12 Mac, 2008

Jeng..jeng..jeng..

JENG JENG JENG... TORA DATANG LAGI...

Hahahahahahahhahah....

Adoolaaa dari hari Rabu hinggalah hari Isnin.. aku tak keje... ekcelli hari Isnin tu pun aku datang opis settlekan kerja.. then kul 11 aku dah balik... bukan ngulau tau.. tapi aku cuti.. tengok cuti pun datang keje.

Nak tau kenapa? Sebabnya satu isi rumah aku tak sihat... termasuklah aku.. akan tetapi aku ni gagahkan diri gak bebuat sihat... kalau dah sumer tak sihat sapa plak yang nak jadi suster.

Tapi dalam ramai2 tu yang paling parah si Kristal. Demam, batuk n selsema yang lebih menjurus kepada bronkolitis, jangkitan kuman pada saluran pernafasan. Ni sumer salah AbangSayangla... huss.. kalau jadi pape pada anak aku masa tu memang aku akan salahkan dia sampai aku mati. Dah tau anak tu under prem n tak boleh ada sesapa yang selsema n batuk pasti jangkit punye... yang ko dah tua bangka tak geti nak jaga diri makan ubat, kurangkan sentuhan n cover mulut ko tu pasal?? Very the ganaszkan bunyiknya..

Apa tak ganas.. cuba korang pk... dengan anak aku yang sakit dah tak bleh nak letak, gasak beriba berdukung je... mana aku nak ayak perut.. mana nak ayak dia.. satu malam tak tido... dah kul 6 pagi aku boleh lelap mata... korang bayang tetiap malam cenggitu... Dah tu plak si penyebab angkara bleh sedap tido sampai dengkor2 lagi...

Rabu bawak Kristal, Danial n AbangSayang (ini ada batu duduk dalam kapla) pegi klinik... memang 2 owang ni dah demam (danial selamat.. cuma batuk n selsema) kristal panasnya 39, AbgSayang 38.

Khamis siang Kristal dah okey, berjalan berlari, tapi aku pelik dia tak mau makan n minum. Khamis malam Kristal naik mendadak panas... susu, nasi dan segala macam bende aku suakan kat dia, memang dia tak nak. Aku jelum2 pala dia pun panas tak reda. Aku tak tido satu malam menunggu dia aje... abih.. dah dia pun tak tido.

Jumaat pagi tu aku gesa AbangSayang bawa Kristal ke Pusat Kesihatan 'U' (PKU). Sampai sana bacaan suhu meningkat kepada 40.4, memang Kristal dah lembik habis. Masuk wad, amek darah, masuk ubat n rawatan yang diberi hanyalah menempek cool fever di dahinya. Aku dah bagi tau doktor anak aku dah 2 hari tak makan tak minum. Korang bleh imagine dok tu kata apa ngan aku.... Kalau by hari Isnin dia tak makan tak minum lagi baru kita hantar ke hospital... Tokyah dia... aku harap sangat dok bleh masukkan drip kat Kristal. Aku pelik sangat, dok dah nampak keadaan anak aku yang memang dah cam orang semput pun dia tak bagi nebulizer. Batuk tak berenti, bunyi berkeladak..

Lepas suhu badan turun, Kristal discharge wad PKU. Kita orang balik rumah. Alhamdulillah Kristal minum gak susu w/pun sket. Aku beli kfc tak makan, nasi ayam tak makan, roti bom kegilaan dia pun tak makan, roti canai pun tak makan, mee goreng mamak pun tak makan, beli satay pun dia tak layan. S/times aku rasa cam eeiii geramnya.... sumer faberet food dia tak layan.

Hari Sabtu Kristal sekali lagi panas mendadak.. Bila dia batuk dia nangis, dia kata dada dia sakit.. sambil dia baring tu tak sampai seminit asik batuk je.. ngan aku2 skali nangis. Aku cakap ngan laki aku bawak pegi Poliklinik Puteri plak. So pegi sana aku nak rawatan emergency. Kalau tak dapat jumpa doktor aku nak mintak pakaikan nebulizer dulu. Dorang terus amek kristal, masukkan ubat, bagi pakai nebulizer dan bagi injection antibiotik.

Dok cakap bronkolitis. Dok cakap nak tahan wad ke idak... aku cakap tak mahulah kalau boleh. Dok kata lendirnya banyak sangat w/pun dah dibagi pakai nebulizer. The best way dok kata, malam datang lagi pakai neb n dok akan bagi injection lagi. Dok kata kalau dah kes cam ni, bagi makan ubat memang tak jalan. Sebab kumannya degil sangat.

Alhamdulillah hari Ahad dah beransur demam dia kurang, Isnin pun dah ok, cuma skang ni batuk dia masih ada lagi skali skala.. dok kata memang ambil masa 1 - 2 weeks baru pulih sepenuhnya.

Ya.. hari ini aku dah bekerja seperti biasa... Tunggakan kerja?? Itu sudah semestinya... Okeh.. aku nak settlekan kerja aku ni.. banyak bangat woo... sapa nak tolong?

2 ulasan:

Ad berkata...

wah..isteri mithali, ibu mithali, pekerja mithali...tu la anugerah tuk ko,kekanda lara ku

LayarLara berkata...

yeklaaa ko Ad, nak beli jiwa aku le tu...