17 November, 2008

Misi menyelamat selesai

Selesai sudah masalah aku... aku dah tak hantar anak2 ke rumah Bonda lagi start hari ini. Smalam pengasuh sudah sampai. Tapi aku lom cakap lagi ngan Bonda yang aku nak hentikan perkhidmatannya. Aku ni jenis cepat tak sampai hati, lelebih lagi si Bonda yang mempunyai masalah psikologi. Aku cuma bagi tau Bonda budak2 aku tak hantar this week. Nanti before jumaat aku akan bagi tau Bonda slow2.

Si Zahra malam tadi melalak bila pengasuh tu tengok muka dia, sikit2 cebik.. sikit2 cebik. Hari ini, bila aku dokong dia cam tercari2 mana wajah si pengasuh tu... bila nampak dan terlindung cepat2 dia tertoleh nak tatap wajah pengasuh tu... ekekekekek.. Masa aku tinggalkan zara dia tak menangis... tapi muka dia cam pelik tengok aku tinggalkan dia. Aku call pengasuh tadi, dia kata situasi sungguh terkawal, zara baru lepas makan nestum.

Si kakak kristal lom bangun lagi sebab dia overnite malam tadi... tak tau le ni bangun kul berapa..

Danial dah bangun, dah mandi...

Aku dah masak, dah buat serapan... pengasuh tinggal jaga anak2 je.. Alhamdulillah termakbul juga doa aku untuk menyelamatkan anak2 aku... Semoga anak2 akan lebih terjamin kesihatan, keselamatan ngan pengasuh baru ni. Termakbul juga doa kristal, yang asik2 tak moh pegi rumah bonda, yang asik nak dok rumah aje.

Pengasuh ni merupakan anak sedara rahman, yang sebelum ni kerja dia mengasuh anak2 sedara dia. Di samping itu, dia juga ada mengambil upah untuk mengandam dan membuat gubahan majlis perkahwinan. Family panggil dia UDA, tak tau le kalau kengkawan dia panggil dia ngan nama lain. Uda akan duduk ngan kami sampai... entah aku pun tak tau sampai bila.

Semoga semuanya selamat.. amin..

8 ulasan:

attyfir berkata...

alhamdullilah dah settle masalah..
takpe nanti slow2 ckp ngn bunda..ye

Puteri Satu berkata...

salam weh..lamanya aku tak jengok blog hang.... kekadang tak update...aku dah list ko kat update link aku..so senang..aku tau ko dah update lum kan...

oh dah ada pengasuh ye..senangla sekarang ko..

LayarLara berkata...

Ktys,
Haah nanti kita slow2 berlapik2 beralas2 lidah ni... kang takut kecik hati plak..

LayarLara berkata...

Puteri,
Mekasih lah ye link aku nye rumah ni.. One more.. blog ko tu aku rasa sarat ngan perhiasan daaaaa, kalau nak bukak mak aaii makan masa betul

su berkata...

kene pujuk baek2 bonda tu kan..hehe...

Ad berkata...

si uda ni 'available' lagi x??ekkekekekeek

kim salam sayang yer!

LayarLara berkata...

Su, gitulah nampaknya... harap dia bleh terima..

LayarLara berkata...

Ad,
Mohon maaflah ye... kang ko ngan si UDA jadi hubungan terlarang plak...