17 Februari, 2011

Dibelasah suami

siannya... sampai berbirat mata bini dia.... ish..ish..ish...


KUALA LUMPUR: Seorang isteri beranak enam patah pinggang, bengkak di mata kanan dan cedera di dada akibat dibelasah suaminya yang tiba-tiba naik berang selepas mangsa enggan memberi wang, pagi semalam.

Mangsa, Norlela Hussin, 36, dan bekerja sebagai tukang cuci pejabat di sebuah syarikat swasta dipukul dengan besi serta disepak terajang di depan dua anaknya di rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Taman Melati, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi.

Suami mangsa yang tidak bekerja dan dipercayai penagih dadah sudah banyak kali memukul mangsa jika tidak diberi wang untuk membeli dadah.
Mangsa yang sudah 17 tahun berkahwin dengan suaminya yang berusia 39 tahun dikurniakan enam anak berusia empat hingga 17 tahun.

Abang mangsa yang datang ke rumah mangsa kira-kira jam 7 malam terkejut apabila mendapati adiknya tidak mampu berdiri dan hanya berbaring di atas lantai serta cedera di seluruh badan.

Berikutan itu, dia meminta izin suami mangsa yang berada di rumah untuk membawanya ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Abang mangsa, Zakaria Hussin, 60-an, berkata, pasangan suami isteri itu pernah bergaduh, tetapi kejadian hari ini (semalam) paling teruk.

“Dalam pergaduhan sebelum ini, adik saya enggan membuat laporan polis kerana terlalu sayangkan suaminya itu tambahan pula memikirkan nasib enam anak mereka sekiranya bercerai.

“Tetapi kali ini, laporan polis akan dibuat,” katanya.

Katanya, adiknya kini dirawat di wad kecemasan dan dilaporkan berada dalam stabil.

Difahamkan, suami mangsa adik seorang penyanyi, pengacara, pelakon dan model yang pernah merakamkan album dan berlakon beberapa drama serta menjadi model syampu jenama terkenal.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

__________________________

Ish..ish..ish... kasihannya.... sampai hati dia belasah bini dia yang telah dinikahi selama 17 tahun.  Dah le takde keje, kejenye asik pukul bantai bini je, isap dadah plak tu.... Lagi haru, bini dia tak nak buat laporan polis sebab sayang sangat ngan laki dia.

Adoiii laaa cik kak, kalau dah laki cenggitu, tak rugi kalau ko tinggalkan dia... (Ehhh????? jahatnya aku)  Bukan apa... ada laki pun sampai memudaratkan ko.. ni haaa ko dah patah pinggang, sapa pulak nak sara ko??

Ishh..ish..ish... kekadang biarlah berlaki kedekut.. dari berlakikan kaki pukul.... ehhhhhhh ada sesapa terasa??? hahahhahahahahah cabuuuuut!




2 ulasan:

attyfir berkata...

Laki macam nie baik rejam je sampai mati

Ad berkata...

kekadang biarlah berlaki kedekut.. dari berlakikan kaki pukul...

apakah motiff disitu?