02 Mac, 2010

Hari menyerah diri..

Seperti yang dirancangkan, aku admitted pada 22 Disember 2009, kalau ikut perancangan aku akan cezar pada 23 Disember.


Lepas hantar anak2, AbangSayang hantar aku ke spital untuk menyerah diri.. menyerah perut. Kristal ikut sekali. Orang gi spital bawak beg bimbit segala.. tapi aku pegi spital bawak beg troli. Betebiat plak aku kali ni. Disebabkan ini adalah kali terakhir aku bersalin, so aku request first class.


Aku sampai spital jam 9 pagi. Gitu gini daftar segala aku sampai kat wad jam10.30 pagi. AbangSayang iring aku masuk wad. Suasana sangat sejuk sekali. Aku request bilik yang sama, katil yg sama masa aku bersalinkan Zahra. Banyak songeh kan?? Sejuk sangat sebab wad first class tak ramai pesakit... atau senang cita cam takde pesakit. Tapi dalam bilik aku ada 4 katil. Selalunya tak penuh pun.


AbangSayang stay dulu sebab doktor pakar nak jumpa berkaitan prosedur untuk buat BTL. Tepat jam 11 pagi Dr. Alinda pun sampai. Agak berumur tapi still nampak muda. Sapa pernah tengok cerita HOUSE?? Ha... Dr. Alinda ala2 cam big bos Dr. House tu. Dr. terangkan bagaimana kaedah BTL akan dijalankan. Kenapa perlu dijalankan. Apa risiko kalau tak jalani BTL.


Tak tau apa tu BTL?? Okeh.. BTL ni atau bahasa yang lebih mudah untuk difahami ialah mengikat saluran peranakan supaya telur tidak akan sampai ke uterus. Memandangkan aku dah nak masuk 3 kali cezar, BTL adalah sangat2 disyorkan. Jika tak buat BTL risiko untuk melahirkan baby pada kali ke 4 of cozlah melalui cezar gak adalah sangat merbahaya. Kerana parut2 didalam lapisan perut akan melekat2 dengan usus dan pundi kencing. So semasa proses memotong... for surely akan terpotong/terhiris usus dan pundi kencing.


AbangSayang paham (dah pun diterangkan sebelum2 ni). Aku lagi le paham. So signature perlu diturunkan. Gitu gini AbangSayang n Kristal meninggalkan aku di bilik yang sangat sejuknya lebih kurang jam 12 lebih. Aku pesan petang nanti datang bawakkan baju sejuk yang teballlll.


Maka tinggallah aku. Campur aku adalah 3 orang dalam bilik. So.. malam ini aku harus start berpuasa mulai jam 10 malam.

Ini katil aku...

Menu sangat2 lazat okehhhh....


Okeh.. keadaan sejuk.. aku dah berbungkus..



Chinese Doc. Wajahnya mengingatkan aku kepada seorang kenalan... Masa ni dalam jam 7.30 malam. Weh doc napa cuma bersandal saja??


Tengok.. menu siap ada ice cream lagi... Makan jangan tak makan besok dah nak start pantang.

1 ulasan:

Ad berkata...

takunya terdengar if terpotong pundi kencing!!ngeri