05 Februari, 2009

Kristal hilang..

Lokasi : Pejabat

Waktu : 2.00 petang.


Aku call rumah dari office (guna hp ye bukan telepon pejabat, harap maklum)

“Assalamualaikum, Uda”

“Wsalam”

“Budak2 cemana Da? Kristal n Zahra buat apa?

“Zahra tengah nak tido, Kristal kat depan tengok tv”

“Uda dah makan?”

“Dah, budak2 pun dah”

“Ok, terima kasih.”

Lega dengar laporan Uda aku sambung buat kerja. Hakikatnya selepas panggilan itu lain plak yang jadi..



Waktu : 2.00 petang

Lokasi : Eco Living


Uda bawa Zahra masuk bilik. Switch on tv, sumbat mulut Zahra ngan botol susu, tepuk2 sket Zahra tido. Zahra tido Uda pun tido.

Tak lama lelap Uda bangun nak tengok Kristal kat depan. Eh.. tak ada?? Tengok dalam bilik dia non ada, dapur non ada, tandas kat dapur non ada, masterbedroom non ada, tandas lam bilik pun non ada, dalam wardrobe pun non ada.

Mana Kristal? Hilang??

Ada jejak yang Kristal tinggalkan. Kat tempat gantung kunci ada kerusi. Bererti kerusi telah diambil n panjat untuk ambil kunci.

Pintu grill terbuka sedangkan sebelum Uda tidokan Zahra pintu grill memang berkunci. Pagar terlangap. Kunci rumah bergantungan pada mangga pagar. Basikal Kristal ada kat rumah. Jejak Kristal hilang disitu. Kristal hilang entah kemana.

Uda jerit cari Kristal. Hilang suara nyaring Ziana Zain, yang keluar suara rock John Bon Jovi. Uda teriak nama Kristal di depan rumah semua orang di 12/6. Tak ada tanda2 Kristal berada di dalam salah satu rumah tersebut.

Uda panic. Uda lari seberang jalan pergi ke 11/6. Cari Kristal sampai ke surau. Surau kosong. Uda keluar masuk surau, Kristal tetap tak dijumpai. Dalam tandas surau pun takde gak.

Uda pergi lorong belakang rumah. Takde satu hidupan pun disitu. Kemana Kristal pergi.

Kaki Uda dah menggigil. Kat mana nak cari lagi? Uda patah balik kat rumah, risaukan Zahra yang tinggal sorang plak.

Uda jerit lagi panggil Kristal depan rumah. Skali pandang macam orang hilang laki. Dua kali pandang macam orang hilang bini…

Sekonyong2 Kristal keluar dari rumah sebelah. Ropenye Kristal menghilangkan diri di rumah sebelah.

Uda marah, suruh Kristal balik. Uda sakit hati ngan jiran sebelah rumah. Takkanlah dia tak dengan suara Uda yang dah cam suara gajah bertempik jerit2 cari Kristal. Susah sangat ke nak keluar bagi tau Kristal ada kat rumah dia? Dasar pompuan kepala dongga.

Uda sampaikan laporan ni pada aku bila aku sampai rumah. Sapa yang aku nak salahkan? Do I pay u untuk tido?? Ceahhhh Ohh sangat kejam kalau aku cakap begitu pada Uda. Kang terus nangis peluk2 bantal.

Aku just ingatkan Uda supaya lebih alert dan mengingatkan juga t/jawab dia adalah untuk memastikan anak2 berada dalam keadaan yang bebas bahaya n selamat. Bukan bebas budak2 dan enak untuk tido.. ohhh tidak juga ku luahkan ayat ni.. harus dia bungkus kain baju duduk bersimpuh mengenang nasib.

Pagi ni aku remind Uda skali lagi, supaya simpan kunci rumah di tempat lain. Biar Kristal nangis tak dapat keluar dari aku yang nangis.

Kebelakangan ini aku tengok Kristal cam dah ok. Betul2 ke main2 si Kristal ni...

15 ulasan:

eya berkata...

nm anak akk kristal..wah,unik tuh

Ad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Elyn berkata...

nasib baik kat sebelah umah..... kristal kristal.......

LayarLara Legendary Of Journey berkata...

eya,
nama manja je eya, nama betul lain.. hehehe

LayarLara Legendary Of Journey berkata...

Elyn,
Haah setelah berpenat lelah si uda tu mencarik, rope kat sebelah rumah saja...

LayarLara Legendary Of Journey berkata...

ulasan dipadam??
Bila plak aku buang??? cam nak kene hack je ni...

atty's berkata...

nasib jumpa ye..
lepas ni mmg kena pesan kat uda..lepas kunci..pagar..kunci tu sorok..

fir pun camtu lar..kalo tak suruk kunci..tah mana ler dia kuar..

LayarLara berkata...

Atys,
Wah, Fir, Danial n Kristal sekepala ni... bleh geng..

cik_ienn berkata...

kesian uda. haruslah termengah2 cari si kristal. pepun, nnt kena sorok kunci tu. tak pun letak tinggi sikit. :)

LayarLara berkata...

Cik Ien,
Hehehe bayangkan aje seorang jejaka yang dengan aksi lembutnya mencari sesuatu yang hilang... auww.. hawasss kamu!

Ad berkata...

sian uda..kene marah..

undi masuk (spacebar) uda

ayyo kanda..sampai ulasan dipadam pun kanda balas jugak..ekekekke

IdzaRis berkata...

uda...
uda...
jage betui2..jangan betui lena!!!

LayarLara berkata...

Ad,
Kanda bloger tegar apa.. muahahahah

Sian, kang kecik hati plak sapa yang padam ulasan tu...

tapi sapakah dia???

LayarLara berkata...

Idza Rais,
Ko begitu memahami ku..

Thanks for singgah! Nantikan kunjungan balas ku... cewah!

MamaSofif berkata...

heehhe..cian uda terpekik2 rupanya kristal kat sebelah rumah jek..agaknye jiran tu ingat bangla jual karpet..tu yg dia wat kepala dongga jekkkk...