14 Februari, 2009

Di Sebalik Valentine's Day

Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih

Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.

Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, megnadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadakan kehormatan sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing, sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.

Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-rikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.

“Hari Kekasih” yang dibawa oleh orang barang tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut “Hari Kekasih” berlaku di kalangan ermaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbang kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.

Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hak ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.

KEPUTUSAN FATWA

Sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan hokum umat Islam menyambut Hari Kekasih (Valentine’s Day) telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jabwatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 Disember 2005 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut:

“AMALAN MERAYAKAN HARI KEKASIH (VALENTINE’S DAY) TIDAK PERNAH DIANJURKAN OLEH ISLAM. ROH PERAYAAN TERSEBUT MEMPUNYAI UNSUR-UNSUR KRISTIAN DAN AMALANNYA BERCAMPUR DENGAN PERBUATAN MAKSIAT ADALAH BERCANGGAH DENGAN AQIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK ISLAMIAH SERTA DILARANG OLEH ISLAM.

OLEH ITU UMAT ISLAM ADALAH DILARANG DARIPADA MELIBATKAN DIRI DI DALAM MERAIKAN HARI TERSEBUT”.


ANTARA HUJAH KEPUTUSAN TERSEBUT ADALAH SEPERTI BERIKUT:

Sejarah Valentine’s Day tidak ada dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur kristian yang bercanggah dengan Islam.

Didalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitiberatan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Vanlentines Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.

Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.

Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Valentine asal nama sebenear St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka, barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.

Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.

Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari “percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari sebagai bersatunya Ukhuwah Mukminin sesame Mukminin dan Mukminat sesame Mukminat dengan meperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan Rasulnya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman – berzaman.

www.johordt.gov.my/mufti

3 ulasan:

eya berkata...

info yg sgt bgs..elok la menjd peringatan pd psgan kekaseh yg sebok meraikannye.

LayarLara berkata...

ya betull...

PerantauSepi1306 berkata...

yep.. saya dulu tak pernah celebrate.. masuk U igt normal menda ni.. so celeb jap, alhamdulillah dpt tahu mmg tak boley so insapppp... sedey tgk anak2 melayu kita yg dimomokkan ngan menda2 tak elok camni.. harap2 depa semer pun insappp jugak...