Nasib aku tengah naikkan bendera jepun... kalau idak memang tak dapatlah nak hupdate. apa eh yang aku boleh kongsi dalam masa 15 minit ni.
Mahaplah... aku sangatlah bz lately... tambah lagi pulak skang ni everything yang kita buat kene rekod. Start jam berapa, settle jam berapa, berapa masa diambil dan kuantiti segala mak nenek kene rekod. Eh.. tak paham eh... okeh let say ko masuk jam 8.00. Start 8.00 ko dah kene rekod apa ko buat. Sebagai contoh yang paling mudah cam ni..
8.00 pagi - 8.20 : Filing & minit (kene tulis fail apa minit, berapa perkara diminitkan)
8.20 pagi - 8.25 : Cek email company
8.25 pagi - 8.50 : Jumpa PP, diskuss bla..bla..
Cenggitulah contohnya... haaa kalau nak detail lagi... ko pi bilik air ke, ko korek hidung ke.. ko tulis skali. Ko berenti keje sebab sangap pun tulis.
Rekod2 ni akan berlanjutan sehingga Mei... so..pepaham ajelah ye...
Selain tu, aku sibuk handle CRM... ehhh nak kene terangkan jugak ke... alar... tak yahlah ye... hehehhehhehehe.. Masa non ada...
Cumanya haritu aku janji nak hupdate gambar pasal bengkel kan? Maaflah, aku balik apartment je masa tu dah jam 12 midnite. Apa yang terbayang kat mata aku masa tu adalah, solat & katil.
Malam kedua pulak ada tragedi. Nyaris2 aku nak pi spital kul 1.30 pagi. Dalam 10 lebih aku dah perasan gusi aku berdarah. Aku ignore je, sebab tak sakit, Tetiba dalam tidor tu, aku rasa something penuh dalam mulut aku (tidor ngiring) Aku bangun capai tong sampah terus aku ludah. Mak aiii.. darah merah dah bertakung dalam mulut. Siap darah beku dah jadi jeli lagi. Tak sakit tak apa... bleeding je. Bukan sesikit bleedingnya... tisu tandas tu, half role aku dah guna buat tekap darah dalam mulut.
Kalau aku nganga depan korang pun korang hanya akan nampak darah je dalam mulut aku... siap meleleh2 lagi kuar... Bleeding sampai jam 3.30 pagi. Aku cuak gak nak pegi klinik, takut kene gi spital. Oh tidak.. apalah maknanya kene tahan spital kat PD. Ish.. dahle kuarga aku kat Johor. Besoknya dorang nak balik Johor. Ada yang aku kene tinggal sesorang kat PD.
Aku tawakkal, amek air suam, baca fatihah 3 kali, minum, kumur2, dan sapu2 sket kat bahagian pipi luar. Aku baring terlentang.. rasa darah tu masin2 masuk kat tekak aku. Isk... aku baring ngiring.. sedar2 dah pagi. Ngan mulut aku yang comot dengan darah kering, kat dalam mulut jangan cakap, sampai terbelahak aku keruk ngan berus gigi darah2 beku. Berus gigi aku tukar kaler ko.
Ish.. nasib baik siangtu darahnya dah beransur...
Eh... baru nak feeling tulis blog... dah jam dua.
Oh ye.. sesapa yang berada sekitar johor ni... jom datang UTM start hari ini sampai hari Isnin, ada pameran kreatif dan inovatif. Selain tu ada pesta konvo.... JOM!
2 ulasan:
apsal leh jadik sampai berdarah tu ..?
ye lah kan..kalo tenet kan .nak kena masuk kan lak dlm list report tu naya je kang..
daei bile ke bila pesta tu?
Catat Ulasan