26 Jun, 2009

Andainya ia BENAR

Ya Allah Ya Tuhanku, jika perkhabaran yang kuterima ini BENAR, syukur kehadratMU aku panjatkan.


Ya Allah semoga ianya memberikan 1001 rahmat dan sinar ceria buatku dihari-hari mendatang.



22 Jun, 2009

apakah motip?

apakah motip??


Nak tido peluk2 aku.. dakap mendakap.. aku kira takde pun sepoloh... ko dah hadiahkah dengkuran kat lobang telinga aku


Apakah motip??


Entry aku skang kontot2...






17 Jun, 2009

Wilayah Ini Akan Ditutup

Ada cerita ingin dicerita...

Ada rasa ingin dikongsi..

Tapi apakan daya..

Kemungkinan wilayah ini akan ditutup buat selama-lamanya...


09 Jun, 2009

Akhirnya benar terjadi

Yang ditunggu2 akhirnya BENAR terjadi...


Dan akhirnya perutusan itu BENAR


Dan pelaksanaannya juga BENAR..


Guys... aku terpaksa menghadkan kehadiran di wilayah ini...


Jika tidak tindakan tatatertib 3 BULAN tanpa gaji...






05 Jun, 2009

Award from MiaManis



Mekasihlaaaa kerana MamaMia telah sudi memberikan saya award. Kemenangan ini adalah hasil penat lelah saya selama bertahun2 (cam lama benoooo) di dunia per'blog'an. Kemenangan ini bukanlah kemenangan saya seorang... tetapi adalah kemenangan kepada peminat2 saya semua.... terima kasih kepada semua peminat... tanpa saya.. siapalah anda semua...


Hahahahahahahah TETIBA feeling2 malam anugerah...


Weh MiaManis... ada utang satu lagi eehhhhhh... biasalakannnn manusia mana pernah puas....

Rules:-
1. Copy award dan letak di blog anda .

Kabommm!!!!


2. Link / ceritakan siapa yang beri award ini .

Dapat dari MiaManis yang sangat terer memasak sambil mensentilkan senduk ditepi telinga. Mesti telinga ko ni capang lebih... (ampunnn lariikkks!!)


3. Setiap blogger mesti menyatakan beberapa fakta/hobi diri sendiri seblm memilih penerima award seterusnya.

a. Hobi aku tengok CSI (aciii tak??)

b. Tak suka kepoh pasal jiran keliling.. sooo jiran keliling jangan dok kepoh pasal aku haaa. "Apa??? Encik sedang merompak rumah sebelah ni ke?? OOhhh itu Encik punya pasal.. saya tak suka campur hal orang ni..Saya.. saya punye pasal.. encik.. encik punye pasal" (Vleyyy??? matiii nakkkk)

c. Tak ske kene arah itu ini begitu begini. "Apa buat2 surat?? Booking flight?? Cemana leh masuk keje sini?? Buat surat pun tak tau... Takde booking2 ni.. ...takde..takde.. buat sendiri" (kejap lagi ko dapat surat berenti)

4. The Blogger Freindship Award akan diberikan kepada

a. MesayuKirana

b. NaturalSpirit

c. Adiwarnatasya



Dari aku yang bernafsu serakah... (jahatnya aku hari ni... )

Yahooooo jadik!!!!

Yes... yes.. yes...

Menjadik... hehehheehhhh menjadikkkkkk....... tq to ceeramoonnnnnnnn... bagusss tak lokek.. budak ni...





Menjadilaaaa Puh!


Puhhhhh menjadiklah koooo..... menjadilahhhhhhhh menjadilaaaaaaaaaaa


Puh!!!!


Eiiiik!!! tak jadi??? pesal plakkkkkk...


Lagi skali.... puhhhh... menjadilaaaa koooo... menjadilaaaa....


Eiikk...????


Sabar...sabar.... one more time bebeh..... menjadilaaaa menjadilaaaaa puh!

02 Jun, 2009

Fifiiii.. kakak sayang..

U olz taukannnn anak dara aku si Kristal tu sangat sukaaaa ngan menatang yang berbulu ala2 manja gitu... lelebih lagi kalau menatang tu comel serta gebu.


Adalaaaa Hamba Allah tu... yang aku perasan dari aku pregnant si Zara sampailahhhh dah beranak si Zara telah berumah tangga depan rumah aku. Dia bermukim, bertelur, menetas aku rasa ni dah masuk round ke 3 kot kat depan rumah aku. Kalau korang datang rumah aku.. mesti korang jumpa dia ni dulu...


Aku dah warning pada dia... ko nak menumpang kat sini aku tak kesah.. tapi tolong ko jangan buat rumah aku tandas awam plak ye... kalau idak aku cabut rumah ko...


Hehehehheehheheheh... pandai plak dia paham. Nampak gaya memang lama laaa nak bermukim kat rumah aku ni...



See dia buat rumah kat lampu lip lap aku.... sapa bagi dia permit pun tak tau.. kalau korang perati bebetul ada dua ekor anak burung dalam tu

Kekadang AbangSayang sengaja dengki bukak lampu lip lap tu.. haa terang benderang rumah dia kaler hijau... mesti dia pening + nervous..

Nasib tak kene lenyek keta. Ni si Kristal yang perasan dia tertonggok kat depan pintu. Baru2 nak belajar terbang.. lesen tak lepas lagi.

Sebagai ibu mithali, terus aku amek napkin n besen bubuh dia dalam. Kang takut penyek plak dikerjakan si Zara. Dah le dia tepuk sekali lalu je anak burung ni. Tak pasal jadi pembunuh plak.

Secara tiba-tiba je Kristal namakan dia FIFI. Fifi.. kakak sayang fifi... kosser aku tengokkan lakonan dia...

Malas...



Malas nak hupdet..


Malas.. Penyakit yang tadak ubat..


Just tinggalkan jejak membuktikan aku masih.............. hidup..


hehehehhehehehehe....