13 Januari, 2009

apa tu???? Part II

Korang ingat lagi tak cerita pasal kisah seramm sebelum ni?

Gini…

Hari Sabtu lepas aku pi rumah Betaraguru. Biasalah bila sampai aje kat Skudai, aku serah aje si Zara pada sesapa coz dia ni ramai peminat. Belum turun keta lagi orang dah berebut2 nak sambar dia. So aku dengan senang hati terus menuju ke dapur. Haa tu ingat aku nak selongkar periuk lah tu… tidak sama sekali.

Hari sabtu lepas besday Daddy Betaraguru, so kami adek bradik gotong royong nak buat besday party untuk Daddy Betaraguru.. tapi bukan pasal besday party yang aku nak cerita… aku nak cerita mende lain…

Aku tengah buat rencah untuk kangkong belacan. Tetiba Yani (kembo aku) tanya..

Yani : Dek (aku dah tua pun dia panggil aku adik) betul ke kejadian UDA haritu?

Aku : Haah.

Yani : Dia cita ngan ko ke?

Aku : Masa kene dia cakap ngan Rahman, dah pagi tu dia cita ngan aku plak.

Yani : Mak tau ke?

Aku : Tak, aku tak cerita ngan mak pun.

Yani : Aku dah cerita ngan mak.

Wahhh very the pantas ye ko… suddenly..

Mummy Betaraguru : Mana ko tau ‘bende’ tu dari Bakar Batu?

Aku : Entah ye… tapi masa tu memang rasa semacam. So far pergi memana merendek memalam tak pernah plak jadi cam ni.

Mummy Betaraguru : Apa yang Kristal cakap tu memang betul. Kat situ memang ada kejadian berdarah. Ada orang kene bunuh kat situ.

WHAT??????? Kalau kangkong belacan aku tak sedap time tu mesti aku salahkan mak aku… punyelah terkejut aku…

Adooolaaah hai… seram siot… korang pernah tengok cita THE EYES version korea punye?? Yang pompuan tu leh nampak orang yang dah mati.

Isk… aku tak mau le Kristal terbuka hijab bleh nampak mende yang bukan2. Dia tu dah le kurus kering, tambah plak beban cam ni lagi leee kurus kering.

Mengikut cerita ceritu Betaraguru, kat Kg. Bakar Batu tu dulu2 kala zaman aku belum diberanakkan memang ada sepasang bomoh suami isteri. Dorang berdua ni memang menuntut ilmu yang bebukan (aku rasa puaka nyiang rapek ni sinonim ngan cita seram kat Kg. Bakar Batu). Pasangan bomoh ni ada satu je anak. Bini dia kalau pregnant je mesti gugur. Kata Mummy Betaraguru laki dia memang makan janin. Masa laki dia nak mati lidahnya terjelir sampai pusat, dah tu siap merangkak2 kat dinding. Bini dia plak lepas 4 tahun laki dia mati baru dia mati. Tu pun masa nak mati susah. Jasad aje terbaring, mata ke kiri ke kanan, tapi dah tak bleh bangun. Makan berbesen2. Tapi tak berak atau kencing. Ada ustaz selimutkan bini bomohtu dah siram ngan air yasin, buka aje dah tinggal tulang. Siapakah yang makan sebenonya??

Kg. Bakar Batu ni, especially area rumah atok aku ngan rumah bomoh ni memang tinggi, coz dulu kalau air pasang memang naik sampai atas. Rumah atok aku ngan rumah bomoh ni sebelah2 aje bidang tanahnya. Dekatnya ibarat ko berjalan 10 langkah mintak bawang kalau kehabisan stok.

Masa kekecik memang aku ada perasan satu rumah kayu tinggi kaler coklat. Masa tu aku umur dalam 5-6 tahun. Rumah tu tak berpenghuni. Kat rumah tu jugaklah kejadian ngeri yang berdarah tu berlaku. Kejadian yang ‘dilihat semula’ oleh Kristal.

Kg. Bakar Batu ni dulu asalnya kawasan yang hampir ngan laut. Kalau naik motor 5 minit ada satu kawasan namanya GUNTUM. Kat situ orang baiki kapal. Skang ni dah takde tempat tu lagi. Kampung ni dulu ramai orang yang jadi pawing. Pawang buaya pun ada. Termasuklah atuk pempuan aku. Atuk aku dulu memang pandaaiii ngubat orang. Cakap aje sakit apa… kalau dia tawarkan air memang menjadi. Tapi tu le bila ilmu yang menyeru2 ni akhirnya akan memakan diri sendiri. Sebelum arwah tok pompuan aku nak al mukarramah, dia memang nak menurunkan ilmu2 dia pada waris. Tapi tak sapa pun yang sudi nak ambil. Anak2 dia panggil ustaz aje tolong buangkan hantu setan kat badan dia.

Berbalik pada si Kristal tadi. Dah seminggu lebih si Kristal asik demam2. Muka pun cam sedih aje. Isk.. apa aku nak buat ye. Pegi klinik dah bagi ubat pun cam tu gak. Naik demamnya bila malam. Isk.. apa perlu aku buat?? Aku plak ada bengkel kat Melaka pada 24 - 27 ni. Tak sampai hati aku nak tinggalkan dia yang muka cam cicak telan kapur.


Korang rasa anak aku 'sakit' ke?? Kulit pun dah jadi tan coz rajin tunggu AbangDanel naik bas t.hari.

11 ulasan:

Ad berkata...

budak2 mmg selalu nampak..

mandikan kristal tu dgn air yassin (atau yg sepatutnya)..bg buaang semangat2 lain tu..iskh..kene usaha jugak

x elok murung lama2..kan kris?kan?

atty's berkata...

bawa g jumpa uztaz.mintak air penawar.ke ?

LayarLara Legendary Of Journey berkata...

Ad,
Kanda memang rasa nak berusaha ke arah itu, tapi BR cam tak percaya mende2 tahyul ni...

LayarLara Legendary Of Journey berkata...

Attys,
Tu le... kita ingat nak carik ustaz yang pandai2 kat sini... tak sanggup tengok dia lama2 cam tu.

Ceera berkata...

takkan la kannnnnnnnn...

hari tu kita demam gak tiap malam.. mak panggil orang indon baca2 skit.. huhu~ buat ajer, takut ada benda lain. Klinik gi jugak..

LayarLara Legendary Of Journey berkata...

Ceera,
Haa tu la.. ni dah puas ke klinik, nak cuba cara lainlah plak..

Ad berkata...

BR bukan x percaya, cuma x terdedah jer..gamaknya laa..xkan la x percaya antu setan makhlus halus semua

at least kalau bukan, Alhamdulillah, kalau yer,moga2 sembuh..sekurangnyaberusaha..kan..

qiqinz berkata...

hi dear, nak tgk more replica designer handbags (LV, gucci, hermes etc.) do visit http://qiqinz.webs.com

LayarLara Legendary Of Journey berkata...

Ad,
BR tunggu dikejar hantu baru dia nak pecaya...

LayarLara Legendary Of Journey berkata...

Qiqinz,
Mekasih ye invitation

Elyn berkata...

la kesian nyer kristal.... makin kurus plak tgk die.... elin pun x tau nk bg idea apa kat akak.....