17 Julai lepas genap 12 tahun usia pernikahan kami. 4 Ogos plak genap 12 tahun usia persandingan kami... hahahah kira masuk book gakle...
Malam tadi dalam syahdu syahdan kami sama2 mengimbau kenangan pada memori2 12 tahun yang lalu...
12 tahun berlalu umpama sekelip mata... rasanya baru semalam upacara membatalkan air sembahyang... rasanya baru semalam aku sah menjadi isteri kepada AbangSayang.. rasanya baru semalam aku kenal AbangSayang.
12 tahun macam2 benda berlaku dalam kehidupan kami berdua... suka, duka, tawa, hiba. Masa gembira, masa sedih, masa getir, masa melarat, masa berperang.
12 tahun lalu aku pernah rasa bahawa aku membawa nasib yang buruk pada AbangSayang. Manakan tidak.. elok je menikah motor AbangSayang hilang, elok je menikah kampeni AbangSayang berhentikan pekerja.. AbangSayang pun masuk kategori orang tanpa pekerjaan. Sangat sedih masa tu.. lelagi plak nak dekat raya..
Dalam tempoh 12 tu kami pernah sekali berpisah.. Tapi kerana sayang masih ada, jodoh panjang. Biarlah itu perpisahan yang terakhir bagi aku dan AbangSayang. Alangkah ruginya bila terjadi perpisahan..
Kalau nak diceritakan byk sangat bende yang nak dikongsi tapi kang bosanova plak korang.
Korang mesti pelik... usia perkahwinan dah 12 tahun, tapi anak2 masih kecik2 lagi. Ye.. kami lambat dapat cahaya mata. 6 tahun menunggu baru kami dapat cahaya mata.
Masa tu memang dah desperate nak berusaha. Orang keliling hanya pandai mengata. Masa tu kami memang dah redha andai ditakdirkan hanya hidup berdua saja. Hidup berdua memang membosankan.. Tapi kehadiran Danial teman gadoh aku tu.. membawa seribu rahmat dan seribu sinar kegembiraan. Lepas Danial dapat Kristal dan lepas tu dapat plak Zara.
Dalam setiap kali bersolat aku tak lupa untuk panjatkan doa, semoga jodoh aku di'sana' biarlah suamiku disini juga. Biarlah hebat dan tampan sebagaimana Bidadara yang dijanjikan Allah, tapi yang aku mahu hanyalah suamiku. Heheheh statement ngeri siottt... tapi yang pasti aku masuk Syurga lambat.. hehehhe coz aku selalu menyumpah orang... atee orang2 tu yang bikin aku menyumpah... aku pun bukan manusia yang perfect tak tinggal solat...
Dalam tempoh 12 tahun kami telah mencapai tahap yang boleh dikatakan selesa.. w/pun menanggung hutang piutang.. housing loan, car loan, personal loan, credit card, etc Namun aku bersyukur sangat dengan kurniaan Allah.
Isteri adalah dari tulang rusuk yang bengkok. Hehehe... so aku pun bukan le isteri yang perfect.. pepandai AbangSayanglah nak meluruskan aku cemana gayanya.. 99% AbangSayang adalah pasangan yang terbaik untukku. 1% lagi tu biasaklah busuk bacin..
Kehidupan berumah tangga diibaratkan sebuah taman. Jika taman itu indah bersih aman dan tenang, anak2 akan selesa dalam taman tersebut. Jika taman itu kotor, penuh pokok berduri anak2 tidak akan dapat membesar dengan baik. Ini kata2 dari HM Tuah. Begitulah yang kami amalkan.
Sedangkan lidah lagi tergigit.. inikan pulak lidah kami berdua muahahahah. Kicik2 punya hal tammo ambil serius... tak gitu AbangSayang??
Belum sempat nak buat celebration... insyaAllah malam ini kami buat gala celebration..heheheh..

2 ulasan:
12 tahun dah ye kak
pasti terlalu byk kenangan bersama
oh sweet nya :D
epi enibeseri....sat ja 12 taun dh noo
Catat Ulasan