19 Mei, 2009

Hari Keluarga Eco Living

Group Yassin Mimosa & Semarak buat Family Day masa Hari Wesak lepas..


W/pun aku tak mendaftar sebagai Group Yassin tapi aku bayar untuk join Family Day tu.


Pernah gak dorang tanya napa tak join group yassin. Aku cakap aku tak nak terikat.. kalau aku ada masa aku join. Aku tak suka buat sesuatu kerana dipaksa.


Aku bayar RM20 untuk kami bereempat. Bereempat??? Ye tanpa AbangSayang. Dia dok umah jadi housewife sekejap sementelah kami empat beranak berpeleseran diluar rumah.
RM20 tu include serapan pagi, n makan t.hari. Goodies untuk anak2 (Zara pun dapat) dan doorgift untuk aku.


Antara aktiviti yang dijalankan adalah cabutan bertuah n game untuk dewasa n kanak2. Tak banyak game pun... kutip gula2, bawa bola pingpong, memancing dalam botol, pertandingan makan epal n lari dalam guni untuk dewasa. Dorang suruh aku masuk. Apa?? Nehi.. lepas tu korang ramai2 nak hantar aku pi spital ke?


Penat dok kat kemah, aku hamparkan tikar kat bawah pokok. Zara laa yang suka sebab dia takdelah dok terperangkap dalam stroller saja.


Penat aaa cerita... roll gambo pulak yek..

Kristal bersiap sedia untuk acara gemilang merebut gula2. Memang aku saja je selit baju dia dalam seluar.. Taktik koooo masuk sumer gula2 dalam baju... tak le berterabur kat tangan.
Orang lain rancak mengutip. Kristal bleh plak dia dok megun je... Nampak tak pompuan yang entertain dia tu. Tulaa Kak Sal yang jaga dorang skang ni. At last Kak Sal yang tukang kaut masuk dalam baju dia. Apooorongkooo Kristal.

Nak kutip gula2 pun KakSal kene pegang tangan dia. Ko ni pemalu tahap apa ah??

AbangDanial bersiap sedia untuk acara membawa bola pingpong. Elehhhhh kacang jeee.

Testing..testing....

Huk allo... tak gak menang pun. Menang gaya je... Dia tak menang aku plak yang disalahkan. Ces...

Sekadar gambar hiasan

Ini dak tembam yang seronok dapat lepak2

Zara ngan aiman. Aiman ko nak tido pun bukan disini ye...

Zara dah mula angin2 dah. Ngantok... nak tido. Saat ni aku dah tepon AbangSayang soh datang amek Zara

Ni dah boring maknanya... Yang baju oren tu meroyan pasal tak dapat hadiah. Yang baju pink tu kepenatan berjoging keliling tasik

Ha... tengok mak ko yang dok rileks ni bleh dapat cabutan bertuah. Ohhh alangkah bertuahnya mak korang. See Zara ada ramos..

Okay satu hadiah sudah rebut tiga orang...

Inilah hadiah cabutan bertuahnya.... bertuah kan??

Ini doorgift yang aku dapat. Sian betul aku tengok dorang ni. Napalah tak guna permanent pen dari ko guna blanko ni... Janganlah tunjukkan korang takde bajet sesangatnya...
(*Insomnia telah mula hadir sedikit demi sedikit... ohh bosannyaa...)

9 ulasan:

Adiwarnatasya berkata...

Kanda,
Bestnyer Hari Keluarga nie.
Kristal bak sikit gula2 tu..Pandai Kanda ajar taktik kat Kristal.
Cantik hadiah cabutan bertuah tu kanda:)

LiNda berkata...

uit..ko memang bertuah !. cantik pasu tu kann..

LayarLara berkata...

Adiwarna,
Best?? Hemm bolehlah just nak menghiburkan anak2.

Jangan dinda nak mimpi merasa itu gula2... sudah disapankan oleh Danial.

Ye.. hadiah itu kanda berkira2 untuk hadiahkan kepada orang lain pula.. hehhehehehe

LayarLara berkata...

Linda,
Cuba lagi! Aku takkan wakafkan pasu tu pada ko...

Elyn berkata...

bertuah ko kak sebab dierang bg doorgift pakao blanko.... tmpt lain mane de cube ko cr nnt ekekek

LayarLara berkata...

Elyn,
itu pun kira untung ke?? hehhehehe

neezareef berkata...

yele kan at least ade la gak campur masy. setempat...

Shumierain berkata...

cantek gak pasu 2..comeiii..doorgift 2 pun okeh ape..kira2 cam kreatip la pki blanko

mesayu kirana berkata...

berkenan lak aku kat pasu tuh.