18 September, 2007

Sedih.... Suka..Suka..Suka..

Sedih... aku selak paper pagi ni.. lagi tiga kes budak hilang... aku takleh nak bayangkan perasaan parents dia cemana tika dan saat ini. Bagaimana kejadian yang tak diingini boleh berlaku ye?? Kecuaian, kelekaan dari kalangan keluarga? atau memang dah tertulis di luh mahfuz perkara sebegini akan terjadi kepada keluarga mangsa?? Tapi bukankan Allah telah berkata "tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka sendiri menghendaki" kira boleh pakai lah juga ayat ni...

Maknanya.. setiap bende yang berlaku tu ada faktor2 yang menyebabkan perkara itu terjadi.
a) Ada Mangsa + Ada peluang = Jadi
b) Tak Ada Mangsa + Ada Peluang = Tak Jadi
c) Ada Mangsa + Tak ada Peluang = Tak Jadi

Yang manakah pilihan anda?? Bende dah nak jadi, tak boleh nak agak itu adalah few jawapan yang pastinya kuar dari mulut parents... Let rol time bek... Ingat lagi kes budak yang kene rogol, liwat dan bunuh di Gelang Patah?? Kenapalah budak sekecil itu yang disuruh ke kedai... kenapa abang dia yang besar godang tu tak pegi?? Sebab budak kecil tak melawan bila disuruh... tapi natijah dan akibatnya??? Perkara ini akan berulang tayang... Boleh juga aku cakap, tak kene kat batang hidung aku, bolehlah aku cakap...

Kes Nurin pun sama, melepaskan anak ke pasar malam sambil diperhatikan dari jauh oleh saudara kandung.. it wasnt a mistake... kalau ibu bapa alert, berlaku ke bende cam ni? Yang jadi mangsa?? Kanak2 yang teraniaya tu.. Tak boleh ke dihalang anak itu dari pergi??

Tapi semenjak itu (sebelum tu lagi... ) aku memang halang Danial nak main kat luar tanpa pengawasan. Itu amanah yang diberikan oleh AbangSayang kepada aku. Dengan slogannya "Biarkan dia menangis dari kita menangisi dia"

Ah.. sudah.. tak kose aku nak terus terusan sedih gini..

Okey u ollzzzz... ingat lagi tak kes SURAT UNTUK ABANGSAYANG.. hehheheh. Nak tau tak, AbangSayang dah start cat rumah tau... suka..suka..suka..suka..suka... lelebih lagi tahun ini citarasaku telah diberi perhatian oleh AbangSayang. Hahahaah suka suka suka... AbangSayang dah siap cat, makanya haruslah aku keluar pergi mencari border... huhuhu tak pe t.hari kang aku pegi meluaskan pemandanganku di luar sana... suka suka suka suka...

itu diaa... semalam AbangSayang cat bahagian bawah plak.. huhuhuhu suka suka suka..

Keadaan rumahku yang tunggang bin langgang

Ini waktu sahur tadi pagi... tinggal pasang border je lagik...

3 ulasan:

hOtMaMa berkata...

hamboiii..dah siap cat rumah baagai nih...meriah la raya u olls..gigih sungguh cik abang awak tuh mengecat puasa2 nih ek..LOL

green apple berkata...

kot ye pun teruja nak sambut aku datang JB, takyah la sampai mengecat rumah. buat susah-susah je.

Shimi Lara berkata...

Hi Layarlara, Tembam here. Nice house and blog. I read your post about Nurin. Do you know that there are a group of bloggers calling for the setting of the NURIN Alert to help save missing children alive. Please join the Citizens for NURIN Alert (CFNA)in calling for the system. Read about NURIN Alert in the latest issue of TELL magazine available in all bookstores. It's for the children as we don't want another Nurin ever again.