28 Ogos, 2008

Kita Tidak MeLayu Lagi..


Kita terlalu kerdil untuk membangkit rasa dari sejuta musim yang hilang
kerana kita pasrah kelembutan waktu ini adalah titip warisan temurun
dari wira jagat bangsa yang memukul gendang perjuangan
setiap inci harga kehilangan ini perlu ditebus

dan langkah yang disusun dari jiwa tulus itu adalah nafas yang sedang kita hembus
Kita tidak pernah menyongsong saat mereka membina peradaban bangsa
kita tidak sempat bertanya, kekuatan apakah mereka
tega mencagar nyawa
di hujung mata pedang, mereka cantas setiap ideologi songsang
derap penjajahan itu usah dibiar berzaman.. lawan! biar mati hari ini
agar cicit tidak menumpang di bumi sendiri
percik darah dan tempias keringatpun bersatu,
meresap dalam iman pada watan.

Apakah kita yang mematahkan kunci khazanah kebangkitan musim tertindas?
bila kealpaan sengaja kita rentang di permatang waktu yang berangkat
susur galur keperwiraan itu apa mungkin kan tergadai di bumi sendiri
bila saja jiwa-jiwa ini rebah di atas panasnya embun yang kesiangan
dan bila saja bangsa ini terus meLayu...

Bangkitlah! Resapkanlah..
resapkanlah mantera azimat moyang
yang masih teguh di hujung nesan
kemarau musim lalu adalah keperitan ranjau kesilapan lampau
bila percaturan menebar kaya dan membahagi kuasa,
menjadi rebutan panjang
apakah kita pewaris yang malang?

Puas sudah kita hitung.. jauh alam fikir ini kita renung
kedamaian jagat raya ini adalah anugerah.. hikmah dari cerita kematian
dan kita pasti tidak mampu meletak apapun sebagai cagaran
selain menitip doa, sujud kesyukuran.. menjunjung kasih perjuangan
tenang dan damailah, aduhai pejuang bangsaku

Dan kita tidak akan meLayu lagi
tatkala peta warisan bonda yang terbakar itu..
telah kita garap dan lakarkan kembali.. pada setiap penjuru alam
kitawalah pewaris gemilang yang pernah dan masih terasa pedih tertindih
terhimpit di bawah tembok, serpih robohan Kota Melaka
kini megah berdiri, empayar bangsa berjaya

Ayuh! kita bangunkan watan ini dengan dada yang merdeka
sarat dengan tulus doa suci
bergabunglah awan gemawan melitupi air mata semalam
biar bermusim dan temurun peradaban jagat bangsa ini
dibela dan dibela
biar kembali nyawa ini menjadi galang gantinya
pasti! telah kita siapkan satu revolusi sebagai sejarah buat anak-anak nanti
bahawa kita tidak meLayu lagi.



Takbir!!! Allahuakbar!! Merdeka!!! Hehehehe..


Aku tau mesti ada mulut2 yang cakap AWAT AWAL SANGAT HANG NIIIIIII... takpe.. yang penting aku nak jadi orang pertama yang wish korang ngan kata2 merdeka...

6 ulasan:

attyfir berkata...

selamat hari merdeka..merdeka..

LayarLara berkata...

merdeka to u gak kty..

M4M4 MY4 berkata...

selamat hari merdeka gak yer.. pi mana cuti hari merdeka?

re = jalan balik kg jek hiks

LayarLara berkata...

Yo mama mya, tak kemana pun coz nak dekat pose kan.. pi skudai ajelahhh

PerantauSepi1306 berkata...

salam ziarah.... cantik sajak ni... Selamat Hari merdeka 2 U 2

LayarLara berkata...

perantau..
salam..salam.. mekasih ye... mai datang sini... sat lagi aku ronda rumah hang yek..