13 Oktober, 2009

Ada facebook??

JUST COPY AND PASTE DARIPADA EMAIL YANG AKU DAPAT...

Kini,anak kecil yang dibangku sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan perkhidmataninternet, kerana segalanya di hujung jari. Seorang kanak-kanak lelaki berumur10 tahun di tanya, "Mengapa guna internet? Adakah sebarang kerja sekolah yangdiberi oleh guru yang memerlukan adik untuk menggunakan internet?" Balasnya,"Tidak. Saya nak tengok gambar kakak dan abang saya di luar negara sana."Ditanya kembali, "Bagaimana?". Di balas, "Tengok dekat Facebook atau Friendster mereka."Zaman ini amat mudah. Walau jauh beribu kilometer, jika rindu, hanya sekaliklik dan beberapa taipan di papan kunci (keyboard),rindu yang terpalit di hati pasti terubat.Facebook.

Jika ada yang tidak pernahdengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyaiakaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orangbertanya, kenapa diri tak punya akaun Facebook?Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yangsama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab taknak bunuh orang Palestin!".

Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal,pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yangseharusnya dirungkaikan satu demi satu. Semuasedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsaYahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg. Mengupas peribadi beliau, beliau ialah salahseorang pelajar yang pernah menuntut di universiti yang terulung di dunia,iaitu University Harvard. Namun begitu, di atas kesalahan yang yang telahdilakukan oleh beliau, akhirnya, beliau telah meninggalkan zaman pengajian beliau di institut pengajian tersebut.

Apayang menyebabkan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Facebook memberi sumbangan kepada pembunuhan rakyat di Palestinadalah kerana Mark, sebagai CEO, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi). AEPiadalah sebuah persatuan yang di anggotai oleh mereka yang berketurunan YahudiAmerika Utara. Fungsinya lebih kurang sama seperti persatuan-persatuan biasalain, dan diantaranya adalah menjaga kebajikan ahli-ahli.

Berdasarkan kepada laman AEPi, persatuan ini sering memberi bantuan dari segi kewangan kepadabeberapa pertubuhan yang menyokong kepada Israel. Salah sebuahnya adalahAmerican Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

AIPAC secara umumnya adalah sebuahjawatankuasa yang membantu Israel supaya sentiasa mendapat sokongan kuatdaripada Amerika. Antara kejayaan yang telah dibawa oleh AIPAC termasuklahmembuat beberapa resolusi bagi menyokong dan mempertahankan hak Israel dalammenghadapi puak terrorist, yang dinamakan mereka sebagai Hamas dan Hizballah

[1].Sebagaimana kita mempercayai dan meletakkan harapan yang tinggi kepada pararemaja/ belia, begitu juga dengan mereka. Pertubuhan ini percaya bahawa kuncikepada kekukuhan hubungan US-Israel pada masa hadapan adalah dengan mendidik parapemimpin belia yang ada hari ini. Justeru itu, mereka mewujudkan ?AIPAC on Campus'. Program latihan AIPAC(AIPAC's training program) bekerjasamadengan sekolah-sekolah tinggi (high school), dan pelajar-pelajar universiti(sama ada undergraduate ataupun postgraduate) dalam melatih para pelajarbagaimana untuk mengukuhkan hubungan US-Israel melalui penglibatan di dalambidang politik

[2]. Programini dinamakan sebagai AIPAC's Political LeadershipDevelopment Program. Pemimpin-pemimpin muda ini juga akan turut dilatih untukmenjadi seorang yang pro-Israel

[3].Disebutkan juga di dalam laman web AEPi, bahawa ramai pemimpin terbaik AEPi bergiataktif dalam AIPAC di kampus mereka

[4].Melalui penerangan-penerangan diatas, dapat dilihat bahawa terdapat kerjasamadi antara AEPi dan AIPAC. AEPijuga adalah sebuah pertubuhan yang memerlukan komitmen daripada ahli-ahlinya sepanjanghayat. Alumni AEPi adalah antara mereka yang akan memberikan sumbangan kepadapertubuhan ini sama ada dari segi kewangan, mahupun kepakaran

[5].Disebabkan hal ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Mark Zuckerberg, sebagaisalah seorang alumni AEPi, secara tidak langsung terlibat dalam menyediakan?kemudahan' kepada pihak Israel untuk terus menyerang Palestin. Jadi,bagaimana pula Facebook bolehmenyumbang kepada Israel sedangkan ianya hanyalah sebuah laman yang menawarkanperkhidmatan percuma kepada pengguna yang mahu mendaftar? Dari mana datangnya sumber kewangan Facebook seperti yang diwar-warkan? Sebagaimanalaman web lain yang menyediakan bahagian untuk pengiklanan di laman mereka,begitu juga dengan Facebook. Melaluiiklan-iklan tersebut, secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada Facebook. Apabila sesuatu iklandipaparkan di sebuah laman web, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan tersebutperlu membuat bayaran diatas ruang yang di'sewa'. Terdapat beberapa sistem yangdigunakan sebagai cara bayaran bagi sesebuah iklan di Facebook

[6].Salah satu sistem yang digunakan adalah Payper click (PCP)

[7].Melalui sistem ini, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa iklan berdasarkan bilangankunjungan yang diterima oleh sesebuah laman, melalui iklan yang di paparkan.Jika banyak kunjungan yang diterima, maka bayaran yang akan diterima olehpemilik ruang sewa juga akan meningkat. Sistem lain yang digunakan adalah Pay per Impression

[8].Bagi sistem ini pula, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa bagi setiap kaliiklan dipaparkan di laman mereka. Terdapat laman web yang menggilirkan paparaniklan di laman mereka disebabkan oleh banyaknya mendapat tempahan iklan dengankeadaan ruang sewa yang terhad. Maka, di dalam suatu masa, hanya beberapa iklansahaja yang akan dipaparkan. Berdasarkan kedua-dua sistempengiklanan ini, kedua-duanya akan memberi manfaat kepada pemilik ruang sewa,tambahan pula, jika laman tersebut sentiasa mendapat kunjungan yang ramaidaripada para pengguna internet. Ianya dapat dilihat di laman tersebut sendiri. Facebook menawarkan harga pengiklananserendah US $1 satu hari

[9].Jika satu hari 100 orang pengguna Facebook tertarik dengan iklan yangdipaparkan di Facebook, dan langsung mengambillangkah untuk ke laman web tersebut, maka, akan menyumbanglah dia kepada peningkatanekonomi Facebook.Selainitu, Facebook turut menjana ekonomi dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat didalamnya. Bagi setiap aplikasi yang direka dan dihantar oleh pengguna, Facebook mengenakan bayaran terhadapnya.Bayaran tersebut tertakluk kepada status penghantar aplikasi, seperti golonganpelajar sama ada golongan bekerjaya. Harga yang paling rendah ditawarkan adalahkepada golongan pelajar iaitu sebanyak $175

[10]. Sepertimana laman-laman web yang terdapat di alam maya ini, Facebook juga berhak mendapatkan keuntungan diatas perkhidmatanyang telah mereka berikan kepada masyarakat, terutamanya para penggunanya. Adasesetengah pihak yang menggunakannya sebagai salah satu cara untuk mengekalkanhubungan dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai. Malah, ada jugasegelintir yang menjadikannya sebagai medan dakwah. Walaupun sepotong ayatditulis, jika dicampakkan oleh Allah hidayah ke dalam hati seseorang, tidakmustahil dakwah itu akan menampakkan kesannya, walaupun ada yang mengatakanalasan dakwah itu sebagai yang lapuk. Orang-orangawam dan pengguna seperti kita, sukar untuk mengetahui kebenaran disebalikdakwaan-dakwaan yang dibuat. Satu demi satu maklumat dicungkil untuk melihatperkaitan Facebook denganorganisasi-organisasi yang terlibat dalam usaha ?menghilangkan' Palestindaripada peta dunia. Hakikatnya kita hanyalah pengguna Facebook yang berusaha untuk memanfaatkan kemudahan yang ada. Juga,jika ketika sesi pendaftaran pengguna (usersign up) dilakukan, tertulis disitu ?Facebookmenyokong Zionisme', adalah suatu yang mustahil pengguna Facebook akan meningkat kepada angka yangada seperti hari ini[

11]. Hariini, jika di lihat dan di cari melalui enjin pencari (search engine), banyak dakwaan yang menunjukkan hasil ekonomi yangdiperoleh daripada Facebook menyumbang kepada Zionis yang bertapak di Israel. Antaranya adalah apabila Mark Zuckerberg turuttersenarai sebagai selebriti yang hadir ke perayaan sambutan ke-60 Israel padatahun 2008

[12]. Bagimenentukan kebenarannya, tentu sahaja bukan mudah, kerana seseorang mampu untukberbuat apa sahaja bagi melindungi diri sendiri. Namun, kita sedar bahawa pokoktidak akan bergoyang jika tiada angin. Apa yang perlu ialah sentiasaberhati-hati. Gunakan Facebook sebaik mungkin. Jika dakwaan mengatakan hanya dengan sekali log in, kita telah menyumbang kepadakekayaan Facebook, maka, kurang kan ?kemasukan' kita ke dalam Facebook. Apabila benar-benar terasa adakepentingannya, barulah log in. Jikaterasa tidak bertambah amal dalam diri, elakkan daripada melakukannya. Hal iniadalah kerana, segala perubahan terletak pada diri kita. Masih banyak urusan diluar sana yang perlu kita lakukan, selain untuk selalu log in ke dalam Facebook. Kata-kata yang dipetik daripadapencarian di internet hari ini, ?log outand get a life outside there... see the skies!'Tidakkah mereka memerhatikanburung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidakada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia MahaMelihat segala sesuatu.

Sekian.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terpana seketika..

camne plak kalau kita guna tp x wat apa2 pun..xklik iklan2 pun,just semabng2 dgn kawan..

LayarLara berkata...

Tanpa Nama,

entahlah yek...