26 November, 2007

Laporan Diagnosa Makmal

Hari ini 26 November 2007 aku telah pergi untuk menjalani pemeriksaan ke atas buah pinggang (sapa baca entry aku terdahulu2 dah tau ngapa kan).

So pagi tadi kul 9.30am Dr. dah ambil sample urine n blood. Kul 10.30 tadi aku dah dapat result. So.. the result is..

HBP : 110/70 (Sangat cantik ok)

Blood test (mmol/l):
Urea 2.3 (>1.7 <8.3)
Sodium 138 (>137 <150)
Potassium 4.2 (>3.5 <5.2)
Creatinie 58 (>53 <133)
Chloride 104 (>97<108)
Secara keseluruhannya blood test aku sangat ok. Oh ye.. aku takleh makan pisang selalu coz dalam pisang banyak potassium, sangat tak elok untuk orang yang menghadapi masalah ginjal. Dah lama pun aku tak makan pisang.. kecuali last week on Jumaat becoz ada orang belanja pulut n pisang... aku makan setongkol pisang yang bersaiz kecil. Pulut n rendang daging aku just jamah sesuap aje... coz daging high protein... juga tak bagus untuk pesakit ginjal... ohh hilang nikmat dunia... takpe aku memang tak suka daging.

Okay skang ni .....

Urine test (mmol/l):
Urine Specific gravity 1.010
Urine Rbc 5 - 10 (ini menunjukkan dalam buah pinggang aku ada sedikit darah)
Urine Protein 3+ (masa pregnant kristal Urine Protein adalah 4+ yang bermakna damage)
Urine Ph 6.0
Korang pening eh?? Maknanya ginjal aku memang dah rosak, tapi bukan rosak tahap dialisis tu. Rosaknya ibarat sebiji bola pingpong telah kemek, dan kekemekan itu tak boleh di perbaiki. So what to do? Entah.... heheheheh kawal supaya tidak lebih rosak. Cemana? Dengan pemakanan.. hishhh kang panjang pulak huraian aku.

Berat badan aku masih statik tiada kenaikan. Berapa?? Mana boleh tauuuuu rahsia wooo...

Okeh... aku dah keje skang ni... sat lagi ada masa aku nak posting cerita pasal celebrate besday kristal. Cau cin cauuuu....

1 ulasan:

Ceera berkata...

yap, kamu kena jaga pemakanan ok...