03 Mac, 2010

Akhirnya....

Aku dah set mind aku... aku dah set mental aku yang aku akan bersalin pada 23 Disember. Tapi tak jadi...

Tapi bila 23 malam tu Doc dah suruh aku puasa sebab 24hb tu hanya ada 2 kes saja... kes aku dan kes budak bilik sebelah.. (dia placenta kat bawah). So.. memang confirm sesangat aku akan bersalin pada 24 Dis.

24hb Dis.. pepagi subuh jam 6 aku dah bangun.. mandi dan bersiap2. Nak godak air milo pun tak bleh... dah nama pose ye dak. Tapi entah kenapa aku rasa aku tak prepare plak.. tak prepare dari segi emosi.. n mental.

Jam 7 pagi nurse datang bagi aku uniform untuk masuk OT. Lagilah aku rasa takut. Aku rasa kalau dorang cek hearbeat aku time tu.. or cek bp aku time tu mesti mencanak2. W/pun dalam tu sejuk tahap beku... tapi aku leh berpeluh2. Nak tak nak aku tukar jugak uniform. Bertambah2 sejuk.

Jam 9.00 pagi dorang panggil aku suruh pergi ke bahagian hadapan. Aku pk 24 kali nak pergi atau tak. Time tu aku cam... "Err.. saya tak nak operate... saya tak nak lalui proses bersalin.. tapi saya nak kuarkan baby ni..."

Dalam aku pk nak pegi ke idak.. tau2 kaki aku dah sampai je kat bahagian hadapan. Urine bag dipasang.. aku pun terus berbaring atas stretcher. Dorang tanya nama aku.. tanya aku nak pi mana ni... untuk memastikan bahawa aku tau apa yang aku lakukan saat ini.

Sebelum pegi bahagian hadapan aku dah call AbangSayang siap2 bagi tau aku nak pegi OT dah.. rasa cam nak pegi mati pun ada gak... takut... seram.. sejuk... Entah kenapa kali ini aku bleh rasa takut.

Masa cezar Kristal aku tak sempat takut... sebab emergency.. tak sempat nak menyemai perasaan takut. Masa Zahra plak pun kira emergency.. sebab try to normal tapi tak dapat.. baby dah terminum air mentuban... so kene emergency cezar setelah menanggung sakit 10 jam.
Kali ini.. mana ada emergencynyeeeeeeee..... Dalam aku pk takut..takut..takut... tetiba aku dah sampai kat tingkat 2, setingkat ke bawah je dari wad aku. Masuk pintu pertama. Prosedur yang sama berulang kembali... tanya nama... dan kenapa berada di sini.. Ada alah pada apa2 ubat atau tak.. Suasana lebih sejuk. Aku tak tau kenapa dalam OT sejuk sangat?? Bukanke susah nak buat keje kalau sejuk sangat. Kang kalau jari jemari ko krem.. haaa cemana??

Selepas itu masuk pula ke bahagian yang lebih dalam... then.. ye.. aku dah berada dalam OT.
Bius akan dibuat separuh badan. Masa Zahra n Kristal.. pakar bius aku adalah Dr. berbangsa pakistan. Memang pandai sehingga aku tak rasa yang aku sedang dibius. Bius akan di inject di tulang belakang.

Tapi kali ini doc cina yang akan bius aku... dan lebih pasti adalah warga tempatan. Mungkin cara masing2 berbeza n tak sama. Kali ini proses bius macam mengambil masa. Aku duduk.. di bongkokkan... memeluk bantal... then di cucuk...

Terasa panas menyelinap di sekitar pinggang menandakan bius itu sedang menjalankan tugas2nya. Kemudian aku pun dibaringkan semula... Kain berhelai2 diletakk sebagai penghadang supaya aku tak boleh melihat apa yang sedang dorang lakukan kat perut aku.

Pakar bius datang untuk memastikan bahawa bius itu sudah berjalan atau tak. Entah kenapa aku rasa kali ini bius cam tidak 100% memberikan kesan. Masa doc buat test aku memberi reaksi bahawa bius itu masih belum 100% jalan. Tapi kalau diikut dari segi ukuran masa, sepatutnya bius itu memang dah mengebaskan dari pinggang ke bawah.
So, menggunakan teori jangkaan masa, maka Pakar bius tu pun memberi green light pada Dr. Hafizah untuk menjalankan kerja2 melapah perut aku.

Zasssss!!! Pedihhhhhhhh... Peritttttttt!... Aku tau... kalau aku jerit cakap sakit pun tatkala itu ia tidak akan menghilangkan sakit dan menghentikan kerja2 mereka. So.. aku hanya tawakkal saja. Aku berdoa semoga rasa pedih tu cepat hilang...

Jam 10.15 aku dah dengar suara Ibtisam... alhamdulillah... rasa kosong terus perut aku... Masa Kristal aku dengar doc yang keluarkan baby cakap... "So.. tiny!"... Masa Zahra tak cakap apa... masa Ibtisam aku dengar Dok cakap "Amboiii chubbyynyeeee".

Lega.. Ibtisam dah keluar... so skang ni proses BTL plak... Aku rasa perut aku cam dihenyak... yee memang doktor sedang menjalankan tugasnya.. menyusun kembalik organ2 didalam perut aku supaya kedudukannya teratur sebeblum proses BTL berjalan. Proses BTL mengambil masa kira2 20 minit. Masa proses BTL tu aku terdengar suara nurse... 4.2kg... apa?? ini sudah pecah rekod dalam sejarah family ni...

Aku masuk OT jam 10 pagi... aku ditolak semula ke bahagian luar untuk pemantauan jam 11 pagi. Masa ditolak tu aku terasa perut aku bergoyang2 sebab dah tak ada isinya.
Aku mintak Nurse tunjukkan baby... ohhh sangat tembam.

Jam 12 aku ditolak semula balik ke bilik. Sampai kat katil disebabkan dari pinggang ke bawah masih lagi tidak berasa so nurse2 yang kecik molek tulaa tukarkan baju n pad. Aku call AbangSayang bagi tau aku dah ada kat wad semula. Patutlah dia tak tunggu aku kat depan OT, rupenye dia bawak Kristal n Danial skali... Budak2 tak bleh masuk wad. Gara2 H1N1.
Lepas 1 jam nurse datang bagi aku ubat gastrik. Dia suruh makan ubat grastrik dulu untuk mengelakkan aku gastrik kerana berpuasa. Dan aku hanya diberikan air suam saja dulu.
Kali ini pun aku kalah bius. Aku tak boleh bercakap.. nak muntah. Nurse bercakap ngan aku pun aku terpaksa pejamkan mata. Tapi bila nurse tanya.. "Ada rasa nak muntah??" Aku geleng kepala.. padehal memang nak terkeluar dah ni...

Jam 4 petang, tiub urine ditanggalkan. So aku kene pergi ke toiliet untuk buang yang kecil atau yang besar. Aku bangun, cuba untuk berdiri. Tapi tak boleh, aku rasa nak pitam. Aku takut nak cakap ngan nurse. Aku relaks dulu... aku berdiri lagi sambil pegang tiang drip. Wahhh rasa nak muntah melampaui segala2nya.. Aku tutup mulut untuk elak muntah air masak tu keluar.. suddenly muntah aku terpancut keluar ikut hidung... waaa cam pertunjukkan sarkas plak aku rasa. Memancut cam paip bocor.

Jam 6 petang aku dah stabil.. tapi kesan bius tu buat badan aku rasa gatal2. Sekejap aku terkeruk2. Nurse datang n bagi injection untuk kurangkan kesan bius.. Maka kesan injection itu aku menjadi lalok plak.

Betaraguru datang.. Naturalspirit pun datang.. adik2 aku... AbangSayang of coz laaa.. Danial, Kristal n Zahra pun dapat masuk wad aku skali. Tapi aku tak banyak cakap.. sebab aku dalam keadaan lalok teramat sangat.

Banyak betul dugaan bersalin untuk kali terakhir ni..

See baru keluar sudah pandai bukak mata.... kalau zaman 80-an.. kalau tak seminggu memang takde bukak matanya...

Haaa... tu mulut nganga nak apajelah tu... Ibtisam sangat pandai menyusu badan. Hulur2 je terus nganga... tak macam Zahra dulu... siap aku tonyoh.. takdenye dia reti...





2 ulasan:

LiNda berkata...

errmmm... chomelnya !

p/s. Silalah beri alamat rumah . Sebab aku rasa cam baik hati nak mengepos 'barang' yang ko berhajatkan tuh . hehee

Oke babe !

Tanpa Nama berkata...

karangan yg menakjubkan..!!

mesti happy kan bila doktor ckp "Chubbynyaa"..

apapun, tahniah ye!

xnakbagitaunama