17 September, 2010

Bosannya...

Setelah 8 hari bercuti, telungkup telentang, terbeliak terkucil kat rumah dan sekitarnya, maka haruslah kembali ke pangkal jalan.
Ekceli aku dah start keje pada 15hb. Melangkah masuk... adehhh kosong. Tapi selang 20 minit lepas tu nampak En. Jai melangkah masuk. Okeh adalah kawan.
Aku on YM dengan status SUNYINYA...
Tapi En. Jai balas balik... SAYA KAN ADA...
Aku balas balik semula KO NAK BOK PE...
Hahahahah.... macamlah jauh sangat aku ngan Jai berbalas2 YM, padehal dia dok sebelah aku je.. kalau aku tampar muka dia pun memang bleh kene sesangatnya..
Bosan... tapi tu 15hb...
Hari ini 16hb.. mengikut jangkaan hari ini kat opis suppose kat tempat aku ni ada Jai n Arina.. tapi dedua orang tu lansung tak nampak batang hidung. Maka terkapar2lah aku keseorangan.
Huwaaahhhhhgg (Sangap).
Aritu bosan2 aku dah pergi merayau kat JUSCO... Isk.. arini kat mana plak aku nak merayau... Eh.. tak baik.. dosa.. tuang time keje... (ini tak tuang ke??)
Setelah lama bercuti, nak datangkan balik mood bekerja tu amat payah sekali. Lelebih lagi keadaan opis yang kosong. Sangat tak best ok. Opss.. ok aku tipu.. aku suka!.. hahahah suka... sebab boleh layan tenet je.. (kat rumah pun boleh.. cuma masa takde) Tapi lelama layan tenet pun dah bertukar jadi bosan gak.
Memang aku akui, lansung aku tak cuit keje. Sebab aku rasa rugi woo.. rugi buat keje, tapi bos tak nampak (Allah kan nampak). Hahahah keji.. keji keji sikap ku.
Uhuk!.. Uhuk!... Uhuk!.. Aku batuk skang ni.. Nak kata terlebih makan kuih raya... mungkin gak kot... terlebih makan maruku.. memende tu sumer kan butter...
Eiii bosannya.... Isk.. tadi aku dah nak capai CD Twilight, 3 part tu... tapi pasal aku dah kunci pintu bilik, malas plak aku nak bukak balik. Ish.. kalau tak kan aku bleh abiskan 3 cd tu dari pagi menyantak ke petang. Isk.. tuang lagik!.. Takpe.. at least aku ada kat opis.. n boleh angkat call. Hehheheheheh...
Uhuk!..Uhuk!... isk.. batuk lagi... naik pedih dah tekak aku ni... Suara aku pun dah naik serak ni. Buruk sket je dari sore ella. Best sket dari suara Dayang.. hahahhahaha.
Puas dah aku merayau ke blog korang... yang hupdate bestlaa...
Malam tadi aku tido lambat... sebab dah jam 9.30 malam si kristal request nak bawak belebat pisang gi sekolah. Pkkan malas... nak je beli kat gerai.. tapi gerai apa yang bukak minggu2 cuti ni... sian plak. Makanya malam buta AbangSayang pegi kedai beli pisang. Yang ada plak pisang montel... haaa bedallahhhh...

Sesenduk bancuhan diletakkan di atas daun pisang. Daun pisang ni pun amek dimalam kala ye. Harap2 takdelah hantu pokok pisang ikut balik.





Selepas itu lipatkan kuih anda sehingga menjadi sebegini rupe. Dan kukuslah sehingga ia masak.



Gitu gini kul 1 pagi baru kuih aku siap ko... dan pepagi buta tu juga aku makan belebat pisang. Uiiihhh nak jaga kualiti lah katakan.. sedap memang sedap. Aku memang tak kira, kalau nak buat cekodok pisang ke.. muffin pisang ke... kek pisang ke... aku bantai je guna pisang apa2. Tak de pun rasanya lari. Jadik gak... sedap lagik... puji sendiri sudah mesti...

Dah le.. aku nak pegi u tube, nak tg drama2 best kat tv3.



Tiada ulasan: