18 April, 2008

Tiada di jajahan takluk

Pengumuman..

Kelmarin aku dah dapat balik IBM cilakos aku tu.. menurut CICT dah ok, segala kerosakan telah direpair... maka aku dengan baik hati telah memberikan pc replacement killer tu pada budak sebelah aku ni.. sebab pc dia baru je masuk bengkel.. dan aku dengan tak sabarnya memasang balik pc aku tu...

skali bila on je... eiiik apasalah masalahnya tak berubah ni.. bila aku on pergi kat user terus dia auto log off... cam bangkai.. kata dah repair.. ni repair mende???

Maka IBM itu telah ku hantarkan sekali lagi ke CICT... dan takkan aku nak mintak balik pc aku yang aku dah bagi pada officemate aku ni.. sungguhlah buruk siku nanti...

Aku tak sekejam itu.. maka aku dalam keadaan yang penuh kemerempatan ok.. dan jangan tanya napa aku tak update blog n tak singgah rumah korang sebab buat masa ini aku takdak pc..

Sekian harap maklum.

4 ulasan:

PuteriSatu berkata...

la..hai..siannya ko..tak per..sabar...

viruspadu berkata...

alahaiiiiiiiii siannya

bila ada ajer pc, terus update ok

hiks

green apple berkata...

senang cakapla, ko nak aku belikan pc utk ko ke sayanggggggggggggggggggggggggg???

LayarLara Legendary Of Journey berkata...

puteri,
tule pasal.. aku akan merinduimuuuu..

Virus,
yolaaa nanti once dapat aku update gila2 yer.. banyak nak cerita ni.

Apple,
Hehhehe kecik tapak tangan nyiru aku tadahkan... bleh le yang...