14 Februari, 2011

Kek coklat tanpa telur


Hari cuti2 aku rasa hidup aku tak lengkap kalau tak buat kuih muih.

Memula perancangan asal aku nak buat pau.  Tapi aku sangat frust sebab aku salah beli kacang.  Aku nak beli kacang merah.. tapi entah kacan apakah yang aku beli pun aku tak tau.....  frust sangat frust...  tapi disebabkan tangan aku gatal jugak nak buat sesuatu... maka aku buat KEK COKLAT TANPA TELUR..

Resepi asal kaler coklat je... namanya pun kek coklat tanpa telur.  Tapi well.. aku ni kan suka sangat alter2 resepi ikut sesukahati..

Hamboiii sudah siap... sangat lembab dan sangat sedappppppp.... nyum..nyum..nyum... bebudak pun suka..





Meh layan resepinya ye...


Kek Coklat Tanpa Telur


Bahan-bahan (Untuk Kaler Coklat):
1 cawan tepung gandum*
1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
1 sudu kecil serbuk penaik*
1/2 sudu kecil soda bikarbonat*
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
3/4 cawan air kopi panas (saya guna nescafe)
1/3 cawan susu segar (saya guna susu cair)
1 sudu kecil esen vanilla (saya guna perasa coklat)
1 sudu kecil cuka / jus lemon (saya guna apple cider)

P/S : Untuk  bahan yang kaler kuning tu  sila gantikan serbuk koko dengan susu tepung, air kopi panas gantikan dengan air panas. gunakan esen vanila dan sedikit pewarna kuning.

Cara-cara untuk adunan kaler coklat:
1. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi betul2 panas).
4. Tapiskan adunan.
5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat. Ketepikan



Cara-cara untuk adunan kaler kuning:

1. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
2. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air betul2 panas).
3. Tapiskan adunan.
4. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
5. Tuangkan adunan coklat dan kungin ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
6. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok. (Saya tak de tunggu semalaman pun.  Masih panas saya dah potong... dan sudah ngap2..)

*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.

Untuk resepi yang lelain sila klik Apa Di Dapur




Tiada ulasan: