04 Ogos, 2015

I'm back for good


I'm back again!.

First of all special thanks to Farisha Hana.  She is the girl who make my nafsu menulis meruap2 kembali.

I'm gonna to continued KERNA KAU ADA juga atas permintaan Farisha Hana.

Farisha Hana??? whos that girl??? hemmm.... gonna make a special entry for her.


08 Oktober, 2014

Korban dan Pengorbanan

Gempak tul tajuk.

Tak macam tahun2 sebelum ni, AbangSayang kali ini tak melibatkan diri ngan aktiviti2 penyembelihan.  Kalau idak tetiap tahun muka dia, muka dia tetiap tahun.  Dan tetiap tahun tu juga lembu dia mesti dapat no ujung2.  

Tahun ni AbangSayang tak berapa sihat nak buat aktiviti lasak.  Hasil pemeriksaan doktor, chenta hati aku ni hampir2 nak kene batu karang.  Before ni chenta hati aku ni asiklaaa sakit pinggang.  Aku rasa dia start sakit pinggang semenjak aku pregnantkan si Zahra.  Hemm dah 6 tahun.  Dan tetiba ada gastrik.  Tapi takdelah aku tengok dia mengalami sakit perut yang melampau, biasa kalau gastrik sakit perutnya macam tak bleh blah.  Minum air masak (air suam) banyak2 sket ye banggg. 

Ada hikmah gak bila kita tiba2 dilanda penyakit.  Kalau tak dulu suami aku sesekejap nak air manis like nes laaa teh laaaa.  Kat rumah tu memang jaranggg jaranggg nak nampak dia minum air masak.  Tapi semenjak tak berapa sihat ni dah kurang minum air manis.  Kalau tak dulu susu manis tu satu tin yang biasa tu tahan 3 - 4 hari je.  Skang ni aku beli 2 tin, dah dekat dua minggu tak habis2.  Yang satu tin dah buka tu pun aku rasa dah seminggu lebih tak bercuit.  Aku tengah pikir hendak di apakan susu manis tu.  Hemmm maybe aku akan buat kek cekelat. 

Anak2 memang aku tak galakkan minum air manis2 kat rumah.  Kecuali kalau we olz makan kat luar barulah minuim air manis. Sunquick rumah aku tu beli botol kecik je tapi aku rasa dah dekat 2 bulan tak gerak.  Kat rumah aku tu memang takkan jumpa jug2 air berisi teh o atau apa2 air manis.  Selalunya bfast aku buat teko kecil je air manis, (agak2 boleh isi 2 mug air je) tapi luaknya setengah teko je, Lagi setengah teko biasa masuk peti ais.  Bila dah cukup sehari semalam memang aku humban kat dalam singki.

Tahun ni aku tak de buat ibadah kurban.  Tapi Insha Allah tahun 2015 ni kalau panjang usia aku akan usahakan untuk buat ibadah kurban.  Kalau tak dapat yang besar, yang kecil pun jadilah.  Mudahan2 

Semenjak dua menjak gambar dah tak payah nak amek pakai kamera, aku cam dah malas nak amek2 gambar.  Padehal mudah je nak bergambo kalau pakai hphone, tapi nafsu nak bergambo tu memang dah takde.  So raya korban tahun ni memang takdelah gambo2.

AbangSayang aku tu anak yatim piatu, jadi time2 raya ni mana lagi dia nak bermanja kasih kalau tak ke rumah makkk bapakkk aku khaaannn.  Kali ini solat raya kat Eco Living je, sementara nak tunggu ke rumah family, aku hangatkan mee goreng semalammm punye hehehhe. Jadikla untuk pengalas perut.

Usai je solat kami anak beranak terus jeee menuju rumah mak aku.   Ada le dalam jam 10 sampai rumah mak bapak aku.  Tu pun lambat sebab aku pusing2 kedai dulu carik kek pisang.  Maklumlah anak rajin melampau, datang rumah mak nak makan je taunye,  Sebelum aku kene lahar baik aku bawak le apa2 buah tangan.  Pandai kan tektik aku hahhahaha.

Sampai je rumah mak aku, skali mak aku dah kemas2 meja makan.  Kemas2 bukan bermaksud menyiapkan ye... tapi membersihkan.  Nampak benooo laaaa ku dah ketinggalan keretapi kan.  Ni sumer gara2 kek pisang yang aku cari.  

Sampai2 je terus aku potong2 kek tu, hidang atas meja.  Padehal dalam kepala dah set lapo lapo lapo nak makan ketupat, nak makan lodeh, nak makan rendang, nak makan ayam.  Tapi coverlah sket.  Bapak aku tanya apahal ko lambat?  Heheheheh aku cakaplah, aku lambat sebab malam tadi tak tido.  Balik rewang rumah mak aku je dah jam 11 malam.  sampai2 rumah terus siap2 nak adun kek.  Kaaaannnnnn.  Haruslah terlewat pagi ni.  

Adik debadik aku sumer ada kecuali adik aku yang cikgi.  Kembo aku pun takde, dah kuar pergi bawak teksi. kemain dorang memuji kek yang 'aku buat' kahh kah kah kah kah kah.  Elehhh aku tau korang sindir aku kan. Ada akak kesah, makanlah adek kakak, nanti habis i buat lagi ye. 

Perut masing2 dah ketat, masing2 dah mandang kiri kanan.  Nak ukur lantailah tu (tido).  Bapak aku kuarkan perintah nak pergi melawat sedara aku yang sakit.  Katanya kene busung.  Baik pak! Kami menjunjung perintah!

3 keta gerak, Disebabkan bapak aku tau jalan, so bapak aku mengetuai kontijen.  Memula kuar Skudai, masuk Jalan Impian Emas, pastu u-turn lalu pulak depan Skudai Parade, pastu u-turn lagi kat Tun Aminah.  Memula u-turn kat impian emas lalu depan skudai parade tu aku ingat bapak aku salah jalan.  Tapi bila dia dah start u-turn kat tun aminah aku rasa sangsi.  Kemain lagi aku ngan AbangSayang buat andaian.  Keta adik aku rosaklah, ada barang tinggallaa.  Skali bapak aku masuk taman sri puteri, berhenti tepi jalan, bapak aku turun kat pam minyak, pastu mak aku pulak bawak keta terus balik rumah.  Hek ehhhhhh sekejapnyeee kita jalan2 di hari raya.

Apa hal bapak aku berhenti kat pam minyak?? pastu turun, mak aku takeover keta pastu tinggalkan bapak aku kat situ.  Apakah seeeeh??

Aku tepon kakak aku, permainan apakah ini???? rupenye adik kembo aku tu dapat penumpang teksi nak di hantar ke Melaka, then tunggu orang tu makan kat Umbai, pastu hantar balik semula ke JB.  Charge RM600.  Adik aku kalau long2 distance ni biasa dia akan handover pada bapak aku.

Elok keta kita orang berhenti semula depan rumah mak aku, aku tengok muka AbangSayang patu buat2 tanya  "nak kene turun ke?" hahahah apa punye soalan kannnn.  Chenta hati aku cakap "turunlah... nak pergi mana pulak lagi?"  aisehhh penat aku pakai baju cantek2 tapi tak pergi beraya mana2.  Nak balik Pontian, Kak Chik sekeluarga takde.  Hemm apa boleh buat moh le masuk rumah semula, 

Lepas dropkan aku Chenta hati aku tu pergi solat zohor kat masjid.  Dalam jam 3 dia pun balik ngan satu beg plastik kaler hitam.  Skali tengok KEPALA LEMBU daaaa.

Okehlah at least ada gak aktiviti hari itu.  Aku, kembo aku dan Chenta hati aku tu bergotong royong mengkokah kepala lembu untuk di buat sup.  So menu untuk malam adalah sup kepala lembu, bil adah masak memang takde lansung rupe kepala, sebab dah di kokah2kan.  Yang benonya kat bahagian kepala lembu sangat banyak isinya.  Bahagian kepala yang tidak di masak adalah, tanduk, otak dan mata.  yang lelain sumer kami dedes dan potong.

Akibat makan lembu banyak malam tu aku sakit kepala.  Dah hampir 10 tahun tak kene sakit kepala.. haaa hambik ko...

Ehhh panjang pulak entry aku ni..  



30 September, 2014

UPSR ohhh UPSR

Sian anak aku, dia ingat dia dah merdeka hehehheheh

Hari ini mengulang paper BI dan menduduki exam Sains.

Mak mendoakan semoga abang memperolehi keputusan yang cemerlang dan menjadi contoh serta titik tolak pada adik2 yang lain untuk saling bersaing dalam bidang akademik.

Andai kata abang tidak secemerlang seperti yang diharapkan, ini bukan titik akhirnya,  Jadikan ianya satu titik permulaan untuk bangkit semula.

Next week mengulang paper math pulak.  Haaa lepas pada tu kalau nak lompat bintang atau nak lompat taik bintang pun mak dah tak kesah yee.

tengok pipi, tengok roti bih kurang je gebunyee... Semoga cemerlang dalam UPSR Muhammad Ikmal Danial



29 September, 2014

1 juta dalam tempoh 24 jam


Apalah nak jadi.  

Pencuri skang ni begitu andvance sekali.  Lebih RMj di curi dari ATM dalam  24 jam.  Ish ish ish.. Berani betul pencuri2 ni. 

Adakah pencuri2 ni terdiri daripada orang2 yang amek kontrak pasang mesin atm?  kalaulah pencuri ni orang biasa2 je, mesti dorang buat homework sebelum pikir nak kokah mesin tu.

Dah banyak kes cam ni berlaku.  Sian pihak2 bank kene ganti duit pelanggan.  Hemm rasanya pemilik2 bank dah kene berpikir cara cemana nak mengetatkan kawalan ke mesin2 ni.

Kalaulah kat semua mesin atm ni boleh dipasang sensor yang mengesan aktiviti pemerkosaan terhadap mesin itu, lalu mesin tersebut terus mengeluarkan gas yang boleh membuatkan semua perampok tertidor dan pintu terus terkunci.

Boleh ke tak boleh?? Tak boleh ke tak boleh?  Boleh ke boleh??  hebat tak idea aku?? hahahah

Haissshhhh...... Kita yang orang awam ni naik letih baca cerita cam ni.  Perampok2 tu bersenang hati menjoli duit banyak2 cam tu.  Ish ish ish... ni mesti kurang didikan agama ni.

Last month pernah  tengok cita omputih yang bertajuk ATM, siaran ASTRO.  Cita ni pasal pembunuhan kat dalam kawasan mesin ATM.  Frust tengok ending cita tu.  Pembunuh tu bukan nak sangat curi duit kat ATM, tapi keje dia bunuh orang yang keluar masuk untuk guna ATM.  Pembunuh tu licik sangat, dia bleh buat homework dulu, kaji angle mana yang kamera tak leh nak cover.  Maybe perampok mesin ATM mesia ni pun buat homework dulu.

Ohh semua en. perampok, tak baik tau amek harta orang, sok kalau kat akhirat ko pikir lah cemana nak pulang duit2 orang tu sumer.


Sekadar gambar hiasan heheheheheheh




28 September, 2014

Jom rebut ganjaran Zulhijjah

JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA. 


Pertama Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi SAW : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”. 

Kedua Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah. 

Dari Abu Sa’id al Khudri RA berkata : ‘Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (Muttafaq ‘alaih).
Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”. 

Ketiga : Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”, hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar RA yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya : “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)
.
Lazimnya kita memahami zikir-zikir ini disebut pada hari-hari raya sahaja, tetapi dalam hadis ini menunjukkan kita disarankan untuk membanyakkannya pada 10 hari pertama.
Imam Al Bukhari meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah RA kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu,

“[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]”.

Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “( Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”. Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik. 

Keempat : Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Baginda Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (Muttafaq ‘alaihi). 
  
Kelima Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pahalanya pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid). 

Keenam : Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang raya mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah. 

Ketujuh : Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘AS setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘AS tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih. 

Kelapan : Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah RA bahawa Nabi SAW bersabda :“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”,

Dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya : “(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”. Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya. 

Kesembilan : Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini ; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.

Kesimpulan:
Kita disunatkan berpuasa selama 9 hari dari 1 hingga 9 Zulhijjah, jika tidak mampu puasalah berapa hari yg mampu, atau paling kurang pada hari ke 9. Jika tidak mampu melakukan semua, janganlah tinggalkan semua. Begitu juga amalan-amalan lain yang disebut di atas.
Wallahu ‘Aklam.


Sumber : http://johor.wanita.ikram.org.my/