21 Ogos, 2010

Habuan untuk anak2...

Haritu kan aku naik pentas... mendapat ganjaran sebagai pekerja cemerlang. Oleh itu aku dengan senang hatinya telah memberikan habuan pula kepada anak2. Eiikk.. mak ko yang dapat anugerah korang pun tumpang tui gak ye.... aku belikan katil yang menjadik idaman kalbu dorang siang dan malam. Katil besi yang lama telah aku hantar ke rumah kat Kangkar Pulai. Hemm rumah tu aku nak jadi sebagai homestay.




Aku belikan katil double decker yang shanteeek sket. Ini adalah pilihan kristal. Kaler fing lagik... Seminggu gak menunggu katil ni sampai. Ishh berhari2 aku kene jawab mungkar nakir ngan dorang ni... MAK BILA KATIL NAK SAMPAI...




Kristal tido belah atas... Zara belah bawah... aku pun tumpang suka gak kat katil ni sebab boleh letak barang... dorang lagi lah suka.. bleh main pondok2..




Aku bagi cadangan pada danial supaya amek katil cam kristal n zara gak.. tapi kaler kuninglaa.. dia tak moh.. nak gak katil keta ni... So, untuk bilik Danial n Ibtisam.. aku belikan katil bentuk keta... haa meracing laaa korang siang malam..




Sila abaikan latar belakang tersebut.. Skang ni Danial tido sorang. Ibtisam masih tido ngan aku lagi... Mural kat belakang tu hasil tangan En. AbangSayang. Dia conteng takpe.. aku n anak2 nak conteng gak boleh bang???? Pelempang!!




Dorang pandai... dah main dah serak.. susun balik cemana yang aku dah susun. Yang paling displin adalah Zara...



Over.. Ni tengah main pondok2 kekonon tengah mandi dalam toilet..



Okeh sebagai informasi untuk mereka2 yang nak beli katil begini untuk anak2 Regenya adalah 1 katil + 1 tilam = Rm900 Kene beli dua tilam lah sebab ada atas n bawah. Tapi kalau tak nak pun tak ngapa... ikut suka korangla..


5 ulasan:

Chenta berkata...

Wahh.. mesti besar ganjaran yang mak korang dapat kann..kann..

Hah, ambik semua - Raya dapat katil baru .. hehe

zAnNa@mAMaBaTriCE berkata...

mmg sesuai sgt ler tu sis...
comel jer katil double decker tu.....suka plak tengok coz' ada tempat simpan menan dia sekali...jimat ruang ....

MamaSofif berkata...

seronok la anak2 dpt katil baru..tido dlm keta lagi...alhamdulillah rezeki mak ..kalo tak bagi kat anak2 sape lagi...

pAMZ berkata...

beli kat mana ya? katil2 ni? tgh survey2 juga ni.. mekasih..

Imah@Emoh@Along berkata...

Kak beli kat mana kat tu nak jugak beli... Sy kat pulai indah jer