23 November, 2007

Peksa lagi ari ni..

Ini adalah peristiwa bergambar semalam petang, sampai je kat rumah dorang terus nak posing. Cam biasa mak dia sebagai photographer ok je...

Ini konon2 gambar kontrol ayu dari kristal

Ini adalah salah satu aksi menarik sebelum mereka bergadoh. Gadoh ada sesi biasa2 aje kat rumah. Maka selepas itu suara tarzan wanita pun akan kedengaran berkumandang di daerah jajahan takluknya

Ini gambar 2 hari lepas masa kat restoran makanan segera di JUSGO, tengok betapa khusyuknya danial membelek ayamnya itu, padehal kat rumah baru lepas makan nasik. Layan ajelahhhh...

Minah ini pun sama jugak, kat rumah dah makan nasi, tapi sampai kat JUSGO masih lagi nak makan makanan segera feberet mereka. Pegi sana bukan buat apa pun, just nak betulkan cermin mata kristal yang telah dirinya rosakkan. Nasib baik ganti softgel dia tak kene bayar, sungguh baik kedai itu.

Ini AbangSayang yang tengah makan sebelum pergi ke JUSGO. Inilah roomate dan juga manusia yang kekadang buat aku rasa cam nak 'gegetttt' je ngan perangai dia. Hampehhhh..

Ha... ini adalah anak pelarian kemboja yang sedang makan dengan bapak dia. Anak pelarian kemboja ini baru sudah mengaji dan terus nak makan. Tapi bila sampai kat JUSGO dia makan lagi sekali.


P/S : Harini aku peksa lagi... ari ni aku tak nak cita papelaaaa just nak tepek gambo je... lagi pulak dah lama aku tak tepek gambo kat sini... cam tak berseri je rasanya...Okeh, aku nak gerak pegi dewan.





3 ulasan:

hOtMaMa berkata...

good luck!
bukan main lg anak uols dpt makan kehepsi langsung tak nak pandang camera dah!hiks..

Ceera berkata...

tetiba nak makan ketang lembik tu, wuwuwuw... nak carik la lepas nie...

LayarLara berkata...

mama,
bukan setakat tak pandang camera, mak dia pun dia tak pelawa..

ceera,
er... ceera aku rasa cam aku yang ngandung... tapi engko main ngidam2 segala... hehehheh