07 Oktober, 2009

Dari L ke S

Zahra minggu lepas.... Saiz L


Zahra semalam dah saiz S


Dua hari aku amek E.L

Zahra tak sihat... kene CB... ni sumer gara2 marhaban kat lorong aku jumaat malam sabtu lar ni.
Adalaaaa dalam 2-3 orang yang makan2 time marhaban tu kene gak. Aku pun makan gak apa yang Zahra makan, tapi maybe aku tak alah agaknya. Tapi yang pasti CB kali ini bukan roto virus..

Sabtu tu dia dah start CB tapi tak menangis... Asik nak berdokong je plak. Tak nak main, nak dok dalam buai aje. Buai pun tak leh berhenti.. Hari ahad kemuncaknya... setiap jam dia akan CB dan melalak2. Aduuuhhh pening pala aku... Dah le membawa perut.. menghayak plak dia... bergilir2 aku ngan AbangSayang. Tangan aku dah naik sakit2.

Disebabkan kekerapan buang air, najis dia pun dah bercampur darah. Kekadang old blood. Kekadang cam fresh. Pagi balik klinik terus stay rumah Betaraguru. Petang pun aku return ke klinik tu lagik..

Ahad petang tu.. AbangSayang pi padang bola ngan danial. Dah le anak dia dok melalak2 pun dia bleh leisure di padang bola. Aku pesan jangan balik lambat sebab anak tengah tak sihat... (yang benonya aku ni tak larat nak handle dia sorang2). Jam 6.40 AbangSayang balik. Time dia pegi padang tu jam 5 lebih. Time tu aku tengah suap Zara makan bubur. Bertambah dua kali dia makan. Tapi hazzzaabbb sket... sebelah tangan dukung dia... sebelah tangan pegang mangkuk bubur sambil berjalan2 dia luar rumah. Disebabkan nak dia makan... pengorbanan nihhhh...

Lepas makan dalam jam 6.15 tu, aku lap2kan badan dia, dia senyap je... badan dia pun letih.. masukkan dalam buai, hayun-hayun.

AbangSayang balik jam 6.40... Pelik sungguh. AbangSayang balik je, Zara terus start melalak. Non stop sampai leee jam 8.00. Tu pun selepas di baca2kan oleh Betaraguru. Aku pun packing terus nak balik rumah. Otw balik tu Zara tido dalam keta.

Sampai rumah je dia start melalak balik. Sampaiiilaaaaaa ke tengah malam. Puas aku membaca2.. Aku dah rasa pelik sangatnya... tepon member Sapura n Samsol mintak no phone Abang Ramli (Darul Shifa), malang teponnya tutup. AbangSayang mintak air dari F.I.L adik dia n sapukan seluruh badan. Time sapu tu Kristal ni dok peratikan aje adek dia. Tetiba Kristal cakap MAK.. KENAPA MUKA ADIK SENGET2 MAK? Jeng..jeng..jeng...... Selangkah ke alam misteri pulokkkk.

Elok je lepas sapu air tu dalam 5 minit... terus dia senyap n tido.. Tapi sesekejap bangun nangis sebab sakit perut n buang2 air.

Sampai ke pagi ini dia masih lagi CB, tapi keadaan suffer dia sudah berkurangan dari hari2 sebelumnya.

Dan aku terpaksa naik keje gak hari ini... keje aku sangat banyak n terbengkalai... kalau ikut hati mau aku terus isi borang cuti tanpa gaji 3 TAHUN!!...


6 ulasan:

Elyn berkata...

ish misteri betui..... kak laki ko before masuk umah baca 3 qul tak? takut ade yang mengikut tu!!

LiNda berkata...

iskk..aku baca pun misteri..

LayarLara berkata...

Lepas2 ni beranilah dia balik time2 cenggitu... sesilap aku yang bacakan 3 qul kat kepala dia...

atty's berkata...

siannya zara..

Adiwarnatasya berkata...

Semoga Zara cepat sihat yaa..:)

MamaSofif berkata...

alahai ciannya zahra....lepas dh sihat nanti zahra mesti dpt size L semula...