01 Februari, 2011

Huhuhu.. naik lagi ke??


Rege minyak naik lagi... ado.. maka akan berlakukan kenaikan2 seperti berikut:-

"Ni kad tambang bas untuk bulan depan ye.  Haaa ada perubahan pada amount bayaran.  Apa boleh buat, saya ni kan driver bas, carik makan cenggini.... Kang dapur saya tak berasap plak.."

Wah..wah..wah... sedapnya ko cakap... bukan ke korang ni dapat subsidi....

"Harga barang sumer naik kak... minyak naik.. rege pun naiklah.. sebab coz pengangkutan dah naik..."

Amboi-amboi, mementanglah kedai runcit ko satuuuuu je kat sini, suka hati ko je nak naikkan barang eh.  Kang kita orang penduduk taman boikot kedai ko kang... padan muka ko... ngan muka aku sekali!

"Kuih... 4 singgit..4 singgit.... tak dapat di tempat lain dek... gerai akak je 4 singgit"

Memanglah kuih ko 4 singgit, tapi seketul tu besar lagi penumbuk ibtisam... ish..ish...ish..ish..... ko nak pegi haji balik hari eh??

Argghhhh memacamlah lagi...  kalau tambang bas persiaran... fuiiyoooo lagilah berganda2 naiknya kan...

Maknanya lepas ni kalau pegi kedai haruslah senyap2an... supaya askar yang 3 orang tu tak ikut.  Kalau ikut.. mau tinggal duit syiling je dalam purse... tu pun nasib baik.. kalau nasib tak baik tinggal kad pengenalan ngan lesen je.

Dan lagi maknanya kalau pegi beli barang dapur.... "mak nak ni...".. tak payah! tak bagus untuk kesihatan... "mak.. nak ni".. tak boleh! ni mak pandai buat.. nanti mak buat.  "mak.. nak ni" engkorang ni kenapa? macam tak pernah makan je?... "mak.. nak ni" engkorang ni.. kalau tak ikut lagi baguslaa...hahaahahahah.. kejamnya seorang emak... mampukah???  Lihatlah encik2 yang mentadbir negara...  lihatlah sistem kekeluargaan yang semakin longgar... kerana minyak.... hanya kerana minyak...

Nak ulas lanjut pun tak guna, minyak segitu gak regenya.. takkan berubah... kita ni apa nak buat?  redho dan pasrah jelahh...

nak berkongsi keta??? sapa yang sanggup tumpangkan aku tu kene redholaaa kuar rumah 6.30pagi, tolong anto anak aku dulu...


Kamu pegi keje naik komuter??? sesungguhnya kamu beruntung...



6 ulasan:

zAnNa@mAMaBaTriCE berkata...

haisssh...sapa yg jadi mangsa? kami jugakkkkk...rakyat jugak.....yg kat atas nun tak rasa..coz' sumer di tanggung .....

lepas nie pergi kerja naik basikal jer lah..tu pun kalau harga basikal tak naik lerrrr

atty's berkata...

kalo naik cepat je naik..tang turunkan harga ,.haram,..

LayarLara berkata...

Zana,
Fuiiyooo kalau aku bawak beskal kene kuar rumah kul 6 kot.. ekkekekek..

Attys,
yaaaa begitulah... dalam banyak2 naik.. pernah sekali je turun..

shaliza berkata...

hmmmm redho dalam terpaksa. Nak tak nak ke faced jugak.

LayarLara berkata...

shaliza,
apa boleh buat.... amek je kelapa sawit tu perah boh dalam tangki...

ieda berkata...

kalau bab kedai runcit tu mmg saya sokong depa sb kakak saya penah niaga dulu..mmg duit masuk banyak tapi untung ciput ja...silap2 boleh rugi.berbanding dgn letih...saya suruh dia berhenti ja.jual nasi lemak lg untung.