03 Oktober, 2007

Nasi Bukhari gakkkk

Heheheh... aku takleh tahan bila tengok nasi bukhari apple. Tak bleh tahan beb diulangi sekali lagi. Maka semalam aku telah masak nasi bukhari gak. Perghhh time berbuka tu 3 kali AbangSayang tambah wa cakap luuuu.. Danial ngan kristal apa lagi, sampai buncit aku tengok perut dorang. Hahhah aku berjaya.. aku berjaya... aku sendiri 2 kali tambah... aku memang buat lebih, dapatlah aku balas mangkuk jiran aku... dia bagi lauk ketam cili api, aku balas ngan nasi bukhari... lagi best pe.. hahahhaah. Pesanan untuk jiran aku... lenkali takyah bagi lagi laa... buat pening aku nak balas balik... aku ni bukan rajin sangat masak berbuka... kalau angin aku letih kepai, harus aku beli kat param je...

Hahahahahahh... gelak dulu.... hahahahah gelak sekali lagi... hahahahah gelak lagi dan lagi dan lagi... weh... aku tak tau le kalau korang pernah tengok iklan ni. Alar iklan yang adibah noor tu pose.. pastu beli cekodok, dia rampas cekodok orang yang disangka cekodok dia, bila berbuka baru dia perasan cekodok dia dalam beg. Lawak tul.. muka tak make up... poyo.. muka2 poyo sumer dalam iklan tu... adoo lawaklahhh....

Ok.. habis cita ketawa ketiwi tu.. nak cita lain plak... semalam masa aku tengah bertunggang langgang nak memasak menu istimewa tu... Danial datang dapur dan amik balang kuih almond london. Pastu aku dengar riuh2 kat depan. Umak aiii terkejut aku. Anak aku punye ramah beri sedekah kuih raya kat kawan2 dia kooooo.... Dia kat dalam pagar main hulur hulur je kuih kat kawan2 dia. Apa aku nak cakap??? Tarik nafas ajelah... Pastu dia lari lagi masuk kat dapur, buka kabinet nak amik air milo tin. Sambil tu dia nyanyi2 "nak bagi kawan.. nak bagi kawan"... aku tanya kat dia.. "Danial nak buat apa ni?".. dengan selamba dia jawab nak bagi kawan2 dia yang kat luar... ambooiii mulalah aku nak kuar dialog cerita 3 abdul... "kalau ko nak sedekah dengan harta kau.. bukan dengan harta aku...." (tak kuar pun dalam hati je...) hem... nak bagi kawan ye... ok aku cakap, danial amik sumer bahagian danial n bagi kat kawan. Tinggalkan bahagian adik punye. Lepas ni, jangan mintak lagi ye... bila adik minum danial tengok aje.. coz bahagian danial dah bagi kat kawan2 kan... Lepas dia berfikir seketika.. tak jadi dia amik milo tin tu... pastu dia bleh kata aku ni kedekut... perghh berbisa beb... aku rasa ayat tu kalau bagi kat AbangSayang memanglah sesuai... aku ni kedekut.. nahiiii kabi nahhiii...

Dahlah nak buat keje plak.. lagi layan blogging ni lagi enjadik....

2 ulasan:

Ceera berkata...

danial ikut cam iklan tu kot.. kasik makanan kat orang miskin, hahaha.. pengaruh iklan sungguh..

iklan adibah noor tu, kita tak pernah tengok lagi la, ish...

green apple berkata...

amacam aku bleh terlepas pandang entry yang berkisarkan nasik bukhari aku ni?