17 Februari, 2011

Seri Kaya


Ishhh... tak sabarnya nak buat pau weekend ni.  Aku nak buat pau kaya, pau kelapa, pau kentang n pau kacang merah.

Malam tadi sudah siap Seri Kaya... malam ni aku nak cuba buat inti kacang merah...

Gula hangus + santan yang telah disejukkan, kendian di campurkan dengan kuning telur + tepung kastard

Masak sehingga pekat

Sapu kat roti.... dan ngap!

Kalau letak kaler hijau, hijaulah jadinya...


Okeh meh sini aku kongsi resepi membuat sri kaya.

Bahan2nya:-
 2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
400ml santan (aku guna 2 santan kotak harmoni yang setiap satu seberat 200ml)
2 sudu makan tepung kastard + 2 sudu makan air
5 biji kuning telur
sehelai daun pandan.

Cara-caranya:-
1. Hanguskan gula+1/2cawan air sehingga kekuningan.(Kalau nak dapat kaler cam gambo kat atas, sila hanguskan lagi sehingga warna agak keperangan, kalau korang nak letak kaler hijau, hanguskan gulanya sehingga sedikit kekuningan saja then letak kaler)

2. Masukkan santan dan kacau2 sehingga sebati.  Tutup api dan kemudian sila sejukkan.

3.  Setelah benar2 sejuk, masukkan 5 biji kuning telur, daun pandan dan bancuhan tepung kastard.

4. Hidupkan api dan kacau sehingga mendidih dan pekat.  Sekian.

Pernah beli kaya yang dalam bekas jernih jual kat kedai tu?  Kira-kira korang dapat 4 botol kayalah kalau ikut resepi ini.

Untuk lain-lain resepi silalah menjenguk ke Apa Di Dapur


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah....
kalo mcm nie tak yah beli lagi la kaya...

p/s:folo & BW..mehla jenguk belog ai..salam kenal!

LayarLara berkata...

noremy,
berganda penjimatan kalau buat kaya sendiri... hehhehe

P/s : i follooowwww...

Qaseh Dalia berkata...

sedapnye ..nyum2
tapi xpndai buat hehe

LayarLara berkata...

Qaseh,

Dun wori... just follow the instruction.. gerenti jadik!

go jun pyo berkata...

nampak sedap lar kaya =D
nk mkan2

elminaz berkata...

tq,da cube buat..mnjadi n nak buat lagik..hee..

Ad berkata...

terbaik