Smalam aku cotiii coz nak bawak M.I.L ke HSA. Memang appointmentnya smalam. M.I.L dah separa koma so nak menghantar dia memang bermasalah sket.
Sampai spital aku pinjam stretcher. Pergerakan yang kasar akan membuat M.I.L berasa sakit apatah lagi bahagian belakangnya dah berlubang. Aku nampak air mata meleleh dari matanya yang terbukak. Lepas tu AbangSayang cari parking n aku buat prosedur biasalah kat spital, daftar, ambil nombor giliran, tunggu rekod baru leh jumpa doktor.
Dari kul 8 pagi kul 11 baru dok panggil.. dah tu dok bleh tanya plak napa aku bawak M.I.L pegi spital. Dah tentu2 HSA yang set appointment 13hb. Tanya aku bok pe plak. Setahu aku M.I.L memang nak kene tukar BDG (urine bag n tiub), tiub kat hidung (tempat nak bagi makan n minum) serta dressing. Bleh plak dok cakap kat poliklinik takde semua mende mak nenek tu.. dah tu elok plak dok cakap hospital memang dah tak care ngan patient coz patient dah discharge... what the **** dorang ni... abis appointment tu sapa buat?? aku yang pepandai tulis sendiri eh... Kemmm**.
Dah tu dok buat surat suruh aku pegi pusat kesihatan batu 10, korang bayangkan ajelah bawak orang yang paralyze tu cemana... angkut2 tu aku tak kesah.. yang aku kesian M.I.L tu menanggung kesakitan yang tak boleh dia luahkan lagik.
Sampai batu 10, misi kat situ cakap dia takleh buat, dorang tendang plak aku pegi Pusat Kesihatan Taman Tun. Hem... kat situ takde stretcher plak, terpaksalah aku letak M.I.L kat wheelchair sambil tangan aku sebelah mengampung kepalanya.
Lama gak kat situ dari kul 12 sampai le kul 1.30 hanya kerana nak tukar urine bag, tiub hidung n buat dressing. Bleh plak dorang suruh tunggu.. patutnya bagilah priority pada orang yang dah tak berdaya... orang tua cam tu... Masa dorang buat dressing memang kasar. Terjungkit2 kaki M.I.L menahan sakit. Hanya air mata je yang berjijiran.
Settle sumer n dah hantar M.I.L balik, aku n AbangSayang pegi Tabung Haji Kulai, buka akaun tabung haji Zara. Aleh-aleh aircond tak jalan... wassup wassup... settle tabung haji pegi plak bengkel.. adeh..deh..deh.. kenelah RM120...
Gitu gini aku sampai rumah 5.10 petang.. aiiyaakkk kul 6 petang nak kuar balik, malam ada perasmian pesta. Letak anak aku terus maraton kat dapur, masak sup ayam, goreng sayur, masak nasik, mandi manda sesiap. Tengah dok pakai tudung... kembar aku tepon... bagitau adik aku ngan Ling dah tersadai kat tengah jalan.. eksiden.
Adik aku naik motor langgar storm. Storm tu kuar simpang tak tengok kiri kanan, main keluar je.. adik aku pun tak sempat nak brek.. memang dah dekat.. apa lagi ciumlaaa..
Dah aku berkejar ke hospital... gila vouge aku gi spital.. ngan berpantis2 muka aku.. ngan tudung alar2 datin... ngan eksesori bagai... ateee dah nama nak bertugas perasmian pesta haruslah vouge.. Sultanah Johor yang nak rasmikan... Orang pun toleh aku semacam.. pehal lah pegi spital begini rope kekdahnya... dan skang ni adik aku ngan Ling dah dipindahkan ke Hospital Kulai untuk operation masukkan besi kat kaki.. dedua orang patah kaki kiri.. Saat aku tulis blog ni adik aku masih dalam OT. Semoga dedua selamat... amin..
3 ulasan:
bz day ngan spital yer.. adoii hati saya kecut dengar spital.. hope ur mil n adik cepat sembuh.. adik tiri saya pun patah kaki masuk besi kat peha adooiii... semoga seme selamat
oh yer saya ada adiah tuk awak nanti datang amik kat blog kita yer
looo.. ngaper jadi ghope tu..? ishhh..
pasey ospital tu, mmg pun.. demer bukan gheti buat khojer..
tu tak masuk bab demer maki hamun kiter lagik..
lagik sakit ati dengo..
patutnya semua doktor kene buat blog, nnt kalau sesapa x puas hati leh hentam kat blog dirog supaya lebih bersabar DAN LEBIH BERSIMPATI SERTA LEBIH BERPERIKEMANUSIAAN mcm kengkawan2 BLOGGER ad yg DOKTOR2 tuee..
semoga MIL and adik kak lara cepat sembuh.
*ad pi konvo tu..nak bg bunga kat 5 adik2
Catat Ulasan