02 April, 2008

Cuba untuk tak malas

Ye... ini percubaan pertama untuk menyahtoksik penyakit M yang makin menular dalam urat saraf aku..

Semakin berat perut (include badan) aku... aku rasa semakin M. Nak bangun tido pun M. Nasib mengenangkan sian si Danial nak sekolah, nak bawak bekal. Kalau tidak harus aku bermalas2an. Ada sekali tu memang malas terbangat... aku just bagi dia sarapan honey star n susu. Bekal tarak.. tapi AbangSayang bagi dia duit untuk beli makan kat kantin. Tau apa terjadi bila waktu petang aku amik dia kat rumah bonda... Ngan muka mencuka Danial sound aku.. "mak.. napa tak bawakkan bekal?? Abang cari dalam beg tak ada pun. Dahlah cikgu bagi mee basi".. takkan yelah cikgu ko bagi ko makan mee basi danial oii... Okeh.. itulah sekali aku tak bawakkan dia bekal... sian...

Pagi tadi aku buat sarap mee sup n cekodok pisang. Danial bawak cekodok pisang je.. Dah siap segala serbi aku mengemas.. aku landing sekali lagi kat atas katil... AbangSayang memang awal bersiap sambil2 menengok danial naik bas dia panaskan enjin keta skali... tanpa ku sedar AbangSayang dah tepuk punggung aku soh bangun... Dia cakap.. kalau malas nak keje amik je cuti hari senin depan..(hari selasa cuti sebab besday sultan johor).. aku rasa cam tak logik le saranan dia tu... aku malas hari ini.. bukan hari senin depan.. mana boleh aku nak carry forward rasa malas ini pada hari senin depan.. hari senin depan dah lain cerita.. itu dah malas versi ke berapa tah.. aku ni memang jenis tak suka carry forward.. hehehehhehehe... banyaklah...

Aku ni update rumah aku ni sebab mengenangkan jiran2 sebelah menyebelah (koranglaa) yang nak menyinggah kat sini.. Kang tak pasal rumah aku kene cop ada junnnn...

Oh ye... baru aku ingat... bila tersebut pasal junnn (jin) aku teringat akan satu peristiwa yang berlaku 2 minggu sudah kat rumah betaraguru. Aku ni nak kata tak percaya dunia mistik tu.. idakle jugak.. nak kata percaya pun.. idaklah juga.. bergantung kepada keadaanlah..

Nak dijadikan cerita... betaraguru ada terpandang kelibat dua ekor makhluk botak sedang landing atas katil dia.. dalam keadaan yang naked. Masa kejadian adalah dalam jam dekat2 kul 1 pagi. Memula betaraguru ingat bapak aku.. tapi pehal plak bapak aku nak buat pose maut sambil membotakkan kepala dan berpasangan sejantina kat atas katil. Sungguh tidak logik ok.
Alih2 ropenye betaraguru ngigau daaaa.

Tapi since kejadian ngigau itu Betaraguru asik rasa seriau aje dalam rumah sendiri. Dah si Betaraguru ni membuat spekulasi bahawa terataknya sekarang ini ada JUN. Dan lebih nak jadi sodap cerita.. Betaraguru cakap.. itu JUN ada orang hantarla... dan Betaraguru tau sapa yang hantar.. terer betul Betaraguru ni.. Memanglah Betaraguru tu mak aku.. tapi aku kekadang tak lah 100% bersetuju ngan pendapat dia tu.. sebab Betaraguru ni suka buat andaian sendiri dan selalu mempercayai six sense dia tu w/pun tak masuk dek akal. Betaraguru ni orangnya tak tinggal solat.. tapi bleh plak betaraguru ni taksub ngan mende bukan2... hishhh sapalah yang nak mengenakan betaraguru... takde sapa mak...

Nak jadi cerita skali lagi.. Betaraguru ni sudah pergi jumpa satu ghostbuster... Twins aku yang bawakkan... bukan sebab twins aku tu percaya ngan cerita dia.. tapi sebab nak puaskan hati dia.. kang kata anak2 tak nak dengar luahan hati dia...

Berdasarkan cerita dari twins aku tu... ghostbuster tu dah bacakan kacang hijau (perlu ditabur atas bumbung) ngan tah mende apa tah lagi satu aku pun tak ingat... ghostbuster tu cakap dalam tempoh 3 hari nanti ada orang pompuan datang rumah n buat pengakuan... sepanjang berada kat rumah tu pompuan tersebut akan kepanasan.

Hari yang ketiga itu telah jatuh pada hari sabtu lepas... dan memang ada pompuan datang rumah betaraguru... dan sepanjang berada disitu pompuan tu dok heboh.. pasal apalah rasa rimas ni... panas.. berpeluh... dah mandi pun rasa rimas lagi... Betaraguru n my twins berpandangan sesama sendiri... my twins cuba menahan ketawa... keranan pompuan itu adalah AKU.... korang rasa kong ajo tak cerita dan andaian ghostbuster tu... memanglah harus aku rasa panas... sebab aku dah nak masuk 8 bulan... suhu badan meningkat... hushh.. tak koselah aku nak menghantar JUN kat rumah betaraguru... harta mana pulak yang aku nak rebutkan.. muahahahhahaah... tapi sehingga ke hari ini... takdelah pulok pompuan seperti dalam gambaran ghostbuster itu yang datang menyerah diri.

Bila andaian ghostbuster itu tidak benar... dah plak betaraguru tu tuduh ghostbuster tu yang nak menumpangkan jun dia kat teratak betaraguru... pulookkkkk... sian ghostbuster tu tak pasal dia plak yang jadi mangsa..

Ateee bila dah gitu.. my sis pun sekonyong2 datang bawak CD ayat2 al-quran terpilih yang telah di baca dan ditauliahkan oleh seorang ustaz khusus untuk menghalau hantu dan setan. Menurut kata ustaz tu masa buka CD tu perlu dibuka pintu dan tingkap rumah. Kalau jun itu tidak kuat dia akan berambus keluar. Maka betaraguru pun buatlah seperti yang diarahkan... Nahhh skang ni betaraguru dah rasa aman kembali..

Aku pun saja je cakap ngan betaraguru... bolehlah pinjam aku nak burn cd tu.. coz nak buka kat rumah aku plak manalah tau ada hantu setan yang tercicir... tetiba my sis cakap... TAK BOLEH... sebab cd tu dah ditauliahkan... tak boleh buat copy... (wahhh sungguh advanced ustaz itu... tak boleh guna cetak rompak uuuuuu)... Kalau nak kene beli ngan ustaz itu RM10... bila dengo cam tu.. aku pun mula sangsi ngan ustaz itu.. hehehhehehehheheehehe...

What a wonderful world... Panjang pulak cita aku dalam keadaan M.... entry ni untuk esok lusa tulat tubing skali tau..

5 ulasan:

Puteri Satu berkata...

betaraguru ~ aku dok fikir apa benda tuh...M ko tu rajin gak...tengok dah berjela dah ko update.

Mama_Nofal berkata...

dlm keadaan M pon type cenggini??Sgt kagumzzz

LayarLara berkata...

Puteri...
Betaraguru tu nama timangan mak aku daaaaa. Kalaulah dia tau aku sebut nama dia dalam ni.. gerenti nama aku digugurkan dari senarai penerima wasiat.. muahahahahhaha

Ms Mer,
Hahahah ko buat aku gelak lah... kan aku dah kata entry hari ini langsam untuk esok dan lusa skali.. heheheh besok n lusa tak yahle update.. langkah bijak..

Tanpa Nama berkata...

ayyo..lulusan mana ghostbuster tu?mesti x lepas UTM..
yang x tahan tu, ada siap bekalkan CD..siap sirimkan..alang2 tu,ko suh la dia patenkan..leh wat big money!!!

LayarLara berkata...

Ad,
tah mana u ghostbuster tu pun aku tak tau lah Ad. Tang CD tu memang ada musykil di batu jemala kanda. Ni nak kene tanya memanda menteri ni..