09 Februari, 2011

Bukan lebai... penyamun!



Kadang2 aku rasa eiiiuuuuwwww bila mendengar suami orang tu tambah siaran.  Eh.. dah cam asteruk plak eh... bleh ada banyakkkkkkkkk rangkaian.  Oh.. aku bukan antipoligami.  Tapi kalau si suami tu nak berpoligami biarlah suami itu mempunyai kewangan yang cukup.  Ialah, rangkaian banyak kan.... haruslah mentenen pun banyak jugak.  Dan calon rangkaian plak kenelah redho yang di adalah rangkaian tambahan.  Tak blehlah asik nak turn channel dia je... kenelah paham. 

Bab adil pun bukanlah sesuatu yang boleh dianggap enteng.  Di hari pembalasan kelak, ADIL adalah perkara utama yang akan dihisab terlebih dahulu.  Eh... pasal poligami pulak... padehal aku nak cita bab lain.

Kekadang ada suami2 yang bukan berniat nak tambah siaran.  Tapi sengaja nak mencari pelepas bosan.  Mulalah nak bagi alasan bini saya dah tak vouge lagi, bini saya dah tak jaga penampilan lagi, bini saya asik mengulit anak je dah tak kisahkan saya lagi, bini saya dah tak nak layan saya lagi, bini saya dah tak masak untuk saya lagi, bini saya dah tak hormat saya lagi, bini saya sibuk ngan MLM sampai nak tengok muka saya pun takde masa.  Hellowwwww.... adakah mempunyai kekasih gelap  solution yang terbaik?

No..no..no..no.  Cubalah suami cerminkan diri dulu.  Asik2 nak salahkan isteri saja.  Cuba muhasabah diri, lihat apakah kesilapan yang telah diri suami lakukan sehingga menjurus kepada kedinginan pihak isteri. 

1. bini saya dah tak vouge lagi, bini saya dah tak jaga penampilan ---> CUBA KO SPARE DUIT KO TU UNTUK BINI KO GROOMING, BUKAN UNTUK SAPA... UNTUK KOOOOOO JUGA.  BELIKANLAH BIDADARI KE, MAHARANI KE.  PULANGAN UNTUK SAPA?? UNTUK KOOOOOOOO JUGAK.

2. bini saya asyik mengulit anak aje, dah tak kisahkan saya lagi ---> AKAI ADA TAK?? ANAK KO PANDAI MASAK SENDIRI KE? PANDAI CEBOK BERAK KENCING SENDIRI KE?  HABIS KO?? NAK KENCING BERAK KO DICEBOKKAN BINI?  ADAT2LA KALAU NAK JELES NGAN ANAK SENDIRI.  CUBA KO SAMA2 MENGURUSKAN HAL ANAK2. TOLONG MANDIKAN ANAK, TOLONG PAKAIKAN BAJU ANAK. BINI RASA SANGAT DIHARGAI OK.

3. bini saya dah tak nak layan saya lagi ---> CEMANA DIA NAK LAYAN KO.  KEJE RUMAH DARI DIA CELIK MATA SAMPAILAAAA KE TUTUP MATA, KERJA KERJA KERJA KERA.  KO SENDIRI MASUK KEJE 8 - 5.  BINI KO? PENDEK KATA BELUM TUTUP MATA.  PERNAH TAK KO TOLONG SAPU2 SAMPAH.  PERNAH TAK KO TOLONG CUCI PINGGAN? STAKAT KEJE2 RUMAH YANG SIMPLE, KALAU KO TOLONG TAKDENYE MENJATUHKAH MARTABAT KO SEBAGAI SUAMI.  MALAH AKAN MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA KO DAN ISTERI.  KALAU SESAMA BUAT KEJE... KEJE CEPAT SETTLE... HAAA KAN KORANG BANYAK MASA BLEH TOGEDER2.

4. bini saya dah tak nak masak untuk saya ---> HABIS KO NI JENIS, MASUK UMAH, BUKAK TUDUNG SAJI.... THEN KOMPLEN.. INI AJE?? BAIK SAYA MAKAN KAT LUAR.  ATEEEEEEEEE KO PUN BELI KALAU TAK AYAM... IKAN.. KALAU TAK IKAN AYAM.. KALAU TAK AYAM IKAN.. IKAN PLAK HARI2 IKAN SELAR, IKAN SELAR, IKAN SELAR.  CUBA KO BELI SIAKAP KE.. TENGGIRI KE... IKAN MERAH KE.. PASTU BINI KO PUN DAH NAIK FED UP, MASAK KO TAK MAKAN. MALAM MASUK PETI ES, BESOK HUMBAN.  MEMBAZIR.....

5. bini saya dah tak hormat saya lagi ----> "EH.. TU SAPA TU YANG TENGAH SIDAI BAJU?" "GAJAH".. TAULAAA KO DAH LAMA KAWIN, ALIGNMENT BINI KO PUN DAH LARI. TU SUMER SEBAB NAK KUARKAN ZURIAT KO.. KALAU KO PANDAI JAGA, MENTENEN CUKUP BAGI, GERENTI BINI KO CANTIK.  BILA BINI DAH TAK CANTIK, KO PANGGIL NGAN GELARAN MEMACAM, KEKADANG DEPAN ORANG PUN KO BAHASAKAN BINI KO.  MEMULA ELOK... LELAMA BINI KO PUN DAH TAK DE SUSPEK RESPEKLAA.. KALAU KO NAK DIA MENGHORMATI KO... KO PUN KENALAH HORMATI BINI KO.. PERASAN BINI KO.. BUKAN DENGAN STATUS KO SEBAGAI LAKI... DAN STATUS DIA SEBAGAI BINI, MAKA KO DENGAN SEWENANG2NYA MENTAPAK KAKIKAN KEHORMATAN BINI KO.

6. bini saya sibuk biznes MLM, sampai muka saya pun dah tak sempat nak pandang ---> TULAAA.. CUBA KO BAGI SEGALA SERBI CUKUP... DAHLE KO BAGI TAK CUKUP.. MALAH HARTANYA KO KIKIS. MEH SINI AKU KIKIS OTAK KO SKET2... NAK?

Sebenarnya aku geram bila ada sesetengah suami ni... suka menyalahkan bini kalau dia ada affair ngan orang lain.  Padehal kote dia yang merenyam nak test market. Kerat 20 bahagian bagi  gigas arapaima makan kang!

Apa2 pun..kalau dah berumah tangga tu tak usahlah sengaja nak mencari ketenangan lain kononnya.  Rumah tangga ibarat taman.  Hiasilah taman itu dengan bunga2an.  Anak2 pun seronok main dalam taman. 

Sorry... aku teremo hari ini....

*Cita di atas takde kene mengene ngan sesapa... Disangkakan lebai.. rupenye penyamun... penyamun tarbus.  Tapi bukan rete bende yang dikebas.  Tapi hati orang telah dikebas.  Semoga sahabat itu beroleh ketenangan dalam mencari kekuatan.




1 ulasan:

atty's berkata...

salam ..tu lah pasal kan ..senang je nak salahkan bini..