30 Disember, 2008

Bestnya Cuti...

Sabtu, Ahad, Isnin... 3 hari cuti... kalau nak best amek hari jumaat waaaa dapat 4 hari.. tapi cuti nak pakai.. 3 hari pun okeh lah tu..

Best.. cuti 3 hari tu aku rasa cam seminggu... Kakak Kristal siap cakap ngan aku.. "mak janganlah keje... kakak takde sapa jaga..".. wah..wah..wah... ko ingat bapak ko tokeh besar gaknye... pokok pun baru nak tolak, kandang kambing, lembu, ayam sumer belum nampak bayang lagik..

Hari Sabtu aku pegi Pontian, AbangSayang ada janjitemu ngan orang yang nak tebang pokok. Satu pokok sebesar pemeluk dia amek RM70 aku tak tau berapa pokok yang ada, tapi yang nak ditolak tu ada le dalam 2 ekar yang baki 2 ekar setengah lagi tak diusik coz ada pokok buah2an. Mengikut perancangannya nanti nak dinaikkan kandang kambing, lembu n ayam... berjayakah??? aku tukang tengok dan bagi sokongan moral saja..

Lepas tu singgah rumah Bik Mok (adik kepada arwah ibu mertuaku). Masak2 makan2 kat situ, best makan dalam suasana penuh kekampungan. Sayang aaaa takde gambo... Bila kat kampung ni mestilah diisi ngan aktiviti kekampungan kan??? Rahman panjat pokok duku, kristal tunggu bawah, aku sendiri pegi petik pucuk ubi, daun kesum, pandan, ulam pegaga sama bik mok n danial. Zara?? heheheh Zara aku tinggal sorang2 dalam rumah. Duduk le dia tepi pintu dalam keta roda dia tu. Grill sumer aku kunci.. Kang kene gigit nyamuk plak budak kenit ni..

Menu makan t.hari itu ialah, pucuk ubi celur sama air asam, asam pedas ikan merah, sambal bilis goreng, ayam kicap, sayur kobis goreng telur dadar dan yang paling best air kelapa muda.. emmmm wallahhhhhhh... fresh dari pokok... sangat sedapp..

Balik dari Pontian terus balik Eco Living.. sampai dalam kul 4 petang. Pastu relax kejap dalam kul 6 pegi Skudai, Danial n AbangSayang ada game... Danial balik lepas game mengadu kepala dia kene bola.. ateee ko dah main ngan bapak2 orang sumer... haruslah ko kene bola.. dari ko kene but bola??? Mana nak?? Sian gak, dia cerita dia terbaring kat padang.. hehehhehe...

Lepas magrib tu, aku bersiap2 nak masak sambal tumis sardin. Sedang leka mengupas bawang skali tu betaraguru bagitau dia nak pi jusco... sumer skali plak tu.. makanya aku tinggal kat rumah betaraguru bertiga saja.. AbangSayang dalam kul 9 pegi badminton plak..

Dah settle masak aku lepak2 kat hall depan ngan kristal n zara... apa nak buat ni?? Mak boringlah kakak... aku belek2 CD yang ada... banyak cerita pelik2.. Skali tu kakak nampak CD CJ7... serius cakap aku tak pernah tengok cerita ni... baru ni le aku tengok.. orang dah tak tengok lagi cerita ni.. heheheh

Aku ni bukan jenis kaki wayang.... willy wonka orang dah tak ingat baru aku nak tengok... kali terakhir aku tengok wayang adalah masa belum ada Danial... skang ni Danial dah umur 7 tahun.. heheheh lu pikirlah sendiri....

Best gak CJ7 ni... sedih pun ye gak... lepas tu kristal mintak aku carikkan patung CJ7.

Hari Ahad plak takde kemana sebab AbangSayang ada kerja kat Singapore, so kami dok kat rumah saje.. Dok kat rumah aku masak sayur lemak nangka yang AbangSayang jolok dari pokok kat kampung, sama asam pedas ikan tenggiri n ikan goreng. Sangat menjilat jari..

Ishhh asik cita pasal makan je plaknye...

Semalam cuti Maal Hijrah takde kemana pun.. dok rumah siang, pepagi aku masak sambal tumis ikan bilis, ayam goreng kunyit, telur dadar n nasik lemak. So melantak le sampai ke malam makan nasi lemak.. hehhheheh aku nak masak lauk lain AbangSayang cakap tak payah... selamat.. jimat tenaga aku..

Petang tu kuar pegi amek UDA dan singgah Skudai sat sebab AbangSayang ada meeting ngan CIDB... bosan tul.. asek2 meeting je dorang ni... Menunggu sampailah ke jam 11 malam baru le aku bertolak balik ke Eco Living...

Dah sampai rumah, buat itu buat ini... at last aku tido kul 1 pagi... dan akibatnya aku bangun lambat... jam 6.10 baru aku terjaga... aku tak tau le alarm ni bunyik ke tidak.. aku tanya AbangSayang cecepat dia cakap tak bunyik... takutlah tu kene marah.. tapi aku rasa AbangSayang matikan jam..

Korang bayangkan aje.. apa yang aku sempat buat bila bangun lambat cenggini??? Aku buat sup sayur, panaskan sambal tumis, masak nasik putih, buat bubur nasi zara sama cucur ikan bilis. Rancang2 malam tadi nak buat kari ikan bawal.. petang karanglah baru aku masak ikan... korang yang kat rumah tu makan sup sayur sama sambal tumis ajeklah ye.. hehehhehehehe...

Aku pose ari ni... tapi aku terliyur tengok cucur ikan bilis sama sambal tumis pagi tadi... harap2 petang nanti ada lagi.. muahahhahahahah...

Wokeh... sekian melaporkan...

26 Disember, 2008

Jika itu berlaku...

Abang sarukkk...

Aku memang minat gila ngan Shahrukh Khan..

Masa belum ada anak dulu... bila balik rumah je aku mesti dengar lagu2 industan yang konon2 dinyanyikan oleh si saruk ni...

Siap baring atas sette bayangkan aku konon tengah berkejaran ngan si saruk kat taman bunga... tengah joget atas ketapi... tengah joget2 kat gurun kering kontang..

Tapi once laki aku sampai rumah je... terus Shahrukh Khan tukar jadi Rahman Khan.. Skang aku dah tak tau mana CD lagu tu... nak tanya AbangSayang... penampar nak??

Gila minat kooo... sampai aku ada poster besar pintu gambar si saruk ni... Aku siap imagine si saruk diri depan aku... gila ko... dalam diari aku penuh gambo saruk semata...

Work station aku pun penuh gambo saruk ko (gambo ngan eli iskandar pun ada tauuu)... sampai one day tu ada member sound aku... "Bukan ke bagus kalo ko bubuh gambo laki ko ngan anak2 ko".. jibraun punya kawan... mencik! aku terus tanggal gambo saruk... semenjak hari itu aku putus sahabat ngan kawan aku ... sebab dia jadi penghalang antara aku ngan saruk.. waakakakak

Sangat gila bila saruk datang mesia je.. i wishhhhhh i wishhhh i wishhhh bleh jumpa dia... tapi ko gila.. kang aku kene belasah ngan laki aku...

Waaa... aku pernah (read : banyak kaliiii) mimpi saruk... bawak saruk jejalan... amik gambo bagai... tapi bila aku bangun, sumer adalah mimpi belaka... yang paling gila, bangun tido tu bleh cek pda nak tengok gambo2 yang aku tangkap masa dalam mimpi.. bukan ke bodo namanya... hentak kepala sendiri kat kepala katil... dush..dush..dush..

Sebab aku minat gila sama saruk.. laki aku dah haramkan aku tengok cita hindustan... hohohoh sangat dasat woo... tapi cita tamil laki aku tak halang plak..

I lap u saruk.. lap u saruk.. lap uuu saruk... (laki aku baca confirm dia tempeleng muka aku sampai sememeh)

Wokeh aku tepek muka laki tak jadi aku ni eh...


Oh Saruk.. kalau aku jadi menikah ngan ko dulu.. camnilah ko hensem berbaju melayu yek.. napa ko tak balas cinta aku sarok?? y??? y??? si gaori tu lawa sangat ke??? gaori yang keling tu jugak yang ko nak.. kalau tak aku dah bergelar datin tau dak....(ye.. ketika ini aku dah terperesok masuk bawah meja kene terajang ngan laki aku.. waahahahahah)

I Lap U Nubhan...


Aku

berikan kasih kalau itu yang kau mahu dariku

aku berikan cinta bla..bla..



aku

sayang dirimu biarpun nafasku sampai terhenti

akan ku kota janji kita

mendirikan taj mahal cinta

seteguh kasih syah jehan kepada mumtaznya



Wa caya ADA UNTUKMU... NUBHAN... tangkap leleh beb...



Wokeh ala2 the feelingzzz okeh.. hampir kami berdua tak pergi kerja dan melayan blues tepi caltex yang dah terbengkalai.. namun semua ini hanya akan terjadi kalau AbangSayang type yang jiwangz karat... :p maka terpaksa lah aku jiwangz sorang2..

Er... korang keje ke ari ni??? Aku pasti ramai yang sambung cuti kan??

Melangkahkan kaki ke pejabat hari ini begitu suram skalik... Hanya aku, MariaMenado, SyaMie, Kakak Menopos, Cikgu Manisah, JaiJambul dan ApaNama saja yang ada kat opis... balance lagi 33 orang telah mencutikan diri memasing...

Elehh yang korang cuti2 tu pasal?? Korang sambut krismas eh?? atau korang partimer jadi santa semalam???



Aku nak sambung syahdu ngan NUBHAN laaa....

Akuuu.... berikan kasih....

24 Disember, 2008

Dalam Keterbosanan maka G6PD

Sesungguhnya aku merasa sangat bosannn...

Pegi blog korang tak hupdate... main game asik menang aje (riaknya...) neslo dah abis satu mug..

Bosan.. bosan... kat opis pun tak ramai orang.. aku tengok dia.. dia tengok aku...

Weh sumer blogger tinggakan kerja anda dan update blog anda sekarang yek...

wokeh aku nak kongsi satu info ngan korangla... kebanyakkan orang tak tau pasal mende ni... anak aku si kristal G6PDnya adalah rendah... korang pun ada yang pernah dengar antara ye ngan tak pasal G6PD kan?? okeh... rollllll sedkit info berkaitan G6PD

G6PD serang bayi lelaki
(si kristal pompuan, leh kene gak. Ini bermakna lelaki/pompuan takde bezanya kalau nak kene)

Anak perempuan miliki dua kromosom X untuk mengawal, menyeimbangkan enzim sel darah merah. DEMAM kuning antara petanda awal bayi menghidap G6PD. Konsultan Kanak-kanak, Dr S Selvakumar, berkata kekurangan G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit, ia adalah satu fenomena keturunan (genetik) yang kebiasaannya dialami bayi lelaki.

Beliau berkata, pada dasarnya G6PD tidak berbahaya tetapi jika ‘pantang larang’ dilanggar, proses hemolisis boleh berlaku di dalam darah seterusnya memberi komplikasi seperti sesak nafas atau pitam.

Katanya, walaupun dianggap perkara lumrah, ibu bapa atau penghidap G6PD perlu berwaspada tambahan pula perpecahan sel darah merah berikutan proses hemolisis yang teruk boleh membawa kepada demam kuning, anemia atau buah pinggang rosak jika tidak mendapatkan rawatan segera.

“Ibu bapa yang mempunyai anak penghidap G6PD tidak perlu bimbang dengan tahap kesihatan bayi mereka. Seperti kanak-kanak lain, mereka akan membesar secara normal tetapi kekurangan enzim ini akan berlanjutan hingga mereka dewasa. Cuma pastikan mereka dijauhkan daripada bahan yang boleh membawa komplikasi.

“Dari sudut penggunaan ubat, sesetengahnya boleh mengundang bahaya seperti ubat gegat atau anti malaria. Ibu bapa perlu memaklumkan kepada doktor mengenai kekurangan enzim ini bagi memudahkan pemberian ubat terutama ketika bayi mereka demam atau sebagainya. Antara makanan yang perlu dijauhi pula kacang parang.

“Tanda utama yang boleh dikesan jika bayi terdedah kepada benda larangan ialah kencing berdarah. Darah yang pecah itu serta merta akan tersumbat di saluran kencing. Ibu bapa perlu segera membawa anak ke hospital bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk,” katanya.

Dianggarkan, kira-kira 10 peratus daripada populasi penduduk dunia mengalami kekurangan enzim G6PD namun sebahagian besar terdiri daripada masyarakat kulit hitam, Itali, Greek serta Asia dan uniknya ia dikenali sebagai ‘sex-linked enzyme defect’ apabila sering dihadapi bayi lelaki.

Selalunya kekurangan enzim ini diketahui sebaik saja bayi dilahirkan. Contoh darah mereka akan diambil untuk dianalisis bagi mengetahui jenis darah, kekurangan G6PD, tahap bilirumin dan sebagainya. Antara tanda awal, bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundis (demam kuning) yang agak lama pada hari pertama kelahiran lagi.

“Apabila meningkat dewasa, seseorang yang mengalami kekurangan enzim G6PD biasanya dibekalkan ‘rantai perubatan’ yang menandakan pemakainya kekurangan G6PD. Ia membantu sekiranya berlaku kecemasan sekali gus membolehkan doktor memberikan rawatan bersesuaian,” katanya.

Kenapa lelaki?Ketidaknormal gen bertanggungjawab terhadap kekurangan enzim ini yang biasanya mensasarkan kromosom X. Disebabkan lelaki hanya mempunyai satu kromosom X, mereka lebih berpotensi mengalaminya berbanding bayi perempuan yang mempunyai dua kromosom X. Apabila satu mengalami kekurangan enzim, satu lagi normal menjadikan enzim perempuan lebih seimbang. Begitupun, G6PD mempunyai beberapa tahap bergantung kepada peratusan kehilangan enzim terbabit.

Dari segi perubatan, ia bukan penyakit dan semestinya tiada ubat untuk kekurangan enzim ini. Seperti perkara yang membabitkan genetik lain, contohnya warna rambut atau anak mata, G6PD juga tidak akan berubah malah akan dialami seumur hidup. Sementara itu, darjah ketinggian proses hemolisis pula mengikut kadar pendedahan kepada ubat-ubatan tertentu seperti primaquine dan hydroxychloroquine (anti malaria), sulfonamides, ubat gatal dan dapsone. Jika termakan kacang parang pula, ia boleh menyebabkan demam, sakit belakang, pening dan menggeletar selain pneumonia.

Larangan:-
· kacang parang
· ubat gegat
· anti malaria
· ubat gatal
· sulfonamides (aku rasa bende ni adalah salah satu komponen dalam ubatan)
· dapsone (bende ni pun..)

Serangan
· sesak nafas
· pitam
· demam
· sakit belakang
· pening
· menggigil
· pneumonia

Tanda
· kencing berdarah
· kuning

Okeh... so far benda2 larangan tu memang Kristal tak pernah makan dan pegang. Kalau korang pi klinik mesti Dr. pernah tanya "Ada alah ngan apa2 ubat?" Korang pun tak tau anak korang alah ngan ubat apa kan??? Cakap aje anak saya ada G6PD.. tu bagi ada anak yang mempunyai masalah ni laa... kalau takde masalah ni.. tak payah le korang nak ngada2 cakap pasal G6PD.. buang masa je..

Wokeh.. sekian...

Takde tajuk

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Nanti jawab pokok tanyalah angin
Angin nanti kata BLA..BLA..BLA
Awan nanti kata aku kandung air
sampai tempat sejuk aku pun cair

Tengok dalam air nampak bayang2
Campak satu batu bayang pun hilang..

Tanya sama hati apa sebab sayang
Nanti jawab hati nampak di pandang
Bulan dan bintang..

Ceaaaa mementang baru tengok cerita ANAKNYA GHAJALI..

Weh.. korang pernah tengok iklan nuffnang yang tulis KAKIIS tu tak.. aku tengok dia punye gambo orang tu lain macam lah plak..... heheheeh u nowww watt i mmmeeaannn daaa yyaa?? Haa tu nak kata kepala otak aku 18xxs lah tu...

Entry hari ini takde tajuk sebab aku tak de point... just nak update je blog.. kang kata bersawanglah.. bersemak laa.. banyak tumbuhan liar lah... berhabuklaaa

Oh ye... Zara dah 'ek..ekk..'.. smalam lepas aku sampaikan salam orang tu terus dia cam terkejut dan dan tu gak dia ter 'ek..ekkk".. bau dia humangaiiiiii memang kaw..kaw le... tapi nasib masa tu Zara di tangan Uda... so.. Uda settle!!..

Hahahhahaa.... keji ok... takdelah semalam UDA (kekasih tak jadi orang tu..) dah bagi ubat sengsih pada Zara... tu yang menjadik tu.. so zara sudah dapat tido lena.. tiada masalah!

MatMisai takde sampai 31/12... tapi 31/12 tu dia datang gak coz ada meeting Associate Commonwealth University. Heheheh dan aku??? aku plak takde pada hari tersebut.. maaflah ye MatMisai... kita tidak ditakdirkan untuk bertemu... ceaaaa... maybe aku cuti.. or maybe aku just amek time off sajork. Sebabnya ada taklimat ibu bapa dan pendaftaran untuk year 1.

Soo... sapa nak ambil minit??? first meeting tu hari aku yang amik.. sooo lu pikirlah sendiri..

Lately aku cam dah tak sekufu ngan MatMisai.. aku tak tau le 2 tahun sebelum ni MatMisai sangat baik... dan sangat backing staff dia.. tapi nowadays dia asyik mencarik salah aje.. itu tak kene.. ini tak kene... bagi markah pun.. huuhhhh sangat down okeh..

Okey.. terus teranglah.. kalau Anda.. ye.. Anda MatMisai (cehhh cam dia pernah baca blog ni...) tidak memerlukan khidmat saya lagik.. atau dalam erti kata sebenar nak staff laki2 saja... ok... i'm quit!! sambil buat aksi tumbuk meja... (waahhhh dasat tuuuuu)... heheheh replace ajelah... takyahlah nak main phsyco2 kepala otak aku.. kusut masai plentong sehhhh...

Disebabkan markah yang seciput tu aku jadi tak bermotivasi (lagi motivate kalau gi blog ni) nak pegi keje rasa tak best... tak bermotivasi nak buat kerja... sebab markah yang dia bagi tu markah untuk orang yang jenis datang pagi slide n out.... petang datang slide n out... So.. ko nak aku buat gitu??? Aku tak kesah... apa ada hal... cap jari sudah kering maaaa..

Tapi sebagai insan yang berkarisma dan pernah menghadiri Kursus Biro Tata Negara (apehal plak tetiba BTN...) takkan aku nak makan gaji buta ye dak...??

So.. aku sedang merangka surat untuk meminta ditukarkan ke jabatan yang lain.... dengan alasan aku dah 13 tahun terperam kat sini... bleh?? Tu pasal le bleh terwujud entry yang ni haaa... pasal mokcik dah fed up okeh.. So far takde plak aku dapat balasan.. hehehheheh

Gaknye dorang sumer dah selesa dok kat sekolah2 tu gamaknya... wehhh mehlah tukar keje kat sini.. sangat mencabar wooo... front line.. front desk.. glamer per... selalu jumpa orang beso2.. bleh masuk tv (jadi orang celah2 belakang je.. ) penuh dunia gossip ngan wartawan..

Hadooo kang aku jadi free lance ajelah.. ngangkang dok kat rumah..

23 Disember, 2008

Apa nak buat eh???

Zara semalam tak "ek..ekkk"... kelmarin dan sebelumnya "ek..ekk" sehari sekali sajo.. tu pun cam sembelit saja.. biasanya pagi sekali.. n petang sekali..

Ada yang cakap peralihan bulan... tapi apa kene mengene bulan ngan masalah nak "ek..ekkkk"..

Isk.. sebab dia ada masalah "ek..eekkkk" maka hari ini aku tak masakkan dia bubur nasik..

Tapi sebelum ni makan bubur nasik takde masalah pun.... Bubur nasik tu aku siap lenyek pakai tapis lagik.. memang halus n cair... aku kan ibu mithali...

Isk.. korang ada petua ke??? Please.... bleh bagi pisang ke?? Betik ke?? Limau??

18 Disember, 2008

SAPA NAK TUKAR SUKA SAMA SUKA

PERHATIAN !!!! AKU MAHU TUKAR SUKA SAMA SUKA... SILA HUBUNGI AKU MELALUI EMAIL izeniaman77@yahoo.com

atau

fitrah_fitri@yahoo.com

atau

YM aku kat fitrah_fitri

KHUSUS KEPADA MEREKA YANG BEKERJA DI

MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN UNIVERSITI 1 & 2

SEKOLAH MENENGAH TAMAN UNIVERSITI 1 & 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKAR PULAI 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKAR PULAI 2

SEKOLAH MENENGAH KANGKAR PULAI

17 Disember, 2008

Backup!!.. Backup!!

Wahhh sumer skang ni tengah gila2 backup kan??

Aku pun tak terkecuali, w/pun di masa akan datang kehadiran ku di wilayah ini pastinya akan berkurangan...

Okey... andai wilayah aku ni dah dijajah.. silalah ke http://layarlara.wordpress.com/

Wokeh cow!!

16 Disember, 2008

Sakit Perut

Smalam aku sakit perut... buang2 air.. so aku tak kerja. Tapi dalam pada sakit perut dan tak kerja tu pun sempat aku ikut AbangSayang ada urusan di Tabung Haji. AbangSayang uruskan tabung haji Arwah Bonda Musinah@Kamisah.

Settle di Tabung Haji, bleh plak singgah ke Kotaraya.. T.hari makan kat Singgah Selalu.. bolehlaaa nak kata sedap sangat pun idak... biasa biasa aje... tapi takdelah sampai peringkat tak sedap.

Lepas gi kotaraya aku pegi ke sri stulang rumah Kak Ngah. Si Uda sibuk mencari ic dia, takutlah tu kene tuduh indon... dah muka ko pun memang standard2 cam tu kan... hehehheeh. Kalau hilang ini bererti dah 3 kali ini... dendanya sudah tentulah RM300++. AbangSayang suruh Uda carik betul2 kat rumah... buatnya ada... haaa tak pasal ralat duit RM300. Nasib baik lepas selongkar2 tu ada plak ic si uda ni... bukan tersorok pun ... ada elok je tepi radio... mata macam apa je... kalau ada ular... dh lama dia patuk tangan ko...

Smalam masa borak2 kosong ngan AbangSayang dia membuat pengakuan memang nak anak kecil lagi.... Ohhhh NOOOOOO... not now... tunggule 2 tahun lagi ke... lepas tu aku dah terus tutup kedai...

Perut aku sakit lagi ni... senak je rasanya...

12 Disember, 2008

Aku kene tag... katekan TIDAKKKK!!!!!

1) Do you think you’re hot?
Apa hot-hot ni... sat ehhhh call AbangSayang...


Hello abang... do u think i'm hot..
Apa menjadahnya ni tepon2 tanya cenggini... balik kang citalah...Hahahahahahhahahaha (ini adalah perbualan palsu...)

2) Upload your favourite pictures of yourself:
Satu ajelah yekkk...

3) Why do you like these pictures?
entah... tetiba aku rasa tenungan aku HOT... tapi lagi HOT renungan Zahra Laiyina tu.. Ekcelli aku suka gambar ni sebab cuba korang perhatikan background gambo ngan tudung aku cam match aje... colorful... prasan..!!


4) When was the last time you ate pizza?
Seingat den... masa aku pregnant si zahra 4 bulan... maknanya setahun yang lepas.. muahahah. Setahun sudah berlalu, februari muncul kembali dengan... bla..bla..bla.... Uishhh lama tu... ekcelli bulan pose lepas ada ure2 nak bukak pose kat pizza.. tapi penuh dowhhh.... last month pun pernah call pizza online.. tapi haramm zadehhh... habis kredit aku operater dia cam babeng... jadiknya hasrat tu bantut sampai skang.. One more... I TAK MAKAN PIZZAA... muahahahh euuiiihhhh toooo muchhh calories...matilah kene kutuk ngan pizza tegar.. tak sesuailah kan untuk orang yang sedang cuba menguruskan badan cam aku ni... muahahahahahahh... Panjang plak jawapan... padehal dia tanya bila last makan pizaa kan?? kan??


5) The last song you listened to?
Angin Malam from Broery Marantika...... Aku sukaaa suara dia... bleh tangkap leleh beb...

6) What are you doing right now besides this?
aku tengah leka buat tag ni, tetiba officemate aku panggil tapau lauk kat dewan.. so aku tapau sambal sotong, mee hun sama kuih lapis bleh bawak balik rumah, hehehehhe... selesai tapau aku sambung buat tag... office korang bleh buat cam ni?? tak bleh kan?? tak bleh kan?? kan?? hahahahah
.
7) What name would you prefer besides yours?
Atie, Cik Atie, Mak Atie, Adek (gila ko.. dah tua pun twins aku still panggil aku adik), Aswin,
Maya (terkenang semasa dulu...)

8)Who are the next people you will tag?
Wajib ke wasiatkan tag ni untuk orang lain?? Ok.. aku nak tag 2 orang aje..

1. Atifir (ktys)

2. Ad

9) Who is number 1?
a very good fwennnnnn.... banyak tolong aku...... aku tau Ktys tengah domam.. tapi buat tag ni bleh kebah apa.... hehheheheh

10) Say something about number 2,
Entah budak mana tah ni... (hehehehhehehe) Ad, kanda tak kira dinda kat China ke.. kat Cina ke.. kat Chinese ke... yang penting ko sahut seruan tag ni... wo... wo yau.. woo yau ni... Emmm takk aaa... ow keng aaa...

Kehhhh dah selesai AyahTeh wehhh...

Masing2..

Aku takde mende nak cerita...

Blink!!! tetiba aku nak cerita pasal perkembangan anak2.... jangan bosan ehhh....


Danial (Yang Sulung.. tengok muka dah tau 1001 perangai)

Next year akan menginjak (wooooo sudah lama wooo aku tak guna perkataan ni, rasa cam baca novel plak) ke darjah satu. Stakat ni kelengkapan skolah dah settle, cuma alatulis je aku lom beli lagi.. tapi kalau aku tak beli pun tak ngapa.. stock pensil, stock pemadam, stock pengorek stock pensil warna masih ada lagik... korang mesti pelik napa aku siap ada stock lagi... bukan apa... aku pun pelik si danial ni.. dia mamah agaknya pensil, pemadam, pengorek dia... sekejapan hilang... entah dia murah hati bagi pada kawan2 dia gak nye.. Bapak dia belikan pemadam yang baik punye tak mo guna.. tahan dia beli pemadam yang 20sen.. keras.. padam pun tak bersih... yenna dey...

Perangai dia sangat mencabar wooo.... smalam, elok aku ngan AbangSayang pergi kerja dia bleh amek kunci n keluar pastu invite kengkawan datang rumah, siap buat kenduri makan2 lagi ko.... Aku biasalah dah masak awal pagi... Smalam aku masak asam pedas ayam, sup cendawan dan buat sarapan mee goreng.. Aku ingat balik nanti aku dah tak payah masak lagi.. sebab aku masak banyak... Lain plak jadiknya... Ye.. bersedekah lah kan.. korang nak cakap cam tu kan??

Tapi aku pelikla.. kejiranan aku mak bapak dorang tak cari plak anak2 takde kat rumah, elok memasing dah makan t.hari kat rumah aku baru le mak masing2 datang panggil anak balik.... umah aku ni nursery ke??? Siannya kat uda laaa, aku pergi kerja rumah sangat bersih, aku memang tak nak susahkan uda, biar dia take care anak2 aje... tapi smalam uda kena kerja lebih masa, dari depan sampai belakang.. Danial n the gang punye hal.. Malam tadi Danial sudah kene kaw2 ngan AbangSayang... antara intipati yang diungkapkan AbangSayang.. kalau kene culik cemana... kalau jatuh tegulik sesorang cemana... Hari ini kunci masih gantung kat tempat biasa, nak tengok dia berani lagi ke panjat kerusi amek itu kunci..


Kristal (Yang Second... Ini ada arabic sket muka, cobaan )

24/11 lepas baru celebrate besday yang ke-4, tapi bulan 1, 2009 ni dah consider 5 tahun.. so masuk tadika laaa... Tadika paling dekat, selang 2 buah rumah aje dari rumah aku, biar pergi balik jalan kaki. Jangan ko beranganlah nak naik bas bagai. Sangat rajin coloring... cantik n kemas, comot2 sket2 je.. kalah si Danial kalau bab warna mewarna ni. Bulan 1,2009 ni gak dah kene start mengaji. Kalau dulu masa aku kekecik mengaji start umur 4 tahun. Tapi anak aku aku bagi longgar sketlah... ampunnnn kalau betaraguru baca ni. Pandai gak mengeja.. tapi mengeja cara dia le... 'A' aaa.. 'A' aaa... emak.. 'A' aaa..'A'aaaa.. adik... boleh???

Sudah pandai loyar buruk... mementang asik tengok cite bujang lapok... sumer arahan aku dia bantai cakap COBAAANNNNNN... cobaan kepala hotak kau... (bukan aku cakap eh... ENI JASMIN yang cakap). Dia ni aku tak tau le bila masa dia nak berisi... harap inci je makin naik. Bukak baju bleh jadi gitar tulang rangka.... Baguss... ko jangan ikut mak ko ni... badan memang dah tak de alignment. Sudah pandai melawa... tapi bila aku suruh tocang rambut bleh dia kata "Kakak lelaki, mana boleh tocang..." kecelaruan..


Zahra (Yang Ketiga.. wajah yang penuh kejawaan)

Every 27hb akan menggenapkan bulan dia ni... Baru 6 bulan... sedang gigih berlatih untuk duduk 'mentimun'.. klakar plak bunyiknya... Paling suka menjerit.. dia ingat suara dia nyaring sangat gaknye.. Merangkak/menyelar sampai masuk bawah kerusi.. bila dah terperangkap menjerit kekuat... Kalau aku panggil sesapa yang dalam rumah.. dia plak yang perasan menyahut... "uhh".."uh.." perasan lah ko dek..

Beratnya baru 6.2kg. Zahra ni memang pemakan, kalau kayu or batu aku kikis halus suap kat mulut dia pun dia nganga... Makanan yang sepatutnya dia tak makan seperti nasik lemak, ayam goreng sumer dia dah bedal. Kekadang aku confius.. dia ni dah kenyang ke lapar lagik.. sebab apa saja orang bagi dia nganga.. pengsan jugak anak aku terbongkak kekenyangan.. tapi yang pasti dia akan makan nestum/biskut 2 kali sehari, bubur nasi sekali/2 kali sehari. Zahra ni jenis lasak, kene injek bulanan tak pernah nangis, sengih aje.. ko tak de perasaan.

Skang ni pantang nampak kelibat aku, mesti jerit2 nak ikut. W/pun aku lalu depan dia sambil tutup muka. Suka korek mulut aku kalau aku tengah makan. Dan buat masa ini hobi dia ialah tarik rambut kristal.

(Yang Keempat.... er.. taddaakkk lagi..)

11 Disember, 2008

cekelat... cekelat...

Nasib baik pda aku dah jahanam... kalau idak mau aku shot gambo tengah gigih kat gym... banyak peluh kuar ok... banyak peluh maknanya sihat.... banyak peluh maknanya lemak aku banyak... muahahahhahahah

Baru le rasa ringan sket badan... baru le rasa tak mendak...ceh.. baru pegi satu course terus tak mendak.. boleh caya.. muahahahhahah. Tapi bosan aaaa... aku sorang je kat gym tu... mana tah lagi 2 orang teman seangkatan aku... sesekali seram plak... masa kat bilik persalinan pun aku rasa something je... mahu tak mahu kene gak tukar baju... ateee takkan le aku nak mengeluarkan peluh ngan pakai baju kurung... tak dapat dek.. Abis course aku nak pi mandi pun takut... maka aku kaut sumer barang, pi rumah betaraguru mandi kat sana je.. nasib le gym ngan umah betaraguru dalam 5 minit saje..

Kene gempur habis2an lemak2 kat badan ni... sebelum dia kental baik aku sental.. raya qurban banyak makan makanan berlemak... sambil tu tengok cita willy wonka (naik jemu aku... kristal n pearl punye hal le ni.. ) bila tengok coklat factory tu... terussss keinginan makan coklat meluap2 ko.... jadi tak boleh nak salahkan aku kalau aku makan coklat... salahkan johny deep.. tapi perghhh cam sedap je berenang dalam kolat coklat... emmm... mesti teeeedappppp...

Coklat...coklat...coklat.... coklat...coklat... COKLAT... takpe nanti balik aku beli.. tapi aku tak mo makan.. aku nak amek bau ajek... ciumm puas2.. tepek2 kat muka.. muahahahahhahah... sambil tu jelirkan lidah jilat2 sket...

10 Disember, 2008

Apa yang susah sangat...

Hari ini dah hari yang ke-10 dalam bulan Disember... ada sesapa yang azamnya belum lagi menjadi realiti bagi tahun 2008 ni? Korang ada masa bih kurang 20 hari lagi... APA YANG SUSAH SANGAT nak merealisasikan kehendak/keinginan terlampau korang tu??

Last week aku sangat bermotivasi bekerja... tapi this week napalah aku jadi orang yang paling utama sekali PERLU di hantar ke kursus yang bleh memotivasikan diri.. APA YANG SUSAH SANGAT nak memotivasikan diri???

Tadi aku merayau2 rumah korang sumer... ada certain2 blog je yang aku comment.. selebihnya aku jadik silent reader je.. sebab segelintir tak pernah pun comment balik comment aku... maknanya kehadiran aku memang segelintir tu tak kesah pun... APA YANG SUSAH SANGAT nak comment balik?? gasaklah.... tak kecik hati pun... kang orang kata... datang tak diundang, pergi pun tak disuruh.. malu ajek..

Ada sorang blogger tu.. tengah menghitung hari.... nak kawin dah budak ni... Mesti dia tengah hingar skang ni.... excited.. mau nye idak... aku pun dulu cam tu gak... menggelitis ok menunggu hari bersejarah...

Mata aku ni ngantuk sangat... aku rasa aku tau napa aku cam tak bersemangat je... dah dekat 3 minggu aku tak pergi gym.... asik ada hal ajek... besok aku pegi gym semula.. jadi lemak2 dah berkumpul dan mendak kat segenap pelusuk badan dan ini sekaligus membuatkan enjin2 dalam badan aku cam keta tak pernah kene service.. mendak aje..

Ye... aku masih lagi di wilayah ini setelah last week berdegar2 cakap pasal nak kene sekat masuk ke wilayah aku ni.. Aku akan terus berdiri disini sehingga perisian tersebut dilancarkan.. hehehhe...

Huwargghhhhh.... menguap untuk kesekian kalinya....

09 Disember, 2008

Boring tul aaaa....

Boring tul..

Apakah maknanya menghupdet blog tanpa gambar??? Ye ibarat masakan tanpa gula.. Tapi apakan daya....

Raya haji korang masak apa??? Aku buat ketupat, masak rendang daging, kurma daging (special request dari betaraguru), kacang panjang goreng sama ayam masak merah.

Ketupat aku tak buat banyak pun adalah dalam 30 ketul saja.. cukuplah nak bagi jiran kiri kanan, bawak gi umah betaraguru, bagi adik ipar aku yang dalam pantang tu...

Raya haji kali ini sama cam raya2 haji tahun2 sebelum... pagi raya je AbangSayang jadik milik aku.. lepas tuuu sampai ke petang dia jadik milik kambing ngan lembu.. Danial pun cam tu gak dah 2 tahun dia ikut bapak dia sembelih lembu... punyelah bangga cita ngan aku dia tolong pegang kaki lembu... Dia tak tau kalau lembu tu naik minyak haaa terpelanting ko nun jauh disana.. Tahun ni takdelah injured pape... betaraguru pun takde kene tanduk lembu tahun ni..

Dek kerana bosan, aku ikut betaraguru no. 2 pi berjalan2 ke rumah sedara mara. Aku heret la dua orang tuan puteri pucuk kelompang ni... dedua demam.. ada aku kesah... yang penting aku tak nak jadi bibik dok sorang2 kat rumah jaga anak.. tolong buat air sirap kalau orang datang... sorry eh.. tak dapat. Jalan2 umah sedara mara best apa... leh ngumpat2... leh ngata2... muahahahahhaah... sedara mara aku tak kira laki ke pompuan ke.. mulut memasing leh tahan takde cover... lantakleee ko nak kecik hati ke.. apa ke.. bo layan le feeling2 ni.. So tak pelikla kalau mulut aku pun ala2 cam bau longkang gak kan...

Hari ini anak dara kenit masih demam.. yang kakaknya dah ok dah...

Boring aaaa...

05 Disember, 2008

Selamat Menyambut Aidil Adha

Nasib aku merayau rumah apple.. kalau tak aku pun lupa nak wish idul adha.. almaklumlah.. takde mende yang aku nak korbankan.. dan masih lom cukup ongkos untuk ke mekkatulmukarramah..

So fwennssss Selamat Menyambut Aidil Adha... pada yang berkorban.. jangan sekali2 mengorbankan diri anda... pada yang berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji semoga mendapat haji yang mabrur... laung2kanlah nama kami di sana supaya cepat kami menyusul anda2 di sana..

03 Disember, 2008

kesempatan ini..

Okeh.. program pantau memantau masih dalam construction.. soooooo selagi ianya belum dikuatkuasakan aku blehlah merayau lagi kat sini..

MatMisai plak cuti... sampai le next week... wallaaa... ini lagi membuatkan aku bleh merayau2 sesoka hati ku...

Kang sambung..

02 Disember, 2008

Dunno wat to say..

Okeh.. semenjak pucuk pimpinan baru ni memacam hal berlaku..

Yang paling baru ialah satu perisian akan dibangunkan di pejabat ini untuk memantau penggunaan internet di pejabat ini. So.. paham2 ajeklah ye..

Maybe aku nak update kene pegi cc... cam apa ye? Cam LA****.... Lu pikirlah sendiri perkataan yang tersembunyi itu...

01 Disember, 2008

Hari hari yang memenatkan

Alahaii... mekasih le dak apel tu... mekasih le bagi aku xcuse tak payah buat tag...ekekek lepas ni mesti ko tobat nak listkan nama aku kan... Gambo tu nanti yek.. aku sedang usahakan...

Masa balik ari Jemaat tu... aku dengo si uda borak ngan danial... "kalau danial baik cenggini, lama laaa abang uda dok sini"... wahahahaaah... dah baik le tu konon... tapi kekadang cam anjing kucing gak... alar perang2 mulut gitu.. biasanye berebut siaran astro.. paling habis pun aku cakap ngan danial... sabooo... kang kalo abang uda tido, danial bleh tengok... lagik pun ceria tu ulang2 ceritanya... danial rentan ok... lari masuk bilik tengok cd..

Lepas dinner, siap2 nak anto si uda pi Larkin... maklumlah sabtu & ahad si uda tu kan off.. ekekek.. Peh nganto si uda, pusing2 kat jalan harimau tarum.. carik bank standard.. biasaklah pandai gosok pepandailah bayo kann.. Ha.. AbangSayang apa lagi, bukaklah dompetmuuuu.. lenkali kalo tak nak bayo.. jangan gosok..ekekekke.... tapi kat standard takleh draw duit... so.. pusing lagi.. carik atm lain.. draw duit.. patah balik ke standard bank in duit...

Aku tak suke keh pusing2 kat jalan harimau tarum tu... sementara tunggu AbangSayang settle ngan bank aku dok dalam keta, kristal tido, zara pun tido... danial nak kuar buang sampah pun aku tak bagi.... Harimau Tarum tu black area ok... Makcik sangattt takut... rompak merompak, bunuh membunuh ni biasa kat situ.... AbangSayang nak kuar dari keta nak pegi bank seberang jalan pun aku nasihat berbakul2... Kawasan Harimau Tarum ni bila malam aku rasa cam kat Las Vegas kot... Lampu dari shopping complex... kedai2... warna-warni sungguh... pelagik.. amoi2 ngan rambut blond... dah memalam buta pun ko pakai short yang tersangat short.. pakai tube.. mendealah kat dalam tu pun kalau bleh cakap.. lepaskan aku..lepaskan aku... terbonjol2..

Balik tu singgah skudai, makan Nasik Lemak Cik Ani.... sangat sedap wooo... tapi aku tak makan pun.. aku tukang tengok... bukankah bila suami makan isteri mesti jadi pelayan...muahahahaha.. dan bila anak makan mak mesti.... TENGAHKAN SIKIT NASIK TU.. NAK JATUH DAH..... MAKAN SOPAN SKET.... KAT SKOLAHKAN BELAJO SOPAN SANTUN CEMANA... KAKAK JANGAN LAYAN KUCING TU... NI SAPA NAK MAKAN? KUCING KE KAKAK? KANG KUCING DOK ATAS KUSI KAKAK DUDUK BAWAH EH.. JANGAN CAKAP2 MAKAN JE DULU.. KANG NASIK KENE LUDAH SETAN.. JANGAN GADO... DEPAN REZEKI MANA LEH GADOH.. muahahahahahhah yes... its meeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.

Hari Sabtu, aku sangat maalaaaaaassss nak pi memana... aku dok rumah je.. ganti cadar sumer katil... AbangSayang nak pi bayo bil pun nak hangkut aku... sorry mak malassssszzzz.... maka pegi saja mereka bertiga... petang AbangSayang ajak pi Skudai dia nak main bola ngan Danial.. sorry mak masih malas lagi yek..... mak malas nak terserempak ngan dak pompuan kabaret yang gediks tu.. (Azraii ko jangan rentan okehhh). Lepas dinner AbangSayang skali lagi ajak pi skudai.... at last aku cakap ngan dia... "Tak penat ke??? petang dah pi skudai... ni malam nak pi lagi... tak rasa buang minyak ke???"... bukan sket okeh.. 20 minit perjalanan pegi n 20 minit balik sama dengan RM10 hehheheheh. At last aku pegi gak... sebab aku pasti aku kat skudai dari kul 9.00 malam sampai 11 malam je.. singkat je waktunya.. so aku tak perlulah nak rentan lama sangat kat Skudai... Lately ni aku dah tak seronok pi Skudai.. ada cerita di sebalik tabir..

Hari Ahadnya plak... lepas bfast dalam kul 10 we olz pegi Leisure Mall, AbangSayang ada bowling.. layan... sampai sana danial masuk plak pertandingan mewarna anjuran McDonalds n Giant... okeh... aku dok menunggu si danial dari jam 11 sampai le kul 1.30 petang.. warna satu jam je.. selebihnya ada game.. penyertaan kene bayo RM10, dapat goodies dari Milo n Happy Meal... Danial dapat tempat ke-4.. merasalah ko dapat hamper danial.. tu pun berbuih mak dia kat luar garisan "Bang... suar dia kaler belang merah... awan tu buat bold kaler dark blue... tayar tu kaler hitam... tambah gambar burung... pokok tu buat bold kaler dark green... ko nak menang tak?? jangan lawan cakap mak! tambah gambo bukit belakang tu"...muahahhahahahah.. si Zara tak meragam plak.. elok je dalam stroller... tido... bangun main.. sambung balik tido.. tak heran pun bunyik musik kuat giler... dan aku... sambil bagi arahan kat danial.. sambil tu makan eskerim... abih?? nak suh aku jadik tunggul plak.. si kristal ngan AbangSayang...

Dah selesai program danial... aku naik atas kat tempat bowling... sempatlah tengok AbangSayang main... score??? takde maknenya dekkk... hampeh.. biasaklah AbangSayang kalau main memang dia suka kalah... abis kang kalau dia menang sapa plak yang nak kalah kan?? kan?? dia dok ngutuk si kapir baling jalan cam itik terkepit2... tapi scoreeeeee okeh....

Kuar dari tempat bowling tu.. melayan budak2 kat spa fish sekejap... setengah jam RM15... melekek2 budak dua orang ni.. Dah masukkan segala hadiah2 dalam keta, kita orang masuk giant plak... soping2 lebih kurang ajek.... dah kul 3.30 petang... balik... aku ada meeting Pu3 Umno kul 4.30 petang kat skudai.

Meeting aku sekejap aje.. aku dah sound awal2 aku takmoh simpang siur.. noooo luah2 perasaan.. so.. dalam 5.40 meeting selesai... Pegi umah mak aku amek AbangSayang n anak2 singgah umah adik AbangSayang amek Uda n balik kerumah dengan jayanya...

By the way adik rahman baru bersalin lom ada 3 minggu lagi pun... tapi aku sangat terkesima ok... sebab baby dia tak berbedung.. berseluar pendek.. tidak bersarung tangan pakai singlet... wahhhhh kalo ko tak nak bedung.. ko bagilah anak ko pakai suar panjang... sian budak tu aku tengok dah le anak dia kecil.. mak nye plak.. no stoking.. no slipar.. no toncang jam 12 t.hari.. rambut begitu bebas beralun2 di bahu...

Aku kalo cam tu dalam pantang.. mahu kene halau balik rumah ngan betaraguru.. kuar bilik air lupa nak pakai stoking pun sudah kene sound baiiikkk punye dengan bapak betaraguru... tak pakai baju sejuk punn kene sounddd baikkk punye ngan mak betaraguru... "Yang sakit sok lusa bukan aku... engko.... nanti besok kalau laki ko komen pemende.. ko jangan salahkan aku... sikit2 sakit..sikit2 sakit.."... sangat pedih n azab okeh... tapi dalam pantang memang very the kene jagaaaa woo... tapi adik rahman ni memang terer......

Dahle.. aku nak buat keje... layan blog aje plak...