14 Februari, 2011

Xcident...


Membelah kesunyian pagi pada jam 5.00 pagi sendirian.  Meninggalkan sang suami ngan anak2 dirumah.  Menjemput Bidasari Ayu dirumah... dan..seawal jam 5.30 pagi aku dah sampai di Bahagian Separa Kritikal, Unit Kecemasan HSA.

Ehhh... bukan aku... adik aku...xcident moto.  Yang aku tau, dia melanggar motor yang memintas dia, dia tercampak cam superman, terseret atas jalan raya dan terhentak pada tiang lampu.

 Zon Separa Kritikal

 Tudung hitam Bidasari Ayu, Baju Putih En. Borhan@ Mr. Betaraguru, Tudung Grey Pn. Zainon@Mdm. Betaraguru

En. Tharir ngan adik aku yang baru 17 hari bersalin.  Kecoh gak pompuan ni.. nak gak ikut gi spital.. Nasib anak dia tak meragam.


Buat masa ini tak tau lagi tahap kecederaannya.  Tak ada patah, cuma melelas je belakang badan sket.  Tapi apa yang merisaukan adalah, darah tak berhenti keluar ikut telinga, dan juga muntah2 w/pun setelah diinjek dengan ubat tahan muntah.

Pada peringkat awal adik aku di letakkan selama 6 jam di Wad Pemerhatian Bahagian Kecemasan.  Untuk memantau jika keadaannya bertambah buruk.

Tapi jam 2 petang dia dah dipindahkan ke Wad Neosurgeri.  Sehingga petang semalam aku tengok, dia masih lagi bleeding di telinga, dan masih lagi muntah2.


Masa kat bahagian kecemasan, doktor yang ada dah buat scanning.  Tiada pendarahan dalam otak.  Tapi tak tau kenapa darah masih mengalir keluar dari telinga dia.


Kesimpulan simple yang mereka buat adalah, maybe gegendang telinga telah pecah.  Dan disebabkan gegaran otak, maka dia terus2an muntah.


Dalam jam 6 petang semalam aku mintak nurse masukkan air.  Sebab dia tak makan dan minum melebihi 14 jam.  Pelik eh?? nurse ni.. mementang kat wad tade doktor, tapi dorang ni tak pantau pesakit ke.


 Wad Neosurgeri.  Sekali masuk boleh 2 orang sahaja.  Kat dalam ni aku tengok, penampilan sumer takde cedera, tapi kebanyakkan sumer kecederaan dalaman dan kecederaan melibatkan otak.  Ada yang bermesen, ada yang kepala dah macam helmet kene belah.. iskkk..


 Tidak dibenarkan mengambil gambar.  Tapi ada aku kesah??


 Kat sini ajelah yang tak boleh masuk berlegar2..


 Nilaaa budak yang baikkkkkk sangat.  Mentidorkan diri.


Kalo korang perasan, bawah pipi dia tu sumer dah penuh darah je.  Darah masih lagi mengalir. Tengok bebetul kat bantal tu. 






1 ulasan:

attyfir berkata...

semoga cepat sembuh ye..