06 September, 2007

Rampongiseeennnnggmartilommm.. open sesame...

Hari ini.. sob..sob…sob… entahlah aku nak kategorikan hari apa pun aku tak tau… Pagi tadi aku siap masak nasi, masak lauk kari ikan bawal (coz my AbangSayang balik awal hari ni), buat mee hailam for bfast. Dan hari ini aku berpakaian vogue sket, baju kurung hijau bermanik n labuci pada tangan n badan baju. Pakai tudung hijau pucuk pisang bawal gred 1 berbatu kilau. Tersarung cincin bermata dua indah di jari manisku sedondon ngan gelang swaroszki. Anggun kan?? Aku bersiap memang in time 7.15 dah siap.

Rasa keanggunan ku terhenti apabila aku tarik pintu depan n nak lock pintu grill. Eh.. napa kunci ni takleh masuk?? Napa tak match? Le.. ini kunci dapur.. (tepuk dahi 10 kali). Sapa pulak yang ramah tamah berbudi bahasa sangkut kunci dapur kat penyangkut kunci depan ni? Sabar.. aku masih bersabar sebab aku anggun ari ni. Takpe, aku pk, aku tak yah lah kunci pintu grill, just lock aje pintu pagar. Tapi pelamin anganku musnah sama sekali, sebab pada kunci dapur tak ada kunci mangga pagar. Dah nama kunci dapur ye dak? Tentunya kunci2 itu milik mangga2 di dapurlahh…

Hem.. apa aku nak buat ni??? Oh ye, aku teringat ada besi kecil n panjang yang biasa aku guna untuk buka penyelak tingkap besar dari tingkap kecil bhg atasnya. Aku pegi kat tempat simpan barang kat porch.

Aku : Danial, nampak tak besi panjang yang biasa buat cangkuk tu?

Danial : Oh.. itu enen (gelaran manja) tau, biar enen amik. Haa.. tu dia…

Aku : Itu bukanlah… itukan pancing ayah (what a joke danial??).

Danial : Ha.. ni..ni..

Aku : (Aku hempuk juga budak ni, pepagi yang cemas ni dia nak buat lawak) Itukan gergaji…

Danial : (Sengih)

Aku : Ok, takpe, mak cuba pakai hanger ni. (Hanger besi yang tak berdosa menjadi mangsa aku, telah aku luruskan dan bengkokkan sket kat bahagian hujungnya).

Korang bayangkan aku yang anggun pada pagi ini telah memanjat pintu grill seumpama spiderwomen (ada sesapa nak tawar aku berlakon?) Pemandangan yang sungguh luar biasa. Sungguh tak ok ye.. jangan tiru aksi ini. Sedang aku berusaha, tetiba sekonyong-konyong mak jiran aku pun kuar.

Mak jiran : Awatnya tuuu…

Aku : (huh makcik, boleh tak makcik ajak saya berbual diwaktu yang lain misalnya diwaktu petang atau dihujung minggu. Saya tengah cemas ni tau, kang saya suruh makcik yang panjat baru tau… huhuh sungguh korang sopan kan… ayat tu hanya dalam kepala aje… ) Heheh, salah kunci makcik, saya terbawak kunci dapur.. bijak sungguh saya ni.

Aku terus berpaling, malas nak tonyeh lama2. Think..think..think.. The only way ialah pegi buka pintu belakang. Ya.. itu aje jalan yang ada. Tapi nak kuar ke belakang ini bererti aku skali lagi kene jadi SpendarWoman opsss silap.. spiderwomen..

Aku : Danial, mak nak pusing belakang, Danial tengokkan adik ye, dia tido dalam keta tu. Mak nak buka pintu belakang.

Danial : Tapi enen nak main basikal kat luar.

Mak : (huh.. ni kira nak naikkan darah akulah ni.. nak kuar pun aku nak manjat, ni ko nak main beskal pulak kat luar ye… allo sayang celah mana ko nak heret basikal ko kuar.. skali lagi hanya dalam kepala je ayat2 ni).

Aku toleh kiri kanan, adakah perairan kelihatan selamat untuk bot bot kecil… yes.. orang takde.. aku pun panjatlah. Sampai kat top of the world, sedang aku terkangkang kat atas pagar, Awis (dia ni abang kepada pelakon Que Haidar, aku dah 2 kali jumpa Que ngan Awal) suami kepada jiran aku pun kuar. Maka mata aku pun bertentang mata ngan si Awis. Dari mata turun ke hati… weiii paiseeeyyy beb… Muka aku tak tau nak sorok kat mana, nak tutup ngan kain kang lain plak jadinye…oh kenapalah aku tak pengsan disaat itu… ekkk apa ke hal nak pengsan atas pagar.. tak best… hapa ke haru lee… Hai Encik Awis kenapalah saat ini ko nak kuar rumah, besok besok tak bleh ke? I’m lost my word, Awis also… heheheh… aku sengih dia pun sengih, aku kira dia paham apa yang berlaku pada ku di tika dan saat ini. Terima kasih kerana memahami… tapi buat beberapa ketika aku akan elakkan untuk bersua muka ngan dia. (jangan cita ngan Que ok.. sangat malu).

Okeh… aku dah selamat mendarat, apa lagi acara walkaton bermula, hancur gila beb, pepagi buta aku berlari2 anak kambing pusing ke belakang rumah. Nasib umah aku just no 4 dari tepi. Ketiak rasa dah berpeluh ni… hampas tebu betul. Aku buka mangga belakang, buka pintu grill. Tolak pintu papan. U olz.. pintu dapur tu AbangSayang sendal ngan tong gas.. konon kalau ada perampok dia susahlah nak tolak. Tapi sangkaan ku meleset. Kalau Danial tolak pun memanglah amat mudah nak tolak pintu tu. Bukan ke hukum alam, menarik itu lebih berat dari menolak.. Maka begitu jugalah ngan pintu yang di sendal ngan tong gas. En. AbangSayang formula anda totally tak menjadi ok. Sangat tak sesueii. Ok, misi telah berjaya. Aku kunci semula grill then nak pasang mangga. Apakejadahnya dia pun nak boikot aku kali ni. Mangga ni buat hal plak, dia tak nak lock.. Harammmm zadeehhhh…. Aku dengar suara Kristal melalak kat depan.. maka Wajibulghunnaaahhh aku lontarkan mangga kongajo tu ke bawah sinki, nah duduk ko di daerah yang kelam yang lagi menenggelamkan ko. Aku kunci pintu papan dan sendalkan semula ngan tong gas… (hahahahahaha…why i'm doing the same thing?)

Okey, capai kunci sebenar dan buka pintu n hantar budak2. Dah kul 7.40 ok… sangat lambat. Lepas hantar budak2 aku pun bergegas menuju ke tempat kerja. Tapi sekali lagi kehampehan berlaku… Whyy??? Whyyy??? Tell me whyyyyyyyyyyyy??? Aku pakai selipar kebunnnnn… sekali lagiii aku yang anggun dan bergaya telah menambahkan keanggunan ku dengan memakai selipar kebun ke tempat kerja… sungguh bergaya?? Adakah ini pesen terbaru? Adakah sesapa akan terpikat ngan gaya aku yang penuh versatile ini? Adakah… adakah…adakah… Siapakah aku sebenarnya?? Adakah aku ini Lebai Malang?? Tak mungkin aku pompuan.. pompuan… Takkanlah aku bini kepada Lebai Malang. Bukan... aku wife kepada En. Abduul Rahman. Sungguh unsangkarable. Think..think.. oh ye.. aku teringat 2 hari lepas aku baru amik kasut kat kedai repair kasut, dan kasut itu ada dalam bonet. Tapi.. adakah match ngan pakaianku? Baju ijau kasut gold… vogue the vassssssssss. Hahahahh… tak padan.?? Ko diam…..kalau tak aku sumbat kasut ni dalam pankreas ko...

U olz… why all damn things happen bila AbangSayang kuar rumah kul 4.00 pagi?? Adakah AbangSayang cuba nak sabotaj aku supaya aku tidak keluar bekerja pada hari2 yang dia kuar awal untuk ke S’pore (kul 6 dah jammed, tu pasal dia kuar awal). Bila dia kuar awal, kul 3 ptg dia dah ada kat rumah. Adakah dia mahu aku sambut kepulangan dia yang awal itu dirumah?? Kesemua di atas adalah tidak benar… Tapi I’m wonder why AbangSayang sangkut kunci dapur kat depan? Dia kan tau kalau aku capai kunci tu aku tak menengok, jalan terus capai.. Tak pelik, before this dia sangkut kunci depan kat dapur..dia memang cenggitu..

Maka aku sampai kat tempat kerja pada jam 8.07 pagi.. huhuhu sungguh berdedikasikan?? Wah.. kat cubit aku ada laksa johorlaaaa waaa ada owang belanja… oh indahnya… dengan adanya laksa johor ini, maka ia sedikit sebanyak telah menceriakan pagi aku yang tercalar.

Opss O2 aku bunyik… Calling from AbangSayang. Huhuhu aku nak khabarkan berita yang hampeh ini pada dia. Dan aku juga sampaikan berita yang aku dah campak mangga belakang kat bawah singki… tapi simpati yang ku harapkkan lain plak jadinya… ini aku hangin ni….

AbangSayang : Hello

Aku : B.. nak tau tak, pagi ni blurr sangat tau…

AbangSayang : Napa? Bangun lambat?

Aku : No lahhh… very the early ok… I siap masak nasik, masak lauk n bfast for kids ok.

AbangSayang : Habih tu apa? (Very the skema..)

Aku : (Aku pun citalahhh A-Z dengan penuh rasa sedih… )

AbangSayang : Habis tu.. u tak manggalah pintu belakang tu ye?? U patut tekan kuat sket.

Aku : Tak manggalah. Tangan I dah merah rasa cam nak melecet tekan mangga tu, tapi tak mau, so I dah campak bawah sinki. Nanti balik B uruskan ye. Lagipun Kristal dah melalak kat luar rumah.

AbangSayang : Napa u tak amik mangga depan bawak ke dapur? (Suara dia dah tegang)

Aku : B.. cuba u put yourself in my shoes.. dah 7.40 B, I masih kat rumah.

AbangSayang : Alar.. kalau buat kejap aje..

Aku : ( This moment… I hate him very much.. tak pernah memahami.) B, I tak suruh u komen, I just like to share ngan u apa yang berlaku pagi ni.. that’s all. And I ingatkan u akan simpati or emphathy ngan I, fat hope..

AbangSayang : So budak2 cemana? (Hey.. try to drop the subject don’t u?)

Aku : Ok.. ( takkanlah aku nak tinggal dorang tepi jalan plak)

AbangSayang : Danial ok? Bangun cemana.. liat ke…

Aku : Ok.. sume ok… (Danial tak ngada2 ok kalau u tak ada, senang di urus)

AbangSayang : Abang dah sampai kat branch ni.

Aku : (Tak tanya pun….) hem… (word ini akan kuar bila aku dah takde mood) Oklah, i nak buat kerja… (kerja ke blogging?? Hahahahah)

And.. without babai… I lap u… u lap mee… I terus cut off the line… rasakan…

Huh… begitulah beginning of my day….

Patutlah aku cam ada perasaan teringin untuk vogue today... rupenye aku ada meeting hari ni..heheheh sat lagi kul 2.30. Biasalah nak present mesti kelihatan vogue dan yakin kan...walhal dalam tatacara meeting manaleh vogue sangat...coz takut they allz tak pay attention pada apa yang akan aku bebelkan. Tak peduli nak vogue gak... eeieiiii cantiknya baju u... wahhh lawanya gelang.. beli kat mana?? waaa cantiknya tudung... i tak jumpalah kaler cam ni... hahahahha lol... tak pernah pun sekali dalam meeting berlaku sebegini. Biasanya stress orrr stresss orr stresss lelebih lagi meeting yang di chair oleh MatSpeaker. Tak suka ok. Biasanya aku tak pay attention sangat (bad attitude) bukan salah aku... salahkan chairman ok.. aku lebih beri perhatian pada air panas yang diberikan didalam a/cond yang sejuk gila dan juadah yang bakal terjun kedalam perut ku ini... maka bermulalah nanti "i'm sorry... did i miss something??" muahahah.. cuma bila turn aku je baru aku serius.... hem.. what ever it is i've to attend the meeting... boleh tak kalau aku masuk bila turn aku nak present aje?? hahahaha ini tandok sudah keluar duaaaaa...

7 ulasan:

green apple berkata...

ko tak mulakan hari anda dengan nescafe tu pasalla kelam kelibut...ingat pesanan penaja MULAKAN HARI ANDA DENGAN NESCAFE!!

LayarLara Legendary Of Journey berkata...

haw..haw..haw kira lawaklah tuuu... hampes..hampes..hampagas..

Nezjoe berkata...

wahhh
your beginning day penuh dengan pancaroba betul!
huhuhu

sabor jelah!

psstttt
header tu! bukan main besor!
hihihi

salam!
:D

LayarLara Legendary Of Journey berkata...

nezjoe,
ya.. pancaroba itulah menjadi asam garam kehidupan ku...

aisehh dah berapa orang tegur header aku nih... aku perlu berbuat sesuatu... nanti aku ada masa nanti aku beggar ye...

Ceera berkata...

gila panjang entry mu hari nie.. dalam gaya penulisan, nampak sangatlah tengah tak sabar nak cerita kejadian2 hampas itu...

takpe, yang penting nampak vouge wpun jadi spiderwoman...

hOtMaMa berkata...

hadoiii..lawak..lawak...mrasa la u ols jadik spiderwoman kan..LOL

LayarLara Legendary Of Journey berkata...

ceera,
memang tu kelemahan aku kui kui kui.. kalau bercakap sumer nak bercakap, kalua mata hidung telinga leh cakap dorang pun berebut2 nak cakap gak.

Hotmama,
Spiderwoman?? akan kupastikan itulah yang terakhir kali.. muahahahah shy shy maaa