08 Mac, 2009

Lagi2 cerita yang memalukan..

Ni aku buat autopublish.. tak tau le jadik ke idak..

Kalau nak ikut banyak kejadian yang telah menyebabkan aku malu sesangatnya... aku pun tak tau napalah aku ditakdirkan menempuh adegan2 yang memalu lagi memilukan..

Salah satunya...

Masa ni aku dah pindah ke Kangkar Pulai, pegi keje n balik keje pun dah drive sendiri.

Harinya adalah Sabtu bukan Jumaat ye.. oneday tu, aku keluar bfast kat taman berhampiran. So balik ke office aku park kat foyer pentadbiran. Adalah menjadi satu kesalahan mandatori kalau park kat situ. Tapi ada aku kesah?? hehhehehe derhaka sungguh aku ni..

Tiba waktu balik, aku lambat sket turun. Dah buat salah park kat foyer kang ramai plak tengok muka aku. Dah le time balik kat situ ramai yang tunggu spouse memasing.

Adalah dalam kul 1.15 aku turun. Hari sabtu masa tu half day, masa tu gomen keje sabtu.

Aku bukak pintu keta start enjin. Sebelah kaki kat luar sebelah kaki kat dalam. Angkat kaki masuk, tutup pintu and terus jalan. time tu memang jadi habbit aku memandu kaki ayam. Skang ni tak laaa selepas kejadian terus aku insaf memandu pakai kasut.

Nak jadikan cerita aku sampai je kat rumah, park keta n nak turun kaki ni meraba kasut. Eikk sebelah aje.. mana plak lagi sebelah ni. Aku siap kuar nonggeng tengok bawah kerusi... Eiikk tak ada jugak??

Hishhh takkan ghaib dalam keta kot... manalah plak peginya. Aku cuba recall mana plak peginya kasut aku hilang secara tiba2. Laaaa maybe tertinggal sebelah kat foyer kot!!!!

Aku masuk rumah ngan kaki ayam sebelah. Aku ajak AbangSayang pi amek kasut aku yang tertinggal kat foyer. AbangSayang tak keje sabtu, so dia lepak kat rumah je.

AbangSayang geleng pala je...

Sampai je kat foyer dari jauh aku memang dah nampak kasut aku elok je terletak kat situ. Aisehhh ada plak pak guard dua orang kat situ tengah berborak. Aku suruh AbangSayang park jauh sket.

Ye.. keta dah berhenti. AbangSayang cakap "Haa apa lagi pegilah kutip kasut tu".

"Alaaaaaa Abanglaa tolong amekkan.. Anggap sajalah I ni Cinderella yang tertinggal kasut, dan abang Putera Raja yang jumpa kasut tu.. mudah kan??"

Mudah??? hehheheeh

Mencuka je AbangSayang koooooo, tak pasal2 dia yang kene.. hehheheheheh. Sampai ke petang aku tak berani nak bercakap ngan AbangSayang... atee dah suruh dia buat bende bukan2.

ekcelli kasut tu aku baru je skali pakai n beli kat The Zone, brand Sachs. Sayang oooo kalau tinggal.

Sekian... entah jadi ke tidak autopublish aku ni..

3 ulasan:

attyfir berkata...

adeh..gelak..guling2..den baco hah..

Elyn Sani berkata...

waaahahahha lawak tul ko ni!!!! seb baik x de org amik kasut tu kalo dak haru gak!!!

MamaSofif berkata...

hohohohoho...leh masuk queenlawak ni...sib baik prince nk layan amik kasut...