14 Mac, 2008

Melayu kurang cerdik buat pilihan

Pilihanraya dah berlalu... tapi bahang kesannya mula dirasakan.. Artikel dibawah bukan pendapat aku, tapi aku cedok semula dari akhbar. Aku tak pasti korang ada perasan atau tidak artikel ni.. Aku bukan nak terbitkan sentimen perkauman, aku hanyalah penyokong MELAYU & ISLAM.. aku sangat takut ok dengan senario yang melanda baru-baru ini... takut dijajah semula... kusut memikirkan nasib generasi2 akan datang.
MELAYU KURANG CERDIK BUAT PILIHAN

(Petikan: Berita Harian, 13 Mac 2008, Ruangan Forum Pembaca)

Saya bersetuju dengan pandangan beberapa penulis rencana di akhbar ini berkaitan nasib masa depan orang Melayu dan Bumiputera berikutan beberapa negeri tumbang kepada parti pembangkang pilihanraya umum kali ini.

Selepas melihat keputusan pilihanraya, saya akui kematangan politik dikalangan sesetengah pengundi semasakin jelas. Tetapi, selepas menganalisis dengan lebih terperinci, timbul rasa sedih dan bimbang kerana negeri yang dulunya didominasi Melayu, terutama Perak dan Selangor kini berada dalam genggaman pembangkang.

Negeri yagn berada di bawah kuasa komponen BN, teurtama Pulau Pinang juga jatuh ke tangan DAP. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut jatuh ke tangan parti pembangkang DAP, PKR dan PAS. Mujurlah wilayah bukan negeri dan tidak ada Sultan.

Walaupun di Selangor PKR memperoleh lebih kerusi, iaitu 15 berbanding DAP 13 dan PAS lapan kerusi, DAP tetap parti dominant kerana PKR sendiri tidak dapat menubuhkan kerajaan dan terpaksa bergabung dengan parti lain.

Yang pasti, gabungan itu bukan dengan BN tetapi DAP dan Pas. Oleh itu, parti itu mempunyai kuasa dan suara besar dalam gabungan itu. Keadaan lebih buruk di Perak di mana DAP adalah parti terbesar dalam gabungan Kerajaan Perak .

Keadaan paling menyedihkan ialah di PUlau Pinang di mana jika kerajaan sebelum ini pun gagal menangani masalah orang Melayu yang miskin dan terpinggir daripada arus kepesatan pembangunan negeri Pulau Mutiara ini, apatah lagi kerajaan yang kurang mesra Melayu kini memerintah dengan majoriti besar.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru awal-awal lagi menyatakan dasar DEB akan dihapuskan yang bermaksud tiada lagi keistimewaan terhadap orang Melayu di negeri itu.

Mujurlah pucuk pimpinan negeri itu melantik dua Timbalan Keuta Menteri – seorang Mealyu dan seorang India dengan harapan dapat mewakili kaum masing-masing.

Keadaan di Kuala Lumpur juga agak mencemaskan apabila DAP menguasai lima kerusi Parlimen empat PKR, manakala satu Pas, BN pula menang di satu kerusi saja.

DAP sudah menyatakan mereka akan menyokong usaha jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur dipilih melalui pilihanraya setempat.

Saya amat faham mengapa kerajaan melantik Datuk Bandar di kalangan orang Melayu adalah untuk mengimbangi kekuatan semua kaum di Kuala Lumpur agar tidak dikuasai satu kaum saja.

Kaum Cina adalah penduduk majoriti Kuala Lumpur dan dengan jelas menyokong DAP berdasarkan pilihanraya umum 2008.

Oleh itu, kita sepatutnya sudah dapat mengangkakan mengapa DAP sangat tegas inign jawatan itu dipilih melalui pilihanraya setempat dan sudah tentu kita dapat meneka kaum mana yang akan dipilih nanti.

Pada pandangan saya, keadaan yang menyedihkan ini mungkin ada kaitan dengan sikap orang Melayu yang kurang cerdik berpolitik dan membuat pilihan.

Ia ditambah dengan kesudian orang Melayu, terutama PKR bekerjasama dengan DAP demi mencapai cita-cita masing-masing.

Harakah, lidah rasmi Pas pula banyak memberikan ruang kepada PKR dalam menyampaikan ideology mereka.

Kini saya mula tertanya-tanya, sekiranya Datuk Seri Anuar Ibrahim betul-betul ingin memperjuangkan keadilan, kenapa tidak menyertai Pas sebaliknya memilih untuk menubuhkan parti baru yang lebih memecahkan orang Melayu.

Jika alas an ingin mendapatkan sokongan pelbagai kaum, Pas kini dikatakan mempunyai kelab kaum bukan Islam mereka sendiri.

Semua keadaan ini sebenarnya hanya menguntungkan satu pihak, iaitu DAP di ketiga-tiga negeri itu.

Ternyata, pada Pilihanraya Umum 2008, DAP adalah parti dianggap paling ‘cerdik’ berpolitik dan menggunakan kesempatan yang ada dan orang Melayu terpedaya dengan ‘kecerdikan’ itu.

Jika DAP menggunakan slogan ‘Undi MCA sama seperti mengundi Umno/Melayu’ yang sangat berjaya mempengaruhi masyarakat Cina, sebenarnya yang lebih jelas ialah ‘Undi PKR sama seperti undi DAP’.

Kini parti yang didakwa tidak menerima Islam itu menguasai tiga negeri dan orang Melayu terus bersorak ‘kita berjaya menumbangkan BN’. Maka, terbuktilah pepatah Melayu yang terkenal, menang sorak kampong tergadai.

Kini nasi sudah menjadi bubur. Apa pun, orang Melayu harus berfikir secara rasional dan matang pada pilihanraya akan datang supaya pisang tidak akan berbuah dua kali. Fikirlah masa depan anak bangsa kira dan hanya BN yang sudah berpengalaman mampu memperjuangkan Melayu, kaum majority di negara ini.

MELAYU WARAS
Johor

6 ulasan:

Puteri Satu berkata...

woit..semalam ko bernyanyi-nyanyian ..ri ni ko berpolitik-politikian ye..huhuhu....

LayarLara berkata...

huhuhu... begitulah aku seadanya...muahahahah tapi aku bukan sesumpah tau...

Tanpa Nama berkata...

ad kureng stuju.BN adalah gabungan 14 parti yg mana bukan 100% melayu,dan jika dilihat calon2 kat penang pun bukan semuanya melayu.begitu jua di Perak .BA adalah gabungan 3 parti yg mana sama konsepnya seperti BN cuma kali ini pakatan BA lebih menampakkan keyakinan dan menimbulkan isu-isu yg relevan dan munasabah. ya, BN utk org melayu, tp tgklaa siapa yg membantah keras isu hak2 melayu dan hak2 islam diparlimen!dek kerana semata2 usul itu dikeluarkan oleh PAS.kini, suara pro dan kontra di parlimen menghampiri keseimbangan, dan ditambah dgn calon2 BN yg benar2 jujur dan tidak korup(atau kurang korup), mgkn hak2 tertentu buat generasi melayu dan islam lebih terjamin.apapun,mari kita lihat 4 tahun ini, sekiranya BN or BA gagal, maka, kita akan beralih arah kepada yg dirasakan lebih baik.kita bertuah kerana masih ada sultan yg mampu mengawal dan masih berkuasa.negara kita xkan semudah itu tergadai dlm masa 4 tahun.kepada penulis yg menulis 'setelah dianalisa dgn lebih terperinci' tu ad nasihatkan sila merujuk kepada ahli2 blogger yg terdiri dr politician atau penganalisa politik yang telus yg bukan pro dan bukan pembangkang.dan sila melihat isu2 parlimen tahun 2003-2007.sila analisis balik!!

wah..EMO plak rasa!!.nasib baik tahun ni ad xleh mengundi!!

(just nak bg tau ad org najib, tp kalini ad sokong BA ditempat ad).yeyehhh!!

kak lara, ad cam ko gak, melayu dan islam.tp,perangai hamba masih cam 'xxxxx'..hahahaha..

LayarLara berkata...

samalah ko ngan aku ad.. hehehhe

Diana Ishak berkata...

ala, dah nak sgt perubahan kan...hambik le. wait and see. aku malas nak bertekak-tekak psl politik ni. agak2 tak best, tunggu la 5 tahun lagi nak tukar.

Tanpa Nama berkata...

ya benar kata apple. korang dh undi, tunggu la 'perubahan'nya..huahuahua..padan muka orang melayu!!!