14 Januari, 2009

MANZIL

Hari Jumaat last week Ustaz Ismail yang memimpin aktiviti kerohanian telah mengijazahkan kita orang dengan MANZIL. Seee orang lain bertahun2 belajo baru dapat ijazah. Kita orang 1 jam dah dapat ijazah.. tehehehehe.

Manzil atau Manzilun bermakna rumah/pelindung.

Bacaan manzil ni sama ngan bacaan lain seperti maksurat.. kerana ayat2nya itu juga tapi ada ditambah surah2 lain.

Amalan membaca 'Manzil' boleh memberi perlindungan dari gangguan syaitan dan sihir. Bukti2nya bolehlah dirujuk pada kitab-kitab seperti Al-Qaulul Jamil dan Behisti Zewar.

Dalam Al-Qaulul Jamil menyatakan tiga puluh ayat tersebut akan menyelamatkan seseorang dari mara bahaya sihir. Disamping itu, seseorang pembaca akan dapat perlindungan dari bahaya syaitan, pencuri, binatang buas dan lain-lain.

Dalam Kitab Behisthi Zewar pula berkata jika dikhuatiri seseorang telah terkena sihir atau dirasuk syaitan, tulis ayat-ayat tersebut dan gantungkannya pada leher pesakit. Jikalau terdapat gangguan syaitan atau sihir didalam rumah, percikkan air tersebut kepada keempat-empat penjuru rumah.

Kafiat menggunakan manzil untuk tujuan perubatan ialah dengan cara membaca ayat-ayat tersebut atau pun orang lain membacakannya dan menghembus ke atas segelas air/sebaldi air kemudian air itu diminum atau dimandikan kepada pesakit.

Jadiknya aku rasa aku nak cuba ubatkan sendiri Kristal menggunakan Manzil, kalau aku tak berjaya baru aku nak cari ustaz.

Tapi alhamdulillah malam tadi adalah hari kedua aku gunakan Manzil untuk mengubat Kristal, nampaknya telah ada perubahan pada Kristal. Mula2 aku ragu2 juga sama ada berjaya atau tidak, almaklumlah baru saja diijazahkan.

Cuma lagi InsyaAllah petang nanti aku akan mandikan Kristal ngan air yang telah di Manzilkan dan lepas solat magrib nanti aku akan percikkan air keempat-keempat penjuru rumah untuk menghalau hantu syaitan. Yeklah manalah tau mendealah yang mengacau UDA tu masih lagi ada dalam rumah aku kan. So far si Zara pun takde melalak cam hari tu.

Hari ini aku pergi kerja ngan hati yang tenang. Sapa2 yang nak beli MANZIL ada kat kedai yang jual buku2 agama. Korang cakap aje MANZIL mesti tokeh kedai tu tau, harganya cuma RM1.50

Kalau korang malas nak pi kedai cari MANZIL korang pegi aje kat sini dan printkan saje. Bagus juga untuk dijadikan zikir harian selepas solat.

7 ulasan:

MamaSofif berkata...

alahmdulillah..berkesan la tu ayat manzil yg dibaca sendiri...

atty's berkata...

bagus kalo berkesan..kena praktik kan selalu .semoga kristal bertambah elok

LayarLara Legendary Of Journey berkata...

Alhamdulillah... I kene pegi gak le bengkel tu mamasofif... i tak suka tau!!! bawak lah bebudak tu gak kot...

LayarLara Legendary Of Journey berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
LayarLara Legendary Of Journey berkata...

Attys,
Alhamdulillah berkat doa dan keprihatinan rakan2...

kHairie berkata...

memang xbace entry pasal 'dot dot' yu. gwe takot. da la first entry pasal tu bace tengah malam. xpayah ar ltak pasal berite2 tu lagi.

PerantauSepi1306 berkata...

ngerinya dengar.... hopefully semua dah okes for you..