Okeh.. hari ini aku nak buat amal jariah perkongsian ilmu hari ini.
Hari ini 8 November 2010 bersamaan 1 Zulhijjah 1431.
Tiada sesuatu hari yang mana orang beramal soleh didalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari hari ini (permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10).
Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada 1 hingga 9 Zulhijjah. Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza.
1 Zulhijjah Kelebihannya:-
Kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, maka barangsiapa yang berpuasa pada hari ini diampuni Allah akan segala dosanya.
2 Zulhijjah kelebihannya :-
Doa Nabi Yuus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pda hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.
3 Zulhijjah kelebihannya:-
Doa Nabi Zakaria diperkenankan oleh Allah, barang siapa yang berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya.
4 Zulhijjah kelebihannya:-
Nabi Isa a.s dilahirkan, barang siapa yang berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama orang2 yang terhormat.
5 Zulhijjah kelebihannya:-
Nabi Musa a.s dilahirkan, barang siapa yang berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 Zulhijjah kelebihannya:-
Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-Nabinya. Barang siapa yang berpuasa pada hari itu ia akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
7 Zulhijjah kelebihannya:-
pintu neraka jahanam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.
8 Zulhijjah kelebihannya:-
Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berpikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari Syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan Tarwiya (hari berfikir2). Barang siapa yang berpuasa pada hari itu akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya hanya Allah yang mengetahui.
9 Zulhijjah kelebihannya:-
turun ayat terakhir kepada Rasullullah s.a.w yang tersebut dalam surah al-ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaiaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari Syaitan. Justeru itu hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barang siapa yang berpuasa pada hari itu akan diampukan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
10 Zulhijjah kelebihannya:-
Adalah hari raya IdulAdha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Alllah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barangsiapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemduian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.
Ganjaran bagi mereka yang memuliakan Zulhijjah
1. berkat umurnya
2. bertambah hartanya
3. kehidupan rumah tangga akan terjamin
4. membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
5. Amal ibadat serta kebaikannya berganda
6. Allah akan memudahkan saat kematiannya
7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh.
8. Allan akan memberkatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
9. Selamat daripada kejatuhan di dunia
10 Martabatnya dinaikkan disisi Allah
Okeh suka aku mengingatkan diri sendiri dan anda2 di luar sana. Rebutlah peluang yang kita pun tak pasti adakah kita dapat merebutnya lagi di tahun2 mendatang.
Okeh... korang pun bleh pergi kat laman web jabatan agama islam untuk melihat amalan2 yang boleh diamalkan pada 10 hari awal Zulhijjah.
1 ulasan:
Rasa insaf baca n3 ini.
so, misi awk nak buat amal jariah telah tercapai ..
thanks beb !
Catat Ulasan