06 Mac, 2009

Peristiwa yang sangat memalukan



Semalam dikala aku mengenang nasib diri dan sepatuku, tetiba aku teringat kenangan di masa lampau... yang juga sangat2 memalukan diriku.. kejadian berlaku pada hari Jumaat juga.... adekah??


Tahun 1998


Time tu hari Jumaat. Masa tu aku takde kenderaan lagi, hanya menumpang orang kalau balik keje. Dah kawin tapi masih enjoy lagik anak nan adooo.


Jadinya time rehat aku pun balik rumah tumpang kawan. Member aku cakap nanti dalam 2.30 petang dia amek aku semula kat rumah. Aku pun ok saje. Bukan member aku yang bawak keta, suami dia.


Masa panjang kat rumah, aku pun berkemas bagai, mengemop, ubah kedudukan perabot. Habis kerja aku baring2.


Hampir jam 2.30 petang aku pun bersiap2. Masa tu hujan punyelah lebat gila. Time tu aku duduk rumah mertua tapi berdua saje. Tadak orang lain. Rumah low cost dua bilik, tak berpagar.


Sudah 2.30 aku pun kunci pintu and tunggu kat luar. Kat tangan dah standby surat kabar, nak buat tutup kepala laaa konon.


Keta proton saga kaler brown metallic berhenti bebetul depan rumah aku. Maka aku berlari2 kambing didalam hujan lebat terus bukak pintu belakang masuk n duduk.


Suddenly!!!!!


LAAAAAAAAA SAPA NIIIII???? KETA SAPA AKU NAIK?????????


Pemandu dalam keta tu berpaling pandang aku kat belakang... aku pun memandang mukanya..
Kat luar hujan lebat. Takkan aku nak keluar balik.


ERRR.. ENCIK TOLONG HANTARKAN KE U*M BOLEH?


Pemandu tu tanpa soal banyak terus je bergerak. Mesti seribu satu soalan timbul kat benak pemikiran dia. Lantaklaaa..


Aku?? jangan ceritalaaa sepanjang perjalanan memang aku diam aja. Aku berdoa, kenapalah aku tak pengsan aje masa tu...


Sampai aje kat opis aku tak ucap pun terima kasih, aku terus keluar n jalan buat muka bodoh meninggalkan pemandu tu dengan berbagai persoalan.


Masuk opis duduk je dendiam kat meja sampailah member yang aku janji nak tumpang tu sampai.


Member tu tanya.. "Sorrylah akak terlambat, sampai depan rumah kamu, hon2 takde orang. Kamu naik apa?"


Hehehehe aku pun ceritalah perkara yang memalukan.. akan ku kekenang hingga ke akhir hayat..


Al-Fatihah buat kawan aku tu, dia dah pun kembali ke rahmatullah. Suaminya dah kawin baru.

5 ulasan:

attyfir berkata...

wakakkakakka...aku gelak..guling2 ko..adeh..ehehehhehe.kelakor..


al fatihah..buat kawan ko..

nasib ko tak dibawa driver tu g msuk utan ke g mana2 ke..wahahahhahaha

Elyn Sani berkata...

wakakakakkakakakakakkaka

Ad berkata...

inilah lawak of the year..

ad gelak sambil menitis air mata..rugi sgt jawab tag berjela tu awal2..



*
alfatihah buat allahyarhamah

LayarLara berkata...

Atys,
Elyn,
Ad,

YE.. GELAK LE.. GELAK BANYAK2... KENCING MALAM BARU TAU..

MamaSofif berkata...

is..byk nye cite yg *** camno la eko leh naik keta tak beri salam...(gelak beso baca cite ni)