Malu tapi mauuuu... Miaauuuuuwwww
Nama glamour saya dalam dunia maya ini adalah LayarLara. Kenapa nama saya begitu? Saya sukakan sesuatu yang unik. Ekceli nama ini adalah tajuk sebuah filem, dan saya sukakan bunyinya yang seakan2 toungetwist.
Saya berblogging sekadar suka-suka. Saya jadikan blog ini sebagai medium untuk berkongsi suka, duka , pengetahuan dan pembelajaran dengan mereka2 yang juga dari alam ini. Blog pertama yang saya baca adalah blog Ceeramoon. Setelah membaca blog beliau, perasaan meluap2 untuk mempunyai blog sendiri bagai tidak tertahan-tahan.
Tiada siapa yang memberi semangat kepada saya untuk berblogging. Cuma saya, diri saya dan kehidupan sekeliling yang menjadi peransang kepada saya untuk terus berblogging.
Perkenalan antara saya dan dunia blogging ini terlah terjalin selama 5 tahun. Bukan sesuatu yang singkat dan juga bukan sesuatu yang lamakan? Kadangkala saya juga seakan terlupa pernah mengalami peristiwa2 yang pernah saya nukilkan disini. Blog ini juga mengingatkan saya apa yang telah saya lalui dalam tahun-tahun yang kebelakang.
Idola saya dalam dunia blogging ini adalah Ben Ashaari, RedMummy, VirusPadu dan Ceeramoon. Mungkin akan bertambah mengikut masa. Banyak yang saya pelajari dari blog En. Ben Ashaari. Sungguh! Tak percaya? Anda boleh baca archive En. Ben.
Pencapaian terbaik saya buat masa ini adalah saya berjaya menambah bilangan pembaca dan pengunjung blog. Oh ye, follower saya juga semakin meningkat. (Terima kasih En. Ben). Ya mungkin apalah sangat pencapaian itu, sejujurnya ia sangat bermakna buat saya.
Selain dari berblogging saya juga suka buat kuih, menjahit dan membaca novel. Sebagai isteri, ibu dan anak, saya akui saya tidak banyak mempunyai waktu untuk berblogging. Kebiasaannya saya akan menulis di awal pagi, dan set auto publish untuk sepanjang hari. Saya mensyaratkan kepada diri sendiri 3 entry untuk sehari.
Cita-cita saya didalam dunia blogging ini adalah, saya ingin blog saya ini dikenali ramai, dan saya juga ingin menjadikan blog saya ini sebagai medium rujukan dan pelepas sunyi kepada mereka2 yang berada di alam maya. Saya tidak mahu mengkhususkan blog ini kepada satu hala saja.
Nasihat saya kepada mereka yang ingin memiliki blog sendiri ialah kenapa nak tunggu lagi?? mulakan sekarang! Jangan risau jika kentandusan idea, selalulah merujuk kepada penulis2 blog yang lebih berpengalaman.
Saya ingin sekali jika entry ini dikeluarkan dalam majalah Wanita
3 ulasan:
auuwwww...
fotogediksss gituuu..
tahniah atas blog ini.
teruskan ok
mekasih lindaaa.....
tahniah eh followers makin meningkat . semoga tercapai la impian nak masuk majalah WANITA tu . ehehe :)
Catat Ulasan