Ini baru betul2 namanya musibah...
JDJ4860 Iswara Aeroback Putih adalah keta pertama yang AbangSayang miliki pada tahun 2000
Pakai tak lama, tak sampai 2 tahun AbangSayang jual, pada kawan dia tanpa menukar nama. Ye memang satu kesilapan yang AMAT BESAR. Tapi disebabkan atas dasar kawan.
Last week dapat surat saman, dan diminta hadir ke Mahkamah Majistret, Jalan Air Molek antara AbangSayang dengan AmBank.
Rupe kesah, kawan laki aku tu pun pakai tak lama, sebab tak mampu bayar. Monthly masa tu cuma RM471 je. Dia pegi tolak plak ngan kawan dia. Nunnnnnn duduk kat Felda apa tah... kat Pahang.
Dan yang lebih mengejutkan, semenjak di jual kereta itu tidak pernah berbayar. Fuiiyooooooooo terer kan laki aku. Dan hutangnya adalah RM20k setelah dicampur duit lawyer.
Nangis aku..... sesal dahulu pendapatan... sesal kendian tidak berguna... Tula bang... lengkali nak buat apa kita bincang2 laaaa...
Sampai kat court semalam, tunda pada 4/1. Kami pergi ke bank. Untuk mengelakkan sebarang tindakan mahakamah perlu menjelaskan tunggakan sebanyak RM16k. Fuiiiyooooooooo lagi sekali. Banyakkkk tuuuuuuu.......!
Nangis lagi sekali aku. Keta laki aku baru abis utang tahun 2010.... Aku ingat aku dah takde hutang lagi... setakat bayar duit rumah je... rupenye ada hutang lagi 20k ko... memanglah utang tu atas nama laki aku... tapi kami kan dah suami isteri.. aku terasa itu adalah masalah aku jugak. Kalau ikut, that is not my problem... tu laa abang sapa suruh buat mende tak pk dulu.. haaaa kan sekarang ni nak buat cemana? Saya tak nak campur.. pandai2lah abang selesaikan sendiri. Tapi... aku memegang prinsip.. susah sama susah... senang sama senang.... kita usaha ye sayang... (muntahhhh)
Balik dari bank sepasang laki bini telah dok termenung kat kedai sambil menikmati teh tarik. Mood nak makan pun takde, sebab tekak dah payau.
So.....kami berbincang... dah takde gunanya nak carik mende yang kita tak tau kat mana. Tukang tarik keta pun tak jumpa keta tu.. inikan kami plak. Masa awal2 dulu dapat tau kawan dia dah past keta pada orang lain, laki aku memang ada pegi Pahang. Tapi pakcik tu janji nak bayar. Tapi pakcik tu tipu.
Aku cakap, dah tak payahlah kita nak gali balik keta tu, entah2 pakcik tu tunggu kita ngan parang nanti. Takpe, redha ajelah ngan kejadian ini dan jadikan ianya sebagai peringatan atas kelalaian diri sendiri. Yang penting adalah cemana nak selesaikan masalah ini.
Aku bagi option pada laki aku sama ada buat personal loan atau jual aje rumah pertama yang aku beli tahun 1999 dulu. Aku dah takde buah pikiran lain dah ni.
Okay.. sapa nak beli rumah Low Cost Flat Dua Bilik. Kat Kangkar Pulai. Aku tolak dengan harga RM17600 sahaja.
Mood : Sedih...sesedih sedihnya... sebab rumah flat itulah rete pertama aku....
SESAPA ADA CADANGAN UNTUK AKU SETTLEKAN MASALAH INI... AKU SANGAT BERTERIMA KASIH.
2 ulasan:
rasanya jual rumah tu , gud idea
tp murah sgt kot jual tu..jual 23k,
atty's
rumah area situ takde rege sangatlaa...
Catat Ulasan