07 Oktober, 2010

it hapen again...

Semalam petang aku ngan Ib join kristal kat luar. Aku dok kat tembok (bukan muka tembok ehhhh).. Kristal datang kat aku.

Kristal : Mak.. kakak nampak hantu.

Aku : (not againnnnnn) Kat mana??

Kristal : Kat dalam rumah Chern. Kat bawah meja. Hantu tu cangkung kat bawah meja.

Aku : Habis kakak takut ke?

Kristal : Tak, kakak tak takut sebab kakak dah baca Allahuakbar.

Ahhhhhhh sudah... dah pesen ju-on dah plak. Ingatkan segalanya dah berakhir... rupenye tidak..

Memang aku dah pesan kalau 'ter'nampak baca Auzubillahiminashaitonirajim. Tak pun baca je Allahuakbar. Dan satu lagi pesan aku.. jangan tengok lelama. Tengok sekali pastu buat tak nampak dan jalan terus.

Bilalaaa nak berakhir masalah dia ni...


5 ulasan:

MiMiEyAnA berkata...

hm,,,maseh nampak lagi??sian kristal..asalkan dia tak takot takpela..risau jugak klu2 tetiba dia histeria...kelam kabut nnti..

LayarLara berkata...

Mimie,
Nasib baik dia tak takut. Aku belum terapkan lagi dalam kepala dia hantu adalah menyeramkan.. sebab tu dia tak takut kot... dia cuma tau hantu adalah entiti lain.

atty's berkata...

mesti ko risau kan t..ko dah bawak jumpa ustaz tak..?

LayarLara berkata...

Dah, ustaz kata itu kelebihan dia. Ustaz kata lagi, antara dua makin besar makin kurang nampak, atau makin besar lagi macam2 dia nampak....

Elyn berkata...

adoi.... part duduk bawah meja cangkung ni saya scary!!!

kene pesan selalu je kat kristal jgn buat2 nmpk... buat derk je. kang die ajak berkwn, payahhhh