19 Januari, 2009

Laporan Oftalmology

Pada yang pernah baca entry2 sebelum ni... aku just sambung ngan result dari Oftalmology je yek..

Ok last year power mata kanan kristal adalah 2.00 manakala mata kiri ialah 0.00

But... yang pegi cek up last week, mata kanan dah jadi 4.00 manakala mata kiri dari normal dah jadi 1.00

Sian aku tengok kristal, masa appointment dia bersungguh2 berusaha untuk menyebut objek2 yang ditunjukkan. Kali ini dia dah tak diam, dia bagi feed back.. bagus kakak!

Tapi sian kristal, dahle cermin kat spital tu berat kemain sampai tertunduk2 dia nak menanggungnya, doktor tu plak nak marah2 aje. Takde nampak langsung dia cuba nak tackle budak. Bodo betul doktor ni.

Doktor ni pun takde terangkan aku apa yang aku perlu buat ngan lazy eyes si kristal. Heiii kalau aku berduit takdenye aku menunggu sampai 4 tahun kat HSA.

Aku buat homework sendiri pasal lazy eyes, baca kat tenet..

Skang ni bahagian otak yang mengawal mata kanan kristal tidak aktif. Tu pasal kadar penglihatan teruk.

Ada cara untuk mengaktifkan otak yang mengawal mata kanan kristal. Kristal harus menjalani terapi mata. Kalau tak jalani terapi mata gunalah cermin mata mahal cemana pun mata dia still cam tu gak.

Mata kiri kristal kene tutup supaya dia melihat menggunakan mata kanan. Untuk permulaan memang kristal tak dapat melihat dengan terang sebab otak untuk mata kanan tak bekerja. Tapi lama kelamaan ianya akan berfungsi. Selama ni dia membebankan mata kiri untuk melihat. Sumer ni doktor tak terangkan. Aku carik sendiri info kat internet... Doktor ni apa punye loklak...

Aku start main 'lanun-lanun' ngan kristal. Kat rumah lebih 10 minit kristal dah bosan. Ngan aku aku skali kene jadi lanun.

So, untuk membantu kakak kristal, Kedai Cermin Mata WORLD (kedai kawan abangsayang tu..) akan membantu untuk membuat terapi mata buat kristal. So, dalam satu minggu 2 kali, dan setiap sesi bermula ngan 30 minit. Lama kelamaan akan jadi 1 jam.

Begitu juga ngan kat tadika. Aku dah mintak kerjasama cikgu sekolah untuk tutup mata kiri dia about 15 minit masa belajar dan akan bertambah jadi 20 minit... 25 minit... 30.. minit dari hari ke hari sehinggalah mata kanan dia betul2 berfungsi.

Aku nak tengok result dia dalam tempoh 6 bulan lagi. Olzz doakan supaya mata kanan anak aku tu dapat berfungsi dengan baik ye...

Okeh... korang ingat lagi pasal MANZIL yang aku bagi tau tu??

Wokeh Alhamdulillah Kristal dah ceria skang ni.

Tapi olzzz aku nak bagi tau... semalam (AHAD) dalam kul 11 pagi kita orang pi Pontian rumah Bik Mok, n balik dalam kul 4 terus pegi amek UDA kat Sri Stulang, then sampai rumah dalam kul 5.30 gitu...

Sampai aje rumah Kristal terus main basikal kat luar, dalam kul 6.30 tu balik n aku mandikan n bila kuar dari toilet je terus Kristal tunjuk kat satu arah, area hall.

"Mak, kat situ ada hantu"..

"HAA?? KAT MANA?"

"Kat kerusi tu"

"KERUSI MANA? DALAM KE LUAR?"

"Kat dalam"

" KAKAK TAK TAKUT KE?"

"Tak, kakak tak takut"

"MACAMANA RUPA HANTU TU"

"Muka dia kecik2"

"MANA? TUNJUK MAK HANTU TU, BIAR MAK HALAU DIA"

"Sini mak, sini.."

Sambil aku berbalas cakap ngan Kristal aku pakaikan dia baju... habis je pakai baju aku suruh kristal tunjuk aku, mana hantu tu...

Kristal bawak aku keluar rumah dan pergi kat keta seat sebelah pemandu.

"Ni mak, ni hantu dalam ni.. tu dia.." sambil tunjuk2 kat dalam kereta..

"MANA? MAK TAK NAMPAK PUN?"

Kristal blah dari kereta n amek basikal dia... terus cakap "Hantu tu dah balik, dia balik kat kubur"...

KAWAN2!!!! Perlukah aku percaya ngan kata2 anak aku yang berumur 4 tahun tu???

14 ulasan:

Elyn Sani berkata...

kak nape la teruk sgt cara DR tu??? cuba bg name Dr tu pastu buat komplen... igt keje gomen buleh buat ske ati x layan mesra patient die!!!

owh bab hantu tu...... kalo budak kecik org ckp.... dierang x reti menipu.... so kalo i ... mmg i percaya la.... hihihi

LayarLara berkata...

Elyn,
Dr. tu memang dari first time appt. memang dah menunjukkan attitude cenggitu, tak bleh nak calmkan patient... benci..

So nak kene percaya cakap kristal lah yek... seram plak..

Ad berkata...

1-kagum dgn kanda..
teringat plak cerita yang mak pak budak tu research sendiri penawar ubat anak dia sampai akhirnya tercipta ubat [minyak] yg akhirnya membantu seluruh dunia ygang alami masalah ni(lupa dah nama kisah benar ni).
2- moga kristal sembuh..tp mmg anugerah kalau leh nampak hantu sebenarnya..bias yg boleh nampak ni xkan takut mende2 alah ni

PerantauSepi1306 berkata...

ehhhh teruknya doktor tu... tak leh mintak kat tempat gomen lain ke? melampau no... anyway.. hopefully ur tecknik berkesan ye...

btw, wife my colleague tu kije.. dia nak amik unpaid levae, tp sib baik bos dia baik kasik half paid leave 2 bulan.

hmm budak2 nampak hantu... selalunya kisah benar.... tapi beraninya kristal, tak takut pun.

LayarLara berkata...

Ad,
Wahhh dari mana plak dinda bersiaran tu??? 22hb ni kanda poskan yek..

LayarLara berkata...

Perantau,
Etika dok cam gitu membuatkan orang pandan serong pada hospital gomen....

Sian yek kawan perantau tu.. semoga dia tabahla hendaknya..

Shumierain berkata...

Salam,
Dah lama teringin nak singgah cni..sampai jugak hajat dihati..

Seramnya bl baca tang hantu 2..scary movie u

LayarLara berkata...

Salam Shumierin,
Aiyakkkk sampai jugak akhirnya..

U nak scary movie part berapa?? hehehe anyway thanks kerana drop by..

attyfir berkata...

semoga mata kristal..akan elok nanti ye..

LayarLara berkata...

Attys
Amin... Mekasihlah atas doa ktys tu..

su berkata...

su rase mata kristal sakit pun mungkin bukan sbb sakit tp mungkin dia nak dapat satu2 kebolehan yg istimewa...

nak tengok2 x betul atau tidak kristal nampak 'bende2' tuh?

huby su leh tgk2kan...xsalah just tengok2 saje keadaan kristal...

kalau xnk pon xper...kesian lak tgk kristal....

(kalau nak emailkan nama penuh kristal binti (nama layarlara) & tarikh lahir kristal kat email su ek)

insyaallah jgn risau...gune ayat2 Al Quran dan bukan syirik...

(sweettime78@yahoo.com)

kalau xnk tgk2 pon xpe... :)

LayarLara berkata...

Su, tima kasih bebanyak su... i'm reallyyyyyyyy appreciate... nanti i email maklumat tu pada sue ye..

Ceera berkata...

menakutkan ok kristal tu..

entah nak caya tidak eh...

su berkata...

leh x bg no fon kat email su....sbb ade hal cket nak ckp pasal kristal la...

boleh?

email kat sini ek >> sweettime_su@yahoo.com