Memaparkan catatan dengan label donut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label donut. Papar semua catatan

17 Januari, 2011

Donut Ulat



Hari Sabtu lepas, makcik AbangSayang ada buat kenduri arwah.  Kendurinya di Sungai Rambah, Pontian.  Maka aku terpk nak bawak juadah apakah nanti.  Oh ye... terus aku terpk donut.  Memandangkan sekarang ni aku tengah rajin gila buat kuih... maka aku pun dengan senang hati membuat kuih donut.

Tapi aku telah memberikan nafas baru kepada bentuk donut.  Aku dah agak, kalau aku bawak donut bentuk bulat... orang gerenti tak layan punye.   Sebab mesti dorang cakap.. alarrr... donut??? sama je rasa dia...   Well aku pun ubahlah bentuk dia serupa macam itu role jugak.  Cuma dalam dia tak ku bubuhkan inti.  Luar dia aku salut ngan gula halus.

Memang betul... sampai aje kat kampung.. Dorang sumer kepelikan melihat kuih aku yang cantik itu... APA NI?? dengan selamba aku cakap... DONUT..

Sebab rupe dia yang lain... maka berebut2 orang makan.. hahahah mereka tertipu... tapi aku bleh kerat jari... donut ini adalah sangat gebuuuussss n lembut...

Nak resepi??? korang pegi je kat sini...

16 Januari, 2011

Sardin Role




Sardin Role

Bahan-bahan:-
500 gram tepung gandum
1 bungkus mauripan + 1 cawan air suam (biarkan sehingga berbuih sedikit)
1,1/4cawan air
2 sudu susu tepung
2 sudu gula pasir
secubit serbuk penaik
4 sudu marjerin

Inti :-
Boleh letak sardin atau telur cincang  (sardin tu cam korang nak buat sandwich)


Cara:-
1. Kiraikan dua sudu marjerin ngan tepung gandum.  Campurkan dengan 2 sudu gula dan 2 sudu susu tepung dan secubit serbuk penaik.
2. Campurkan dengan air suam yang telah dicampurkan dengan mauripan.  Uli sehingga menjadi doh.  Kalau keras, campurkan air satu + suku cawan air sedikit demi sedikit.
3. Masukkan marjerin sesudu then uli lagi, then campurkan lagi sesudu marjerin.
4.   Uli lagi sehingga doh tidak melekat di tangan.  Jika doh melekat tambahkan marjerin sedikit dan sesudu tepung gandum5.  Biarkan adunan selama 30 minit. 
6. Lepas tu bolehlah jadikan golf sebelum digelek.
7.   Sila rujuk rajah untuk jadikan dia role.




Untuk resepi yang lelain sila klik kat sini ye...