“Lain kali, ada mata tu gunanya untuk melihat. Habis baju saya yang basah ni macamana?” Amir melampiaskan rasa tidak puas hati pada gadis di depan matanya. Hem, boleh tahan manis.
Amir masih lagi berdiri disitu. Memang sengaja dia berdiri lebih lama disitu, sambil memerhatikan tingkah laku gadis didepan matanya.
Eh, orang ni, aku dah mintak maaf pun masih lagi berdiri macam patung dekat sini. “Er, encik, kalau encik nak minta ganti pakaian encik yang basah tu, saya boleh bayar. Encik bagitau pada saya berapa harganya. Sekali lagi saya minta maaf encik, saya memang betul-betul tak sengaja” ujar Elzira.
Amir tak menjawab. Ditenungnya gadis itu.
“Ok, awak nampak meja hujung tu? Awak tunggu saya dekat sana, nanti saya datang bagi tau berapa harga yang perlu awak bayar” Amir terus berlalu meninggalkan Elzira.
Elzira menghela nafasnya. Nasib baik orang tak ramai dalam restoran makanan segera ni. Kalau tak, mahu dihala kemanakah perasaan malunya. Elzira, berteleku. Ish, buat apalah aku ikut cakap orang ni. Sebelum dia datang, baik aku lari. Segera Elzira bangun.
Dan sekali lagi, hampir Elzira melanggar pemuda yang sama. Tapi kali ini pemuda itu pula yang menatang sedulang makanan.
“Eh awak ni! Kalau tumpah lagi sekali, hish!” luah Amir.
“Haa. Nak kemana tu? Nak lari? Wah, senangnya. Awak dah basahkan baju saya. Dan hampir membasahkan baju saya buat kesekian kalinya. Terpikir nak lari pula?” sambil matanya tajam memerhatikan gadis didepannya yang sudah siap sedia berdiri.
“Err..Er…saya..saya” Elzira jadi terkedu.
“Sudahlah, duduk. Nah ambil ni, saya dah gantikan snack plate awak. Makanlah” suara Amir meredakan suasana.
“Eh.. tak payahlah encik. Encik makanlah. Saya boleh beli sendiri. Lagi pun saya nak cepat”, Elzira cuba mengelak.
“Awak ni kenapa eh? Kalut sangat. Duduklah makan. Anggaplah ini sebagai nilai yang awak perlu bayar pada saya”Amir masih lagi cuba memaksa gadis didepannya untuk duduk kembali.
Tiada pilihan. Elzira duduk, tunduk dan terpaksa makan dengan orang yang tidak dikenali.
“Nama siapa?” tanya Amir.
“Emm??” hampir saja penyedut minuman terlepas dari bibirnya.
“Awak ni, Sudahlah kalut, kuat berangan pula. Saya tanya, nama awak siapa?”ulang Amir.
“Nadia Elzira” jawab Elzira
“Saya Amir Sufian” Amir memperkenalkan dirinya.
“Hem..” angguk Elzira
“Selalu makan disini?” tanya Amir lagi.
“Jarang-jarang. Kalau teringin saya datanglah. Fast food ni mana boleh makan selalu” Elzira semakin selesa bersuara.
“Masih belajar atau sudah bekerja?”tanya Amir. Berminat untuk mengetahui gadis manis didepannya.
“Dah bekerja. Kerja dekat sini juga, di Badan Bookstore” Elzira terus memberi penerangan.
“Saya pun bekerja disini juga” terang Amir.
“Disini mana?” tanya Elzira.
“Disinilah, di KFC ni. Sebenarnya saya baru je berpindah ke cawangan ini minggu yang sudah” terang Amir.
“Oh…” Elzira menggangguk.
Elzira tersenyum sendirian mengingati semula detik-detik perkenalan antara dirinya dan Amir Suffian. Namun senyumannya tidak lama. Dicapai telefon bimbit, cuba untuk menghubungi Amir. Namun tiada suara Amir di hujung talian.
1 ulasan:
TATtaaaaaaaaaaap kat KFC kannn
mr.mussel
Catat Ulasan