06 Februari, 2009

Yiehaaa Jemaat Sudah...

Ayyo... ayooo ayoo.. ayoo kazamboo..

Ayyo... ayooo ayoo.. ayoo kazamboo..


Mariiiiiiii kazambooooooooooo (Bila nyanyi lagu ni mesti diikuti ngan tarian panggilan pulau ye... kalau tak tau ko buatlah tarian hantam sajalah..)

Opss.. ari ni jemaat laaaaa...

Astagfirullahhh... barulah aku kembali ke alam nyata. Seharusnya di hari yang mulia ini bla..bla..blaa... cewahhh ustazah la polaakkk..

Napa aku suka hari Jumaat??

Sebabbbbbb.................



Besok TAK KEJE, besok Danial TAK SEKOLAH.. besok AbangSayang TAK KEJE..

Bang lambat sangatlah abang nak jadi orang kaya.. aku dah malas nak bekerja ni... bang, jangan ko dah jadi kaya ko tambah bini plak bang..

Ohh hatiku riang.. ku bawa berdendang.. irama lagu yang bla..bla..bla..

Ini bererti malam ini aku rehat... aku akan baring2an depan tv.. ohhh sungguh ennaakkk.
Tak nak pikir pasal nak bangun kul 5, tak nak pk nak masak apa, tak nak pk nak masak bfast apa, tak nak pk nak gosok baju, tak nak pk nak sidai baju, tak nak pk nak masak bubur apa untuk zahra... ehh.. cam sikit je plak keje aku... ahhh tak kira..

Tak nak lipat baju.. (er.. aku lipat baju ke??? bukan ke aku penontong AbangSayang lipat baju) tak nak ajar kakak abc, tak nak ajar danial ngaji, tak nak ajar danial ilmu hisab.. (ilmu hisab??? hahahahha tahun bila guna perkataan ni?) tak nak basuh baju... ye hari hari aku basuh baju.. w/pun mesin aku 13kg, nak basuh seminggu skali pun tak de halnye, tapi aku jenis basuh baju hari2.. hari hari basuh baju.. basuh baju hari hari.. TAK NAK.. TAK NAK.. TAK NAK.. TAK NAK.. sumer kerja tak nak buat.. nak baaaaaaaaaaaariiiiiiiiiiiing depan tv.. lepak2... ko tengok sesiang buta aku dah tanam roh nak jadi isteri pemalas.. ohhh indahnya.... Abang restuilah perangai isterimu yang hanya datang sekali seminggu.. Nanti i bagi upah yek.. Tu cekelat kan banyak lagi.. Tapi besok ada kelas jahitan laaaa.. early in the morning plak tu.. hehehheheh

Malam ini aku nak regang2kan urat dawai...

Wah.. tu nak hina aku pemalas lah tu... ko nampak lengan aku ni??? Sazali Samat pun serender tau.. Malam ni lah baru aku berpeluang nak tengok tv... kalau tak main lalu depan tv je...

Bukannya aku bz beno hari2 biasa, tapi biasalah kalau esoknya aku bekerja, kat rumah tu sumer dah berjadual... sekian time buat ini, sekian time buat itu.. ok.. times up danial.. pi brush teeth.. n tido... hari ini pun anak2 bebas nak tido kul berapa.. ko tak nak tido pun tak ngapa..

Pada yang masih bujang2an tu ko blehlah relax, tak yah nak pikio mende2 ni... adakah aku merindui zaman bujang ku?? Nehiii kabi nehi... dulu masa aku belum qadzial hajat aku selalu sunyi.. Skang ni takde maknenya kesunyian bagi aku... malah suara aku sendiri dah cam halilintar membelah langit.

Er....

Malam Rabu aku mimpikan arwah bonda Kamisah. Tapi aku selalu tak dapat mimpi yang elok2 tentang dia. Slalunya mimpi arwah bonda dalam keadaan daif. Kesian.

Selepas meninggalnya seseorang itu maka terputuslah segala amalannya. Yang tinggal hanyalah amalan n doa anak2 (er.. betul ke qoute ni.. kalau aku termiss something sorry ye... aku jahil). Aku mimpi arwah bonda sedang dikafankan. Tapi keadaanya daif, kurus kering n kejung. Aku rasa maybe arwah belum begitu senang 'disana' kerana anak beranaknya sedang bertikam lidah/bermasam muka mengenai pusaka yang ditinggalkan. Bonda kenapa terlalu awal bonda pergi..

Malam Khamis aku mimpikan pula arwah kawanku Kak Zaiton Abdul Aziz yang telah kembali ke rahmatullah pada 19 Februari 2007. Seingat aku dalam tempoh 2 tahun pemergian arwah sudah 4 kali aku mimpikan dia. Berbeza ngan mimpi arwah bonda Kamisah, 'perjumpaan' dengan arwah Kak Eton penampilannya berseri2.

Aku ingat malam ni dari aku melepak2 depan tv aku nak buat tahlil untuk orang2 yang telah pergi terlebih dahulu dariku... see aku bukan seperti yang korang sangka ok..

Tiba2 aku rasa syahdu... aisehhh kuar plak lagu si Agnes Monica, Matahari.

Aku kesyahduan....

Al-Fatihah untuk arwah:-

1. Asiah bt. Jamian
2. Hashim b. Yeop
3. Musinah @ Kamisah Abdul Hamid
4. R. Azmi b. Abbas
5. Zaiton bt. Abdul Aziz

*P/S I Love U : Aku cuti till senin tauuu... jangan rindu aku lelebih tauuu.. .

11 ulasan:

atty's berkata...

al fatihah utk yg telah tiada..
al fatihah..amin

Ad berkata...

dalam kita bermalas malasan tu, jgn dilupa pada yang tiada..kann..

al-fatihah..

skg baru tau mana dtgnya misteri krytal..bondanya pun dpt anugerah yg susah org lain dpt..

LayarLara berkata...

Attys,
Tq,

(u.. tu bos u tengah ngendap tu.. bagilah flying kiss )

LayarLara berkata...

Ad,
Kanda ko ni malas yang berwawasan tau...kelas haaaa hehehe..

Siap dah dokumen ko? semoga memberi presentation yang sukses..

cik_ienn berkata...

selamat berhujung minggu. saya dah cuti hari nih. biasalah bersiap awal nak celebrate thaipusam. hiks. hari isnin dah keje...tsktsktsk.

kHairie berkata...

pemalas!! hahahaha XD
*larikk lintang pukang takot kena kejar dengan selipar*
.
.
hahahahahahhaha lagi.. XD

LayarLara berkata...

Amboiii Cik Ein... dah cop tangga ke berapa?? hehehhehe pastikan kelapa tak ditinggal kat rumah yek..

LayarLara berkata...

Kerrie,
Amboii da baling batu semunyik tangan yek...

Grr... mana mau pigi... hawwas kamu!!

eya berkata...

wah..sokanya akk sok coti.

huhu,Al fatihah pd yg telah pegi.

LayarLara berkata...

eyaaa,
sokalahhhh..... senin pun cuti

MamaSofif berkata...

xleh la nak berangan2 nak dok depan tv sepanjang mase..kecuali abg sayang bagi sorang bibik...(tp pastikan bibik tu bkn ala2 agnes monica hehehehe)