Okeh Ini entry Kenangan Bulan Ramadhan yang last skali..
Kekira 5 tahun lepas... sob..sob..sob.. kami sumer menyambut Ramadhan dengan keadaan yang muram. Sebab nenda lelaki sakit.
Masa kejadian aku dah kawin n dah ada Danial pun.
Nenda ada sebatang je gigi, tu pun gigi depan. Aku suka tengok nenda kunyah, perlahan2, sebab nenda kunyah pakai gusi. Nenda suka minum air kopi susu. Kalau berbuka mesti nak ada kopi susu. One day aku buat kopi o, dah siap bancuh gula. Bila time nak buka nenda minta kopi, aku bagi kopi o, nenda minta susu, aku bagi susu manis, korang bayang aje kopi o bergula di tambah susu manis.. berdouble double ooo manisnya... tapi nenda tak kesah.
Nenda bekas Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Kalau duduk ngan nenda tak jemu2 nenda cerita pasal Sultan Johor beri kurnia pada dia dan kawan2 seangkatannya. Nenda mesti tunjuk jam tangan yang Sultan Johor kurnia pada dia. Nenda tak jemu2 cerita. Tapi aku yang naik jemu mendengarnya. Walaupun nenda perasan muka aku dah naik sebu bila nenda start cerita. Tapi nenda tak kesah.
Nenda pemurah, w/pun pencennya tak seberapa, tapi bila ada 'bai' roti datang, cucu2 (tak termasuk aku coz aku dah beranak dah masa tu.. dah tua..) merengek2 nak roti bun, nenda belikan sorang satu. Sumer lari kesukaan dapat roti. Tinggalkan nenda sorang mengadap bai terkial2 buka dompet nak bayar duit roti. Tapi nenda tak kesah.
Pakaian rasmi nenda ialah kain pelekat ngan towel kat bahu. Nenda banyak rumah sewa. Tetiap pagi nenda jalan kat tepi2 rumah sewa, pergi rumah cucu. Tau2 nenda dah ada dalam rumah, dan tau2 juga nenda dah balik. Nenda suka kutip barang2 terpakai kat tong sampah besar. Anak menantu sound, cucu pun sound juga. Tapi nenda buat tak tau je, tetap dia longgokkan. Anak menantu ngomel2, tapi nenda tak kesah.
Kalau makan nenda tak suka pinggan yang ada corak2. Nenda suka pinggan plain. Nenda kata kalau pakai pinggan yang ada bunga2, nanti nasi jadi pahit sebab nenda makan ngan bunga2 tu skali. Aku suka bila nenda buat lawak cam tu. Kalau makan sayur, masak mesti bebetul lembut, kalau rangup2 nanti nenda cakap "ini nak bagi kambing makan ke apa?".. tapi nenda tak kesah, tak boleh kunyah nenda tolak tepi.
Tapi ramadhan 5 tahun lepas sungguh hambar sebab nenda sakit, demam2 air selama 2 minggu. Dah tak ada nenda yang mintak kopi susu, dah tak ada nenda yang mintak pinggan putih, dah tak ada nenda yang duduk depan rumah sambil pakai pelekat ngan towel kat bahu, dah tak ada nenda yang suka cerita pasal kurnia dari Sultan, dah tak ada nenda yang menyeret selipar diawal pagi.. yang ada cuma nenda yang terbaring lesu.
Hari Jumaat, Ramadhan yang ke-14, usai azan magrib, nenda pergi menghadap ilahi dengan ketentuan NYA. Nenda pergi menjejaki arwah isterinya. Siapakah yang lebih berhati walang selain daripada anak2nya. Aku cucu persen sedih dah menurun sket. Tapi masih dalam lingkungan sedih.
Tahun 2003 belasungkawa Hashim b. Yeop menyambut Syawal dalam keadaan berduka... Al-Fatihah.
Cut!
Wokeh nantikan kemunculanku dengan entry Kenangan Bulan Syawal.. sila dapatkan tiket2 anda di pasaran. Tempat adalah terhad! Hehehhehe.. apa tunggu lagi?? Bookinglah skarang, peng'booking'an juga boleh dibuat melalui internet, sebarang kredit kad kami terima. Terbahak..terbahak..terbahak..
10 ulasan:
HUHUHUUH..SEDIH LAK BACA KISAH NIE..
AL FATIHAH UTK SEMUA YG TELAH MENINGGALKAN KITA..
Kty's,
Alfatihah
yang pergi kita doakan sejahtera menghadap ilahi,
yang ada ni hah, wat la amal skit..x oayahla jual2 tiket tuk cerita syawal..materialistiks ungguh kanda ku ini..
tp apapehal, dinda dah booking 15 juta seat..occay !!
Al-Fatihah...
cettt..tetngah layan feel sedih, tetiba ada cut,abih mood sentap hahaha
nenek aku pun suka nau minum air manis, lagi manis lagi ok.
aku rasa kencing dia dah surrender nak jadik manis.
salam
al fatihah
Ad,
Leee kan kanda dah kata tempat terhad... ko nak 15 juta mana dapat dekkk..
Mama nofal,
Hehehehhe...biasalah dalam duka ada suka.. ekekkekek
Apple,
itu kalau dia kencing gerenti bukan semut je hurung.. lebah pun berebut2 ko..
crazybeautiful,
salam... salam kenal... mekasih singgah rumah yek..
Catat Ulasan