Memaparkan catatan dengan label kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek. Papar semua catatan

14 Februari, 2011

Kek coklat tanpa telur


Hari cuti2 aku rasa hidup aku tak lengkap kalau tak buat kuih muih.

Memula perancangan asal aku nak buat pau.  Tapi aku sangat frust sebab aku salah beli kacang.  Aku nak beli kacang merah.. tapi entah kacan apakah yang aku beli pun aku tak tau.....  frust sangat frust...  tapi disebabkan tangan aku gatal jugak nak buat sesuatu... maka aku buat KEK COKLAT TANPA TELUR..

Resepi asal kaler coklat je... namanya pun kek coklat tanpa telur.  Tapi well.. aku ni kan suka sangat alter2 resepi ikut sesukahati..

Hamboiii sudah siap... sangat lembab dan sangat sedappppppp.... nyum..nyum..nyum... bebudak pun suka..





Meh layan resepinya ye...


Kek Coklat Tanpa Telur


Bahan-bahan (Untuk Kaler Coklat):
1 cawan tepung gandum*
1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
1 sudu kecil serbuk penaik*
1/2 sudu kecil soda bikarbonat*
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
3/4 cawan air kopi panas (saya guna nescafe)
1/3 cawan susu segar (saya guna susu cair)
1 sudu kecil esen vanilla (saya guna perasa coklat)
1 sudu kecil cuka / jus lemon (saya guna apple cider)

P/S : Untuk  bahan yang kaler kuning tu  sila gantikan serbuk koko dengan susu tepung, air kopi panas gantikan dengan air panas. gunakan esen vanila dan sedikit pewarna kuning.

Cara-cara untuk adunan kaler coklat:
1. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi betul2 panas).
4. Tapiskan adunan.
5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat. Ketepikan



Cara-cara untuk adunan kaler kuning:

1. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
2. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air betul2 panas).
3. Tapiskan adunan.
4. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
5. Tuangkan adunan coklat dan kungin ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
6. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok. (Saya tak de tunggu semalaman pun.  Masih panas saya dah potong... dan sudah ngap2..)

*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.

Untuk resepi yang lelain sila klik Apa Di Dapur




04 April, 2008

Kek/Biskut?? entahlah...

Dari hari Rabu lagi Danial dah ingatkan aku, hari Jumaat (todayla...) ada jamuan kat sekolah coz nak buat majlis perpisahan guru praktikan kat kelas dia. Cikgu bagi surat arahkan setiap murid bawa potluck.. tak kiralah mende ape sekali pun...
Pastu Danial ni siap ingatkan aku lagi... kelas dia ada 21 orang. So.. makanan itu haruslah sebanyak 21keping... Hem.. aku dok pk2 apa yang aku nak bawakkan dia pi skolah nanti. Kalau ikut AbangSayang "alar.. beli je karipap kat simpang tu..." Tapi buatnya sumer orang bawak kuih cam karipap atau donat... hem.. nantikan sepesen je kuihnya.
So, malam tadi aku pun buatlah kuih yang sangat simplenya dan begitu mudah untuk disediakan dan haruslah kuih itu enak untuk dimakan oleh seisi keluarga.

Ekceli aku pun tak tau nak panggil apa kuih ni... kek atau biskut??

Inilah kuihnya... masih dalam loyang

Ini gambaran kuih setelah dipotong...

Pada sesiapa yang dah terjelir lidah tengok kuih/biskut ini... aku ada sertakan resepinya... aku baik tau.. tak lokek resepi....aku wakafkan resepi ini untuk kalian...

Bahan2:-

Biskut Merrie (yang putih bukan yang coklat) 600 gm

Butter 250 gm

Gula pasir 1 cawan

Koko 1/2 cawan + Air suam 1 cawan (campurkan)

Telur 4 biji

Cara2:-

Blend gula sama telur sampai kembang, then masukkan bancuhan koko. Panaskan periuk atau kuali. Panaskan butter sampai cair. Terus tuang barang2 yang telah diblend dan masukkan terus biskut merri go round... sambil tu ko pecah2kan lah sket... Ko jangan biarkan, mesti kacau kang hangus plak kuih ko... kacau sampai dia jadi cam pekat.

Selepas itu tuan puan bolehlah masukkan ke dalam tupperware atau loyang... penyek2kan... maka taraaaaaaa.. ehhh nanti.. simpan dalam peti ais dulu... jangan makan masa panas ye...

Okeh.. sudah siap.. boleh potong2 n selamat menjamu selera. So.. kek atau biskut??

Peribasa hari ini : Semanis2 gula berpasir juga, sepahit2 jadam menjadi ubat... Lu pikirlah sendiri... (hohohohohoho)