kerja skali 2 entry aku anto arini...

Tapi sebelum aku teruskan bait2 bisu ni.. aku nak nyanyi sket.. Lagu Broery..

Di malam tadi... aku bermimpi...
Mimpi yang sedih sekali...
Kau akan pergi..
Tinggalkan diriku...
Aku menangis tersedu..

Diriku tak pernah lepas dari penderitaan
Mimpi yang sedih terjadi
Kau pergi setelah aku serahkan kasih suci
Inilah nasib diriku..

Okeh cut... lagu diatas takde kene mengene.. cuma ada kene bila sebut tang MIMPI je..

Okeh.. sudah dua malam tidorku begitu lena.. w/pun kerap bangun untuk tengok Kristal, suka aku tengok dia nyenyak tido.. tanpa gangguan batuk2 yang menyakitkan...

Malam tadi.. aku mimpi... korang nak tau tak aku mimpi apa... aku mimpi SHAHRUKH KHAN koooo...... mimpi tu cam real... aku mimpi SRK tu datang sini... aku siap bagi dia nginap rumah aku.. bawak dia jenjalan... SRK ngan anak bini dia... aku siap amek2 gambo bagai lagi... pendek cita kat memori kad aku tu penuh gambo dia saje leee.... Oh indahnya...

Tapi yang tak indah bila aku tercelik mata... ropenye aku hanya mimpi semata.. ohh sungguh dusta skali mimpi ku... aku tengok Pocket PC aku.. aku siap tengok bahagian picture lagik... aisehh mana gambo si sarok yang aku rakam ni...

Oh sarok.. bisakah kita bertentang mata...

Bila memandang wajahmu hatiku rasa terharu
Senyuman dibibirmu menawan kalbu..
Mungkinkah hanya bayangan... bla..bla..bla...

Malam ku igau.. ingatkankau...

Kalau D, blog dia terpampang gambo cina tak cebok tu... kat blog aku teringin plak aku nak tepek gambo si sarok... ehh sarok islam kan?? sarok potong ke??? Sapa nak tolong aku tepek gambo sarok sebagai background?

Jeng..jeng..jeng..

JENG JENG JENG... TORA DATANG LAGI...

Hahahahahahahhahah....

Adoolaaa dari hari Rabu hinggalah hari Isnin.. aku tak keje... ekcelli hari Isnin tu pun aku datang opis settlekan kerja.. then kul 11 aku dah balik... bukan ngulau tau.. tapi aku cuti.. tengok cuti pun datang keje.

Nak tau kenapa? Sebabnya satu isi rumah aku tak sihat... termasuklah aku.. akan tetapi aku ni gagahkan diri gak bebuat sihat... kalau dah sumer tak sihat sapa plak yang nak jadi suster.

Tapi dalam ramai2 tu yang paling parah si Kristal. Demam, batuk n selsema yang lebih menjurus kepada bronkolitis, jangkitan kuman pada saluran pernafasan. Ni sumer salah AbangSayangla... huss.. kalau jadi pape pada anak aku masa tu memang aku akan salahkan dia sampai aku mati. Dah tau anak tu under prem n tak boleh ada sesapa yang selsema n batuk pasti jangkit punye... yang ko dah tua bangka tak geti nak jaga diri makan ubat, kurangkan sentuhan n cover mulut ko tu pasal?? Very the ganaszkan bunyiknya..

Apa tak ganas.. cuba korang pk... dengan anak aku yang sakit dah tak bleh nak letak, gasak beriba berdukung je... mana aku nak ayak perut.. mana nak ayak dia.. satu malam tak tido... dah kul 6 pagi aku boleh lelap mata... korang bayang tetiap malam cenggitu... Dah tu plak si penyebab angkara bleh sedap tido sampai dengkor2 lagi...

Rabu bawak Kristal, Danial n AbangSayang (ini ada batu duduk dalam kapla) pegi klinik... memang 2 owang ni dah demam (danial selamat.. cuma batuk n selsema) kristal panasnya 39, AbgSayang 38.

Khamis siang Kristal dah okey, berjalan berlari, tapi aku pelik dia tak mau makan n minum. Khamis malam Kristal naik mendadak panas... susu, nasi dan segala macam bende aku suakan kat dia, memang dia tak nak. Aku jelum2 pala dia pun panas tak reda. Aku tak tido satu malam menunggu dia aje... abih.. dah dia pun tak tido.

Jumaat pagi tu aku gesa AbangSayang bawa Kristal ke Pusat Kesihatan 'U' (PKU). Sampai sana bacaan suhu meningkat kepada 40.4, memang Kristal dah lembik habis. Masuk wad, amek darah, masuk ubat n rawatan yang diberi hanyalah menempek cool fever di dahinya. Aku dah bagi tau doktor anak aku dah 2 hari tak makan tak minum. Korang bleh imagine dok tu kata apa ngan aku.... Kalau by hari Isnin dia tak makan tak minum lagi baru kita hantar ke hospital... Tokyah dia... aku harap sangat dok bleh masukkan drip kat Kristal. Aku pelik sangat, dok dah nampak keadaan anak aku yang memang dah cam orang semput pun dia tak bagi nebulizer. Batuk tak berenti, bunyi berkeladak..

Lepas suhu badan turun, Kristal discharge wad PKU. Kita orang balik rumah. Alhamdulillah Kristal minum gak susu w/pun sket. Aku beli kfc tak makan, nasi ayam tak makan, roti bom kegilaan dia pun tak makan, roti canai pun tak makan, mee goreng mamak pun tak makan, beli satay pun dia tak layan. S/times aku rasa cam eeiii geramnya.... sumer faberet food dia tak layan.

Hari Sabtu Kristal sekali lagi panas mendadak.. Bila dia batuk dia nangis, dia kata dada dia sakit.. sambil dia baring tu tak sampai seminit asik batuk je.. ngan aku2 skali nangis. Aku cakap ngan laki aku bawak pegi Poliklinik Puteri plak. So pegi sana aku nak rawatan emergency. Kalau tak dapat jumpa doktor aku nak mintak pakaikan nebulizer dulu. Dorang terus amek kristal, masukkan ubat, bagi pakai nebulizer dan bagi injection antibiotik.

Dok cakap bronkolitis. Dok cakap nak tahan wad ke idak... aku cakap tak mahulah kalau boleh. Dok kata lendirnya banyak sangat w/pun dah dibagi pakai nebulizer. The best way dok kata, malam datang lagi pakai neb n dok akan bagi injection lagi. Dok kata kalau dah kes cam ni, bagi makan ubat memang tak jalan. Sebab kumannya degil sangat.

Alhamdulillah hari Ahad dah beransur demam dia kurang, Isnin pun dah ok, cuma skang ni batuk dia masih ada lagi skali skala.. dok kata memang ambil masa 1 - 2 weeks baru pulih sepenuhnya.

Ya.. hari ini aku dah bekerja seperti biasa... Tunggakan kerja?? Itu sudah semestinya... Okeh.. aku nak settlekan kerja aku ni.. banyak bangat woo... sapa nak tolong?

10 Mac, 2008

Selit kejap

Aku masih bercuti.. macam2 kejadian berlaku.. nanti aku update.. .

05 Mac, 2008

Apo nak buekkk...

Danial memang rajin kalau bab conteng menconteng ni... Gambar diambil lepas ulangkaji Maths & BI

Tengok plak Kristal tu.. orang yang demam. Ada unsur2 penyalahgunaan harta benda.

Nasib baik ko demam Kristal.. kalau tak jangan harap ko dapat main troli tu... troli malam tadi dah kene sumpah jadi stroller. Patah kaki troli tu memang aku cari bapak kau..


Tu tengah buat kad untuk Teacher Nadia..


Apo nak buekkk... kalo dah sorang ada flue... satu rumah mendapat 'manfaat'nya.. Bowring...Tulaaa suruh makan ubat payah, dah tua-tua pun degil... kalau penyakit tak berjangkit takpe.. Kalau ikut peribahasa arwah nenek aku dulu... "bodo boleh diajo.. tapi kalau dah degil ni.." sendiri mau ingatlah..
Semalam petang badan Kristal dah dedar.. ada batuk2 sket.. kat hidung pun cam ada bunyi2an.. apakah petanda itu??? Danial pun sama.. dah ada flue..
Aku?? Ye.. malam tadi aku dah start rasa tekak perit.. ya petanda yang cukup positif bahawa aku juga terlibat dengan infection tersebut... Hish.. nak je aku jeling 'orangtu'.. tulaa sapa suruh dia kiss pipi aku 2 hari lepas...

Aku terpikir nak makan ubat selsema semalam.. kalau makan memang confirm aku akan belayar kapal sabut sampai tenggelam. AbangSayang pun dah aku paksa makan ubat.. haruslah dia akan ngantuk...

Abis kalau aku dan AbangSayang dah tergolek tido dek penangan ubat.. sapa yang nak care si Kristal yang tengah demam? So, akulaaa... akula yang tak bleh makan ubat...

Masa ajar Danial ngaji aku rasa hangat betul badan budak Kristal ni.. Aku amek temperature selit celah ketiak dia... Hem.. bacaannya 37.5.. dah nak demamlah ni... bacaan normal adalah 36 ke bawah.. Aku suap ubat.. 4 jam lepas bagi tu aku tengok suhunya turun kepada 37... aku suap lagi ubat. Aku biarkan dia tak berbaju... tinggal suar kecik aje..
Dalam kul 1.00 pagi baru Kristal tido.. dan aku pun area2 tu gakle baru nak tido... kul 3 pagi aku bangun.. raba kepala Kristal masih panas.. raba kaki sejuk.. ohhh panas dalam... aku jelum pala dia... aku bungkus dia ngan selimut... mulut Kristal skali skala berbunyi "eh...eh..".. ngigau demamlah tu.. 20 minit lepas tu baru tak sejuk kakinya..
Pagi ni aku lepas 30 minit bagi susu aku dah siap2 bagi ubat.. badannya masih dedar.. aku bekalkan jugak ubat kat rumah Bondanya.. kalau petang tiada perubahan memang aku akan bawa dia ke klinik.. pesakit yang degil nak makan ubat tu pun aku nak tarik pi klinik gak..

04 Mac, 2008

Huwargghhhh..

Huwargghhh.. ngantok...aku telah kembali ke lembah yang senyap sunyi dalam keadaan mengantuk.

Semalam petang balik keje lepas letak barang2 sumer aku lepakkan diri kat ateh katil. AbangSayang balik awal semalam, so budak2 kalau bapak dia ada aku ni ibarat cam ado tak ado jelaaaa... Mana tak, bapaknya memang manjakan anak.. aku ni ibarat cam mak tiri je laaa heheheh..

Si kristal adalah dalam 20 minit baru dia perasan aku melepak atas katil, so dia pun masuk bilik jadi mak kepoh. Napa mak pakai cam ni? (camisole n kain dalam je.. takdela seksi pun). Pastu dia nampak lah pulak navel aku yang dah menonjol... "eh..eh.. napa pusat mak kat atas?" Agak2 korang apakah yang perlu aku bagi jawapan kat budak yang tengah peringkat naik ni eh? Banyak betul dia tanya... napa cam gitulahh... napa cam ginilah.. napa perut mak besarlaaa... dia bleh tanya plak... ada bola ke ada baby... apa kejadahnya plak mak nak bubuh bola kat dalam perut mak dek oii...

Lepas magrhib kitaorang pegi Skudai, coz AbangSayang ada aktiviti berkaitan pilihanraya. Aku rasa malas betullll nak ikut... tapi disebabkan budak2 akan histeria tak hengat dunia kalau tak dapat ikut bapak dia keluar , nak tak nak aku pun terpaksa membontoti AbangSayang. Elehhh bukan dapat ikut AbangSayang pegi bilik gerakan pun... melepak rumah mak aku jelaa.

Aku sampai Betaraguru 1&2, Mak Ein N Pak Ucu tengah siap2 nak bertolak ke Perak. Pehal plak ni..? Ohhh rupenye dapat berita Opah sakit tenat, paru2 berair, dah 4 hari tak sadarkan diri n doktor kata 50-50, doktor pun dah suruh bawa balik je. Korang mesti wonderkan.. aku orang Johor, parents pun owang Johor, tapi cemana leh ada Opah kat Batu Gajah, Perak pulok kan.. Opah tu ekcelli mak mertua kepada adik mak aku... memang dah kenal sesangatnya... tak le sesuai kalau tak pergi melawat.. Aku ni plak pakkal je bekerja n tengah terboyot... kalau ikut hati, mau juga aku pegi melihat Opah tika dan saat ini. Takpe, aku buat conference je ikut telepon sat lagi.

Dalam kul 10 malam, aku msg AbangSayang, bagi tau budak2 dah ajak balik (aku tak buat cerita rekaan ye.. memang dorang dah ajak balik). Aku tengok AbangSayang dah semacam je... dia memang selsema n batuk... tapi malam tadi dah jadi demam plak... aku bebel kat AbangSayang, sebab dah tau sakit tak nak pi klinik, tahan makan je ubat yang ada dalam stok...

Sampai rumah, dorang nak supper, aku buat mee goreng mamak, tiga beranak tu makan, aku terus jadi suster bagi AbangSayang n Danial ubat. Kalau aku tak bagi memang takdenye dia nak makan... geram tul.. sayang sangat ngan penyakit tu gamaknya... Si kristal pun aku ada dengo cam lendir kat hidung dia.. tu dah nak menjangkit dari bapak dia lah tu.... eiii geramnyaaa...

Kul 11 lebih dua beranak itu sudah belayar kapal sabut.. tinggal si Kristal je blom lagi.. masih mengutai2 mulut, masih lagi ngan projek2 mega dia... aku dah ngantok pun dia masih lagi ajak lawan bercakap... amek sikat buat saloon kat mak dia yang dah mamai... at last kul 1.20 pagi baru dia tido... Mata aku plak jahat... sangat jahat ok... elok je Kristal tido, mata aku bleh jadi segar bugar...

Dalam layankan bijik mata suruh tido.. aku tengok jam.. aisehhh dah kul 2.40 pagi.. bila nak tido ni??? Entah aku pun tak pasti kul berapa aku tido... yang pastinya kul 5.40 aku dah bangun..

Cam biasa mata aku koyak rabak pagi ini.. ohhh sangat mengantuk... huwargghhh...

03 Mac, 2008

Biarlah Allah Yang Membalasnya

Hari Jumaat lepas aku balik awal sket, takdelah awal mana pun... awal 20 minit je.. tu pun sebab aku nak pegi bengkel keta.. nak tukar tayar aku yang dah tercedera tu...

Sampai je bengkel yg aku biasa pergi tu... ngan nada suara yang frust aku pun tunjuk le pada mekanik... "Ntah napa tayar ni.. langgar batu gaknye...".. skali tu mekanik tu kata... "Ini tayar baru kak, tebal lagi... tak mungkin langgar batu jadi cam ni... (dia belek2), ini kene dengki kak, ni nampak ni bekas cucuk, straight je terus ke dalam. Putus dah benangnya ni kak..".."Abih takleh repair ke dek? (nak berjimatlah konon...)" "Hehehe... mana boleh kak, kalau tiub bocor kita boleh repair.. tapi ini tayar dia kak".. Aku dah tau dah jawapan yang bakal dia bagi.. tapi aku saja je test.. saja nak nampakkan dia lebih pandai dari aku...

Maknanya... aku telah rabak RM155 (tayar + alignment) pada petang yang sungguh bahagia itu.. Dari jauh sanubariku ini.. aku mendoakan semoga orang yang telah menganiaya aku tu akan menerima nasib yang setimpal..

Okey.. tutup cerita sadis.. Aku nak story mory last week punye aktiviti

SABTU
Okeh.. memandangkan AbangSayang baru dapat gaji, sudah menjadi tugasku dan anak2 untuk mengepau duit gaji beliau.. Abis sapa lagi nak pau kan? Itu sudah menjadi t/jawab aku n anak2 heheheh... wajibulgunnah, sebab kami nak jauhkan AbangSayang dari terjerumus ke api neraka kerana melupakan t/jawab sebagai suami dan bapa... Kami kuar rumah petang n telah pergi ke Skudai Parade beli baju basahan budak2... then pegi ke JUSCO (kat sini ada baby fair.. murah2) makan KFC n shopping baju baby, sambil2 tu AbangSayang tinjau meninjau PS2 untuk Danial.. nak cari kedai yang bleh bagi harga reasonable sket.. Kat Landmark RM600, kat JUSCO RM580, kat Skudai Parade RM560 dan yang latest pegi ke Giant RM540.
Lepas dah luakkan gaji AbangSayang kami cam biasalah pegi Skudai, dalam kul 8 malam baru sampai Skudai.. gitu gini aku cam biasalah jadi jaga tunggu AbangSayang sampai kul 12 malam baru gerak balik rumah... Bowwriiinggg... dah terboyot2 cenggini pun kene tunggu sampai malam buta baru nak balik. Sampai rumah aku cam mogok sketlaaa... ekceli aku tak berapa suka sangat kalau balik dah dinihari... Oh ye.. AbangSayang x berapa sihat, coz selsema n batuk... maka aku dengan tegasnya telah mengextradisikan AbangSayang untuk tido sebilik, sekatil, sebantal and se...se..se.. lagi lah... aku takut sangat menjangkit ok.. takut menjangkit pada anak2 juga.. Aku paksa AbangSayang makan ubat sampai baik..

AHAD
Ahaks... ni kesinambungan dari hari SABTU ok... disebabkan aku telah melancarkan mogok pada malam semalam... pepagi subuh gajah aku dah dengo bunyi orang buat kerja rumah. Aku bangun solat subuh n mandi.. pah tu aku sengaja tak nak kuar bilik... aku landing lagi atas katil usik2 kristal n danial.. konon nak suruh dorang bangun sebab aku tak de kawan.. Matahari menampakkan diri je aku dengo ada orang sorong ampai baju keluar dari porch... Aku selak langsir, nampak one guy ngan short tengah sidai baju.

Abis sidai baju, sayup2 aku dengar bunyi kelentang kelentung kat dapur.. bunyi basuh something kat singki.. dan bunyi orang memasak... Abis kelentang kelentung aku amat amati suasana telah senyap dan sunyi.. then dengar pintu bilik air kat dapur ditutup. Heheheheh bingkas aku bangun dari katil.. pegi dapur, buat susu panas n makan biskut, aku sangat lapar dipagi2 buta itu... senyap2 aku buat keje, takut AbangSayang tahu aku tengah fullkan tangki.. Aku angkat tudung saji... hem.. aroma nescafe panas... n nasi goreng terhidang cantik.
Hem.. pandai pulak ye AbangSayang berdikari bila aku lancarkan mogok.. tu tujuannya nak membeli jiwa aku le tu... takpe... mari kita saksikan babak seterusnya...

Lepas minum segelas susu n makan 4 keping biskut tawar.. aku tengok sekeliling rumah... hem.. bersih... dah siap bersapu... bagus... tengok luar.. hem.. bagus juga, baju dah sidai.. simen pun dah basuh... bagus.. bagus... cam 'mem/puan' besar aku pagi tu ok... so mogok aku stop dulu le takat tu... Aku duduk kat settee.. AbangSayang kuar bilik air.. dia pun teragak2 nak tegur aku.. sebab dia tau kalau aku mogok.. apa dia cakap memang aku akan reply tapi lambattttt. Akhirnya terkeluar gak dari mulut dia... "Napa tak bfast? dah kul 8 ni kang masuk angin tak bfast"... aku pun membontot dia duk kat meja makan (hahahahahh dia tak tau aku dah had lite bfast...). Aku amek piring n serve nasi goreng itu... IIeeeyyaarrkhhh... tak sedap ok... tapi aku tengok AbangSayang laju je... aku amik cili api n potong.. makan ngan nasi goreng.. baru best sket...

Selepas tu eberiting goes fine.. aku masak untuk lunch... lepas tu sekali lagi kami telah keluar.. tapi kali ini pegi ke Giantlah pulokkk... belanja barang2 dapur... Dua hari berturut2 kuar berjalan telah membuatkan aku over letih... petang balik dari berbelanja dan selepas mengemas2kan barang.. aku telah melepakkan diri aku sampai kul 6 petang... huhuhu jadilah dapat satu jam rest...
Sekianlah ceritaku...