19 September, 2007

NAH AMIK RASAKAN PELURUKU

Kepala tengah sengal ni.. senak... sebal coz call orang yang dicari tak berjawab. Kalau sorang tak ngapa, ini ber'orang2'. Susah betul nak update academic particular dorang kalau cenggini. Jemaat ni due date... tolonglahhh angkat teponnn...

U ollz nak tau tak ada tragedi telah berlaku Sabtu lepas.. Aku pun tak tau napa dalam bulan pose gini aku leh naik angin ngan satu ayya kat sebuah pasaraya yang terpaksa aku rahsiakan namanya... publisiti murahan lah plak kang.. amat tak sesuai ok.

Masa tu jam kul 11.30 siang, aku ngan kids pegi ke pasaraya yang aku bagi nama pasaraya B. Aku nak belanja kudap2an budak. Aku beli biskut 2-3 jenis, honey star, cookies crisp, nugget, fringles, kentang goreng instant dan mee sua. Aku memang selalu belanja barang2 cenggini, coz kalau dorang tak lalu nak makan nasi at least they eat something else, janji perut tak kosong. Kadang2 jajan dorang aku bedal gak.

Kristal memang ayu dan sopan sungguh duduk dalam troli. Dah puas aku tawaf pasaraya tu, tetiba bila nak membayar tu, Danial buat hal plak. Dia nak mainan. Bukan mahal sangat pun RM7 je.. tapi aku tak larat dah nak beli mainan je, kat rumah dah berbakul2. Itu tak masuk yang satu kotak besar AbangSayang dah bakar. Main sekejap aje.. pastu nanti prakk!! jadi mangsa terpijak sana sini.. Haruske aku belikan lagi?? Ohhh tidak.. Aku rasa kali ni aku nak derma mainan plak pada mangsa bencara alam.. hahahah

Aku cakap tak boleh. Cis.. dia bleh melompat2 plak kat situ nak gak mende tu.. Dia ingat aku leh tergoda ngan aksi2 mentel dia tu? Dah le sebelum tu suara aku dah cam tarzan pompuan jerit2 panggil dia, kang hilang satu hal plak aku nak kene nangis2, pastu kene terangkan plak kat bapak dia...kene terang pada polis segala bagai.. Bila aku cakap tak boleh, eiiihhh dia tukar lak mainan lain, kali ini pistol plak... aku tetap ngan keputusan aku... NO. Tak senonoh betul Danial masa tu. Tak pernah umur dia buat perangai serupa itu. Adakah dia cuba untuk mengurangkan pahala puasa aku ketika itu? Aku cuba control marah aku, dan Danial dah terjerit pekik macam kene rasuk. Nak aje aku tampar biar dia kembali ke alam nyata.

Tengah elok aku berdrama ngan Danial datang plak satu ayya ni.. dah tahap veteran, pakai kemeja putih ngan dowty kepit surat kabar. "Apa ada kesah.. beli sajala". Aku cakap ngan ayya tu, aku dah belikan macam2 dalam troli. Hussss... bende tak leh makan tu gak yang dia nak. Wah.. Danial kemain suka ayya tu sokong dia. Kang aku suruh ikut ayya tu balik tukar bin baru tau. Danial letak balik pistol n amik plak mende lain. Dia amik plak buah kurma. Le.. apa ke hal Danial ni.. memang saja nak tengok mak dia berubah rupa jadi hulk gamaknya. Aku rasa time tu Danial bukan nak sangat, tapi lebih kepada ngada2. Sangat ngada ok. Aku cakap ngan dia, kat rumah tu ada sekotak kurma yang baaaiiik punye. Kurma kerepot tu yang ko nak yang brand tah hapa hapa. Skali lagi Ayya tu enter frame. "Apa dia mau bagi sajalah, ini hari raya mau dekat". E..ehhh.. ayya ni... sibuk2 plak.. suka akule nak beli ke idak, duit aku kan? Ayya tu baru nak menambah aku pun potong cakap Ayya tu.. "Apa u sibuk2? Itu hari raya, hari raya punye pasallah..." Ha... amik ko Danial.. ko memang nak nengok mak ko naik angin kan.. Ayya tu plak enter frame wrong time, wrong place dan yang paling penting wrong person.. Sarang tebuan jangan jolok ye aayyyyaaa. Terus ayya tu diam collect balik paper dia dan jalan. Nasib baik tak mati kena jerkah. Kalau tidak harus aku mendapat hukuman membunuh tanpa niat. Sangat tak sesueiii. Ayya lenkali jangan nak buat ramah2 ye saya tak sudi tau.

Danial plak ilang terus sawan dia masa tu. Eh.. boleh pulak baik.. aku ingat nak kene simbah ngan air baru nak ilang sawan aprit dia. Si Kristal tak habis2 tanya.. "napa mak?". Dalam keta memang kene fire sampai rentung le Danial ngan mak dia yang garang cam singa lapar ni.. dah le tengah lapo pose ye dak. Tapi aku memang hanginlah... tak pasal je ayya tu dah pandang serong ngan aku... lantaklah.. bukan jumpa lagi pun...

Makanya haritu aku senang cita aku pose dapat zero. Hanya dapat lapar dan dahaga kerana tak berjaya mengawal nafsu marah aku. Salah aku ke... tidak sama sekali (tetap nak tak ngaku salah...) heroin mana leh salah.

5 ulasan:

Ceera berkata...

wah... sangat garang okey. Tapi i lioke orang2 yang garang nie, jangan ikut sangat kehendak anak nie. Saya rasa suatu hari nanti saya pun cam kamu jugaks, garang tak hingat, hahaha

LayarLara Legendary Of Journey berkata...

ceera,
kira aku ni garang bertempatla atau boleh dikatakan garang dan anggun... auww tak kosser...

mama ranggie berkata...

garangnyer mummy kite sowang ni..nak wish mummy SELAMAT BERPUASA..Jgn dok tensen sgt..k!

LayarLara Legendary Of Journey berkata...

mama ranggie,
mekasih ye mama saling ingat mengingati.. Selamat Berpuasa juga untuk anda..

green apple berkata...

aku hari-hari pun pose zero.
sore aku sampai selang 5 bijik rumah boleh dengar lagi.