06 Disember, 2007

Smalam cutii...

Smalam aku cuti, amik cuti gantian sebab kerja pada last saturday. So pagi tu, lepas babai hubby aku yang kuar pegi keje dalam kul 7.20am gitu, jiran aku yang peramah super tu pun kuar gak, nengok dah siap2 nak pegi keje. Aku cuma berbalas senyum ajek... Si jiran tu tanya kat aku "tak keje ke?" aku cakap le amik cuti ganti.. Lepas mangga pagar aku terus masuk dalam rumah... then.. kul 8.30am tu skali lagi aku kuar sebab nak beli 'nasi lemak pakcik din motor'. Tetiba aku tengok keta jiran peramah tamah aku tu masih elok lagi parkir dalam rumah. Pelik gak eh.. tadi aku tengok cam nak pegi keje...

Tetiba dia pun kuar.. cam dia dengar je aku berkata2 dalam hati. Pastu tanpa ditanya dia pun cakap "tetiba sakit perut plak, cutilah ari ni"... aku dah nak start gelak, tapi aku tahan gak... sampai aku cuti pun dia nak ikut cuti gak... nanti kalau nak masuk toilet aku akan suruh anak aku bagi tau dia supaya dia leh masuk bilik air sama time ngan aku... tak sesuaiii..

Hari ini aku dalam keadaan ketermengantukan (ye perkataan baru.. tiada dalam kamus) sebabnya si kristal kul 4.30 pagi baru nak tido.. haruslah rabak bijik mata aku ni.... Pening lalatlaaaa.... rasa cam nak cilok je masuk bilik solat... tapi kang manusia kat sini sibuk plak... "sapa eh dalam bilik solat tu?"... kecohhh aaaaaa...

Dahle nak buat keje ni... sat lagi aku round korang punye blog eh....

P/s : Ad.. aku takleh le masuk ko nye blog.. pasal eh??

Tiada ulasan: