10 September, 2008

Cara-Cara Nak BerGADOH

Korang pernah gadoh?? Tipulah kalau ada yang kata tak de gaduh2 suami isteri kan? Kalau tak gaduh tu memang kompem baiklah betul laki bini tu. Isteri tu sentiasa je tak kisah apa suami buat dan suami kata lantaklah apa bini nak buat.

Tapi mana pulak datangnya kata2, "Orang yang paling disayangilah orang yang paling berkuasa menyakitkan hati"?Tapikan, aku tengah dok buat2 buletin tetiba terlintas nk tulis tajuk ni, bukan sebab nak suruh orang bergaduh. Sebab tak baiklah gaduh2 ni. Cumanya, bile bergaduh tu biarlah berpada-pada. Untuk mempada-padakan pergaduhan, nanti kat bawah aku akan cadangkan beberapa cara.

Walaubagaimanapun, tidak semestinya apa yang dicadangkan sesuai digunakan setiap masa dan ketika. Ko dan aku perlu kreatif dalam menyelesaikan masalah. Sebenarnya perselisihan ni adalah untuk mencari titik temu antara suami dan isteri. Bukan titik temu kat ateh katilll.. Tapi titik temu ni hanya akan dijumpai kalau pertengkaran tu tak berpanjangan.

Bagi mencapai tujuan ini, setiap pasangan kenelah meluahkan apa yang terbuku disanubari. Ikutlah dgn surat ke, cakap direct ke, bahasa tubuh ke, sms ke, emel ke...

1. Mula-mula sekali pilihlah tempat yg betul2 seswai nk bergaduh. Let say kita ni kalau bergaduh dah tau dah mesti nak naik2 suara, naik tangan, naik kaki. Jadi jangan timbulkan perbalahan depan makanan atau kat tpt tidur. Sebabnya orang tua2 kata depan rezeki tak baik gaduh. Aku tak paham yang tu, tapi yang aku faham, kalau gaduh depan makan, rugi tak dapat makan. He he... Penat je masak, perut lapar lak tu alih2 gaduh. Dahtu kalau kat tpt tidur, dah elok2 nak tido, jgn la cari pasal time tu. Kang korang gak yang melopong pandang siling..

2. Lagi satu elakkan juga dari gaduh depan anak-anak. Kita akan menyebabkan diorang terpaksa pilih mak ke abah yang betul. Jadi diorang akan lebihkan yang betul. Makanya nanti yang tak betul tu akan tersisih. Dalam masa ni kita telah melibatkan mereka yang tak sepatutnya bergaduh utk bergaduh sama. Yang paling horror kalau diorang tak pandai simpan rahsia. Tak pasal-pasal diorang gi cerita kat jejiran, "Wahai penduduk petualang tiga sekelian, smlm mak dgn bapak aku gaduh mcm thundercats dgn ultraman. Lepas depa gaduh tu kan.. depa dok.. bla..bla..bla.. " Ha..sape yang malu??

3. Walaupun korang ni memang brutal. Satu kampung tau ko minah laser. Yang suami pulak memang dah sah-sah panas baran... Cuba jugak2 untuk elakkan dari guna perkataan kesat mcm 'bodoh', 'bangang' dan sebagainya. Sebab yang dimaksudkan dengan perkataan itulah ibu atau bapa kepada anak-anak kita. Cuba sedaya upaya utk guna perkataan yang lebih sesuai.

4. Walaupun ada tali pinggang itam ke, putih ke, kuning ke, ijau ke..time nak gaduh janganlah dikarate pasangan korang . Walaupun setengah orang tak pandai nak karate orang, dibalingnya pulak segala benda yang ada dalam rumah. Yang ni namanya bukan nak cari penyelesaian tapi namanya nak cari pasal. Pihak yang kene pukul pulak akan lebih2 lagi menderita dalam hati sanubarinya dan ini makan kesan jangka masa panjang. Selalunya isteri yang sll kene bantai kan tapi aku rasa kalau suami yang kene bantai, mesti lagi dasat trauma dia tak?? feel dia ada lebih sket..

5. Seboleh daya jangan libatkan orang lain. Takutnya pendamai yang diharapkan akan menyebabkan kekusutan yang lebih dasat lagi. Tambah pulak org yg diharapkan membantu tu tak adil (berat sebelah). Senang cita cam batu rosen kot..

6. Mengalah aje dulu sekejap. Yang ni selalu aku sebut tapi tak amal. Tak rugi mengalah sekejap sebab sebenarnya kalau betul kita tak salah, mengalah aje dulu. Sebab mungkin kita perlukan masa untuk memberikan penerangan tentang keadaan yang sebenarnya. Insya ALLAH ko akan menang besar nantinya.

7. Ada setengah pasangan suka diam time gaduh aku le tuuuuu. Diorang main perang saraf. Keadaan ni sebenarnya bahaya juga. Sebab kita perlu berterus terang dengan pasangan. Jangan anggap dia tok bomoh yang boleh faham isi hati kita. Kalau betul dia faham, mujurlah. Tapi macam mana kalau dia faham dengan cara lain. Umpamanya, kita tak setuju atas sesuatu perkara tapi kita tak cakap. Disebabkan kita diam, maka pasangan kita menganggap kita setuju pulak. Bukan ke diam tandanya setuju.. haaa hambekk kooooo

8. Benda yang dibincangkan pun jangan la meleret-leret sampai benda zaman Jepun pun ko ungkit balik. Cukup sekadar bincang apa yang perlu aje. Jangan korek balik kesalahan lama pasangan, kelemahan pasangan...Dengan partner kita ni kene la berbaik-baik sbb sll org gaduh dia tak igt bahawa yang sentiasa disisi dia adalah pasangan dia tu lah jugak.

9. Jangan cuba mengubah pasangan terlampau drastik. Dia dan anda telah dibesarkan dalam acuan yang berbeza. Alangkan ko n adik beradik pun dah lain walaupun berada dalam acuan yang sama, apatah pula kalau dalam keluarga yang berlainan. Jika ko mahu dia memahami ko, fahamilah dia dulu. Nanti secara automatiknya, dia akan memahami anda insya ALLAH.

10. Make a happy ending. Jangan lah bila dah sudah bertengkar tu buat tak tau je.. mementang dah menang.., hiasilah dengan bermaaf-maafan, berpeluk-pelukan dan sentiasa ingat mengingati bahawa tsunami yang baru berlaku antara korang berdua tadi tidak sekali-kali tidak akan memisahkan kita... cewaaahhh Biasalah berselisih faham tu cuma jangan biar syaitan terus mengemudi jiwa kita. Sama-samalah menginsafi bahawa kita dan pasangan hanyalah insan kerdil yang dicipta penuh kelemahan.

Ha... aku percaya bila dah bertekak2.. kendian bermaaf2an kekdahnya ujung bulan depan si bini disahkan +ve... muahahaah..

Dah le aku nak sambung buletin aku.. nak publish sebelum jumaat ni..

3 ulasan:

Ad berkata...

ni nak tambah petua yang nyata utk elakkan dr bergaduh..iaitu....

jangan bergaduh

LayarLara berkata...

Ad,
PANDAIIIIIIII

su berkata...

su kalo gaduh, su makan! adeh...patut ler mcm gini bdn su! hahaha(bukan bermakna su suke gaduh yer-->pembetulan tuh)hikhik